Perikatan Nasional

Perikatan Nasional Akaun Rasmi Perikatan Nasional

TERIMA KASIH SELURUH JENTERA PERIKATAN NASIONALPerikatan Nasional Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan...
02/08/2026

TERIMA KASIH SELURUH JENTERA PERIKATAN NASIONAL

Perikatan Nasional Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh jentera parti, petugas, sukarelawan serta para penyokong yang telah mencurahkan sepenuh tenaga sepanjang PRN Negeri Sembilan.

Kalian telah bekerja tanpa mengenal penat, meredah panas dan hujan, meninggalkan keluarga serta mengorbankan masa demi menyampaikan mesej perjuangan kepada rakyat.

Setiap bendera yang dipasang, setiap rumah yang diziarahi, setiap program yang dijayakan dan setiap undi yang dipertahankan menjadi bukti keikhlasan serta kesungguhan seluruh jentera.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Semoga Allah SWT menerima setiap usaha ini sebagai amal kebajikan dan mengurniakan ganjaran yang terbaik buat kita semua.

01/08/2026

Syukur, Alhamdulillah.

Terima kasih kepada semua jentera parti yang telah bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon-calon kita.

Terima kasih kepada rakyat Negeri Sembilan kerana memberikan mandat kepada wakil kami untuk membawa suara anda di DUN Negeri Sembilan.

TERIMA KASIH SELURUH JENTERA PERIKATAN NASIONALPerikatan Nasional Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan...
01/08/2026

TERIMA KASIH SELURUH JENTERA PERIKATAN NASIONAL

Perikatan Nasional Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh jentera parti, petugas, sukarelawan serta para penyokong yang telah mencurahkan sepenuh tenaga sepanjang PRN Negeri Sembilan.

Kalian telah bekerja tanpa mengenal penat, meredah panas dan hujan, meninggalkan keluarga serta mengorbankan masa demi menyampaikan mesej perjuangan kepada rakyat.

Setiap bendera yang dipasang, setiap rumah yang diziarahi, setiap program yang dijayakan dan setiap undi yang dipertahankan menjadi bukti keikhlasan serta kesungguhan seluruh jentera.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Semoga Allah SWT menerima setiap usaha ini sebagai amal kebajikan dan mengurniakan ganjaran yang terbaik buat kita semua.

65.38% PENGUNDI SUDAH TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB!Sehingga jam 4.00 petang, seramai 562,132 daripada 859,760 pengundi telah k...
01/08/2026

65.38% PENGUNDI SUDAH TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB!

Sehingga jam 4.00 petang, seramai 562,132 daripada 859,760 pengundi telah keluar mengundi bagi PRN Negeri Sembilan.

Kepada yang masih belum mengundi, masa semakin suntuk. Jangan lepaskan peluang menentukan masa depan Negeri Sembilan.

Keluar mengundi sekarang. Bersama kita birukan Nismilan!

01/08/2026

16 tahun yang lalu.

Di Velodrom Sukan Komanwel New Delhi 2010, seorang anak Malaysia bernama Azizulhasni Awang berdiri dengan impian untuk menghadiahkan emas buat negara. Beliau sudah hampir menggapai kejayaan itu, namun takdir ketika itu menentukan sebaliknya apabila pingat emas yang diraih terpaksa ditarik balik susulan keputusan perlumbaan.

Saya percaya ramai daripada kita masih mengingati detik tersebut. Satu momen yang cukup menguji jiwa seorang atlet yang telah memberikan segalanya demi mengharumkan nama Malaysia.

Namun, seorang pejuang sejati tidak membiarkan sebuah kekecewaan menjadi pengakhiran. Azizulhasni memilih untuk terus mengayuh.

Beliau menjadikan setiap cabaran sebagai kekuatan, setiap ujian sebagai pembakar semangat dan setiap kegagalan sebagai batu loncatan menuju kejayaan.

16 tahun kemudian, di pentas sukan yang sama, kisah itu ditulis semula dengan penuh gemilang.

Datuk Azizulhasni Awang akhirnya menamatkan penantian panjang apabila menghadiahkan pingat emas acara keirin lelaki di Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Lebih bermakna, emas ini hadir sebagai penutup tirai penampilan terakhir beliau di pentas Sukan Komanwel. Sebuah pengakhiran yang begitu indah untuk seorang legenda yang telah mendedikasikan sebahagian besar hidupnya demi Jalur Gemilang.

Tahniah, Datuk Azizulhasni Awang atau Jijoe. Perjalanan Datuk membuktikan bahawa kejayaan bukan sekadar tentang kemenangan, tetapi tentang keberanian untuk bangkit, terus percaya dan tidak pernah menyerah.

Terima kasih The Pocket Rocketman, Malaysia berbangga denganmu!

Peratusan keluar mengundi sehingga jam 12.00 tengah hari mencatatkan 37.29%, melibatkan 320,627 pengundi.Ayuh rakyat Neg...
01/08/2026

Peratusan keluar mengundi sehingga jam 12.00 tengah hari mencatatkan 37.29%, melibatkan 320,627 pengundi.

Ayuh rakyat Negeri Sembilan, tunaikan tanggungjawab anda. Keluar mengundi!

Buat anak muda Nismilan, Masa depan Negeri Sembilan bukan untuk ditonton dari jauh ia mesti ditentukan dengan undi kita ...
01/08/2026

Buat anak muda Nismilan,

Masa depan Negeri Sembilan bukan untuk ditonton dari jauh ia mesti ditentukan dengan undi kita sendiri.

Jangan biarkan orang lain membuat pilihan bagi pihak kita. Turunlah mengundi, tunaikan tanggungjawab dan pilih kepimpinan terbaik demi masa depan yang lebih stabil, sejahtera dan terjamin.

Satu undi mungkin kelihatan kecil, tetapi apabila anak muda bangkit bersama, kita mampu mencipta perubahan besar.

Ayuh anak muda Negeri Sembilan, keluar mengundi sekarang!

Setakat jam 11.00 pagi, sebanyak 28.11% pengundi telah menunaikan tanggungjawab.Ayuh rakyat Negeri Sembilan, keluar meng...
01/08/2026

Setakat jam 11.00 pagi, sebanyak 28.11% pengundi telah menunaikan tanggungjawab.

Ayuh rakyat Negeri Sembilan, keluar mengundi. Setiap undi penting untuk masa depan negeri kita!

31/07/2026

Dalam tempoh 14 hari, kita telah berusaha dengan sebaik mungkin.

Kini pilihan ditangan rakyat.

Kita hanya mampu merancang. Kepada Allah SWT kita berserah.

Ayuh kita BIRU-kan Negeri Sembilan.

Undilah Perikatan Nasional, undilah Barisan Nasional.

SELAMAT MENGUNDI RAKYAT NEGERI SEMBILAN Buat seluruh rakyat Negeri Sembilan, esok adalah hari penting untuk kita menentu...
31/07/2026

SELAMAT MENGUNDI RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Buat seluruh rakyat Negeri Sembilan, esok adalah hari penting untuk kita menentukan hala tuju negeri yang tercinta.

Turunlah mengundi dengan tenang, tertib dan penuh tanggungjawab. Pilihlah kepimpinan yang mampu membawa kestabilan, menjaga kebajikan rakyat serta memperkukuh keharmonian negeri.

Buktikan bahawa Negeri Sembilan mampu menjadi titik kebangkitan penyatuan ummah untuk membina masa depan Negeri Sembilan yang lebih stabil serta sejahtera.

Jagalah adab, hormati perbezaan dan pelihara kerahsiaan undi.

Selamat mengundi, rakyat Negeri Sembilan.

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perikatan Nasional posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share