24/09/2026
🎀𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍𝐂𝐄 𝐀𝐖𝐀𝐑𝐄𝐍𝐄𝐒𝐒 𝐖𝐄𝐄𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔 🎀
““𝐊𝐞𝐧𝐚𝐥𝐢 𝐏𝐮𝐧𝐜𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠, 𝐁𝐞𝐭𝐭𝐞𝐫 𝐁𝐚𝐥𝐚𝐧𝐜𝐞, 𝐁𝐞𝐭𝐭𝐞𝐫 𝐋𝐢𝐟𝐞❤️
Unit Audiologi, Jabatan ORL, Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur telah menganjurkan Sambutan Balance Awareness Week 2026 bermula 22 hingga 24 September 2026 bertempat di Foyer Atrium, Hospital Tunku Azizah.
Perasmian Sambutan Balance Awareness Week 2026 telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Shamsul Anuar bin Kamarudin, Pengarah, Hospital Tunku Azizah (HTA). Turut hadir di majlis perasmian tersebut Timbalan -Timbalan Pengarah dan Ketua Unit Audiologi.
Program ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kesihatan vestibular dan masalah keseimbangan, di samping memberi pendedahan tentang kepentingan mengenali punca, mendapatkan rawatan yang bersesuaian serta meningkatkan kualiti hidup.
✨ Antara aktiviti yang telah berlangsung:
🎪 Pameran Kesedaran Vestibular
🎀 Majlis Perasmian & Open Day
🎨 Pertandingan Mewarna
🤸 Aktiviti permainan interaktif untuk kanak-kanak antaranya The Flamingo Statue, Jumping Monkey on Trampoline, Don’t Wake the Alligators, Stepping Stone dan Freeze Dance
🎁 Pemberian beg cenderahati kepada pengunjung
🎉 Cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik
💗 Terima kasih kepada semua warga kerja, pengunjung dan pihak yang telah bersama-sama menjayakan Balance Awareness Week 2026.
"Kenali Punca Pening, Better Balance, Better Life"🌷