SMART Expressway

SMART Expressway SMART is an acronym for Stormwater Management and Road Tunnel SMART is an acronym for Stormwater Management and Road Tunnel. www.smarttunnel.com.my

It is an innovative project of the Government of Malaysia to solve flooding problem in the City Centre of Kuala Lumpur at Klang River and around the vicinity of Masjid Jamek, Jalan Tun Perak caused by Klang River overflowing its banks. The project also serve to ease the traffic congestion problem between Kuala Lumpur City Centre and Southern gateway at Sungai Besi. The Unique feature of SMART is t

he 3 km double-deck motorway within the 9.7 km tunnel which starts near the Kampung Pandan roundabout in the city centre and ends at Kuala Lumpur-Seremban Highway next to TUDM Airfield at Sungai Besi.

30 Julai 2026: Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) berbesar hati menjadi salah satu penaja bagi Cultural Night Run 2026...
31/07/2026

30 Julai 2026: Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) berbesar hati menjadi salah satu penaja bagi Cultural Night Run 2026 yang bakal berlangsung pada 8 Ogos 2026 di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ALR, Encik Muhammad Nizam Alias, telah menyerahkan tajaan ALR kepada Pengerusi LLM, YB Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad.

Sokongan ini mencerminkan komitmen ALR dalam memupuk budaya hidup sihat dan menggalakkan masyarakat untuk kekal aktif.

31/07/2026
31/07/2026

💙 Pesanan Aqirah, Duta Keselamatan Jalan Raya ALR:
Bila menghampiri plaza tol, perlahankan kenderaan. Pastikan pandu ikut had laju dan jangan lupa pakai tali pinggang keledar.

Bahaya tetap bahaya! Menonton filem atau video ketika memandu bukan sahaja mengurangkan fokus, malah melambatkan masa ti...
27/07/2026

Bahaya tetap bahaya! Menonton filem atau video ketika memandu bukan sahaja mengurangkan fokus, malah melambatkan masa tindak balas anda jika berlaku kecemasan di hadapan. Ia membahayakan nyawa anda dan pengguna jalan raya yang lain. Letak tepi telefon bimbit anda. Pastikan mata sentiasa di jalan raya, bukan di skrin. Fokus 100% pada pemanduan!

17/07/2026
15/07/2026

Keberangkatan KDYMM Pemangku Raja Terengganu ke Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd. (SMART), Kuala Lumpur.

14 Julai 2026 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Pemangku Raja Terengganu hari ini berkenan berangkat ke Syarikat Me...
15/07/2026

14 Julai 2026 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Pemangku Raja Terengganu hari ini berkenan berangkat ke Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd. (SMART), Kuala Lumpur. Turut menyambut ialah pegawai-pegawai tertinggi Kerajaan Negeri Terengganu, Unit Perancangan Ekonomi (UPEN)Terengganu, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu dan Pusat Kawalan SMART.

Keberangkatan baginda bertujuan meninjau operasi serta pengurusan sistem mitigasi banjir yang dilaksanakan oleh SMART, termasuk peranan terowong dwifungsi yang berfungsi sebagai laluan trafik dan saluran pengaliran air ketika berlakunya hujan lebat serta risiko banjir di ibu negara.

Lawatan ini disambut oleh Ahli Lembaga Pengarah Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR), YBhg. Dato’ Shahril Ahmad Tarmizi, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ALR, Encik Muhammad Nizam Alias. Baginda turut berkenan mendengar taklimat mengenai teknologi, strategi pengurusan banjir serta langkah-langkah yang dilaksanakan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Ahmad Razlan Amir Hamzah, Timbalan Ketua Kumpulan Kejuruteraan (Terowong).

Lawatan ini memberikan peluang untuk berkongsi pengetahuan dan memahami dengan lebih mendalam peranan SMART dalam pengurusan banjir bandar melalui penggunaan teknologi dan infrastruktur yang inovatif.

Geng 🐱🐱 dah ready nak serbu event ni? Jom ajak kawan-kawan dan keluarga pencinta kucing semua Jumaat, Sabtu & Ahad ini k...
10/07/2026

Geng 🐱🐱 dah ready nak serbu event ni? Jom ajak kawan-kawan dan keluarga pencinta kucing semua Jumaat, Sabtu & Ahad ini ke Mid Valley Convention Centre!

Sama ada korang dari arah mana pun, perjalanan korang pastinya lebih lancar dan mudah. Gunakan lebuh raya milik ALR untuk ke lokasi acara:

📍 Laluan Utama: LDP-KESAS-SPRINT-SMART

Jumpa korang di sana! “Meow-ment” yang pasti takkan dilupakan!

Pada 8 Julai 2026, Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) berbesar hati menerima kunjungan ahli Chartered Institution of H...
09/07/2026

Pada 8 Julai 2026, Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) berbesar hati menerima kunjungan ahli Chartered Institution of Highways & Transportation (CIHT) ke Terowong SMART, Kuala Lumpur bagi menyertai sesi taklimat teknikal dan lawatan tapak.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ALR, Encik Muhammad Nizam Bin Alias, telah mengalu-alukan kehadiran para delegasi serta berkongsi mengenai kepentingan Terowong SMART sebagai inovasi kejuruteraan bertaraf dunia dan aset infrastruktur strategik negara.

Turut hadir ialah Dato’ Ir. Wong Wai Ching, Naib Pengerusi Chartered Institution of Highways & Transportation (Cawangan Malaysia), Dr. Teoh Jui Min, Ketua Pegawai Operasi SKVE Holdings Sdn. Bhd., serta para profesional industri daripada pelbagai organisasi.

Sepanjang lawatan, para peserta berpeluang mendalami operasi dan penyelenggaraan Terowong SMART, sebuah terowong dwifungsi pertama di dunia yang berperanan sebagai laluan lebuh raya dan sistem pengurusan air banjir. Sesi taklimat teknikal dan pembentangan yang diadakan turut memberi pendedahan mengenai inovasi kejuruteraan, keupayaan mitigasi banjir serta peranan Terowong SMART dalam meningkatkan hubungan rangkaian jalan raya di Kuala Lumpur.

Terima kasih kepada semua peserta atas kunjungan dan perkongsian ilmu. Semoga lawatan ini dapat terus mengukuhkan jaringan kerjasama serta memperkasa pembangunan infrastruktur pengangkutan negara.

Address

Kompleks Operasi Lebuhraya SMART, Jalan Davis, Off Bulatan Kg Pandan
Kuala Lumpur
50400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMART Expressway posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SMART Expressway:

Shortcuts

Share