YB Dr Hashim Bujang

Directions

YB Dr Hashim Bujang Page rasmi ADUN Bukit Chandan,Kuala Kangsar
YB Dr. Hashim bin Bujang

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.Saya ingin mengucap...
26/10/2026

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Saya ingin mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2026 kepada semua calon, khususnya anak-anak pelajar di kawasan DUN Bukit Chandan, Kuala Kangsar dan seluruh negeri Perak.

Peperiksaan ini merupakan satu daripada langkah penting dalam perjalanan menuntut ilmu dan membina masa hadapan. Hadapilah setiap kertas peperiksaan dengan tenang, penuh keyakinan dan semangat yang tinggi. Percayalah bahawa usaha yang bersungguh-sungguh, disiplin yang berterusan serta doa yang tidak putus akan menjadi bekalan berharga dalam mengejar kejayaan.

Kepada semua calon, manfaatkanlah segala ilmu dan persediaan yang telah dilakukan. Jangan biarkan rasa gementar melemahkan semangat, sebaliknya jadikanlah ia dorongan untuk memberikan yang terbaik. Teliti setiap soalan, urus masa dengan bijak dan jawab dengan penuh ketelitian.

Ingatlah, kejayaan bukan sekadar memperoleh keputusan yang cemerlang, tetapi juga tentang kesungguhan, ketabahan dan keberanian untuk terus melangkah ke hadapan.

Saya turut merakamkan penghargaan kepada para guru, ibu bapa dan semua pihak yang telah mencurahkan tenaga, masa serta kasih sayang dalam membimbing anak-anak calon SPM hingga ke tahap ini.

Semoga Allah SWT mempermudah segala urusan, mengurniakan ketenangan hati, melapangkan fikiran dan memberikan kejayaan yang membanggakan kepada semua calon SPM 2026.

Usaha dengan tekun, jawab dengan yakin, iringi dengan doa. Insya-Allah, semoga kejayaan menjadi milik anda!

Sekian, terima kasih.

YB Dr. Hashim bin Bujang
ADUN Bukit Chandan
Kuala Kangsar, Perak

23/10/2026
Saya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kebajikan Pesara dan Kakitangan Kementerian Kesihatan Daerah Kuala Kan...
18/10/2026

Saya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kebajikan Pesara dan Kakitangan Kementerian Kesihatan Daerah Kuala Kangsar kali ke-3. Seronok saya dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama.

Semoga Persatuan ini terus memberi manfaat kepada semua ahli yang bernaung dibawahnya.

YB Doc

Sebelum solat Jumaat,saya ke lokasi kemalangan malam semalam melibatkan penunggang motosikal. Saya difahamkan kemalangan...
16/10/2026

Sebelum solat Jumaat,saya ke lokasi kemalangan malam semalam melibatkan penunggang motosikal. Saya difahamkan kemalangan berpunca dari bonggol yang baru dibina dihadapan Masjid Sayong Tengah. Keadaan bonggol yang tidak bewarna dan suasana gelap menjadi punca kemalangan.

Saya menyeru agar tindakan yang segera diambil oleh pihak JKR bagi mengelakan keadaan ini berulang dan juga memastikan nyawa dapat diselamatkan.

Kepada pengguna jalanraya, hati-hati ketika memandu atau menunggang motosikal apabila melalui jalan ini dan juga jalan yang baru dibina binaan bonggol. Ikut had laju yag ditetapkan dan ingatlah orang yang tersayang.

YB Doc

Hebahan Rasmi..Jaga kesihatan. sentiasa pakai pelitup muka jika berada di luar rumah dan pasang/buka penapis udara didal...
09/10/2026

Hebahan Rasmi..

Jaga kesihatan. sentiasa pakai pelitup muka jika berada di luar rumah dan pasang/buka penapis udara didalam rumah (jika ada).

YB Doc

Saya menyampaikan pelbagai sumbangan dan bantuan bagi meringan dan melancarkan pelbagai urusan. Semoga sumbangan ini dap...
05/10/2026

Saya menyampaikan pelbagai sumbangan dan bantuan bagi meringan dan melancarkan pelbagai urusan. Semoga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak dapat membantu urusan semua. Bagi yang menyambung pelajaran,saya doakan agar kalian berjaya dengan cemerlang dan dapat mengharumkan nama keluarga.

YB Doc

Menyambut pelumba basikal Le Tour De Langkawi yang menamatkan perlumbaan di Kuala Kangsar. Tahniah kepada pemenang bagi ...
29/09/2026

Menyambut pelumba basikal Le Tour De Langkawi yang menamatkan perlumbaan di Kuala Kangsar. Tahniah kepada pemenang bagi check point-3.

YB Doc

INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UNDengan penuh rasa dukacita, saya menzahirkan ucapan takziah kepada YABhg Tun Dr Mahath...
28/09/2026

INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN

Dengan penuh rasa dukacita, saya menzahirkan ucapan takziah kepada YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini.

Allahyarhamah merupakan antara tokoh wanita Melayu terawal dalam bidang perubatan dan telah menabur jasa yang besar dalam bidang kesihatan awam, kebajikan serta kemasyarakatan. Sumbangan dan pengabdian beliau kepada masyarakat dan negara akan terus dikenang.

Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar buat keluarga, masyarakat dan negara.

Saya mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarhamah, menerima segala amal soleh dan jasa baktinya, melimpahkan rahmat serta menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan para solihin dan hamba-Nya yang beriman.

Semoga Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini.

Al-Fatihah.

YB Dr Hashim bin Bujang
ADUN Bukit Chandan
Kuala Kangsar, Perak

Pagi ini saya menghadiri Sambutan Hari Sungai Sedunia. Majlis dirasmikan oleh YB Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Bin Ja...
27/09/2026

Pagi ini saya menghadiri Sambutan Hari Sungai Sedunia. Majlis dirasmikan oleh YB Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Bin Jamaluddin,Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur,Air,Tenaga dan Pengankutan Awam. Terima kasih atas jemputan.

YB Doc

Alhamdulillah. sebentar tadi selesai Majlis Kesyukuran dan Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia...
18/09/2026

Alhamdulillah. sebentar tadi selesai Majlis Kesyukuran dan Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia(BERSATU) bagi bahagian Kuala Kangsar. Saya mengambil peluang dalam majlis ini untuk
menjawab persoalan berkenaan Parti BERSATU Kuala Kangsar.

Semoga perjalanan yang baik buat BERSATU KUALA KANGSAR demi rakyat kerana Allah.

YB Doc

Address

Bukit Chandan
Kuala Kangsar
33000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when YB Dr Hashim Bujang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share