Mohd Razlan Rafii

Mohd Razlan Rafii

19/09/2026

DAP telah melanggar Garis Merah apabila tidak mahu menerima dan mengakui serta taat YDPA dan Perlembagaan Negara.

19/09/2026

TNB.. TNB.. Nak buat untung atau sediakan servis untuk rakyat?

Satu langkah strategik apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan penubuhan Majlis ...
19/09/2026

Satu langkah strategik apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan penubuhan Majlis Halal ASEAN, yang disasarkan dilancarkan di Malaysia pada September 2027.

Sebagai langkah awal, Malaysia dan Indonesia akan membincangkan penubuhan Majlis Halal Malaysia-Indonesia, dengan sasaran direalisasikan pada Disember 2026.

Inisiatif ini mampu memperkukuh kerjasama, penyelarasan pensijilan serta membuka akses pasaran lebih luas kepada pemain industri halal ASEAN.

Daripada kekuatan nasional kepada kekuatan serantau ASEAN; berpotensi menjadi peneraju utama ekonomi halal dunia.




TABUNG SOLIDARITI NAJIB RAZAKAssalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia.Susulan perkembangan terkini, Ibu Pejabat UMNO mem...
18/09/2026

TABUNG SOLIDARITI NAJIB RAZAK

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia.

Susulan perkembangan terkini, Ibu Pejabat UMNO memulakan langkah melaksanakan inisiatif YAB Presiden untuk melancarkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi membantu Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak melunaskan denda berjumlah RM50 juta yang dikenakan.

Inisiatif YAB Presiden ini dizahirkan sebagai tanda keprihatinan dan solidariti seluruh keluarga UMNO serta rakyat Malaysia yang ingin bersama-sama memberikan sokongan kepada Dato’ Sri Najib Razak yang banyak jasanya pada Negara.

Justeru, kepimpinan, ahli UMNO serta seluruh masyarakat dijemput untuk menyumbang secara sukarela mengikut kemampuan masing-masing melalui saluran rasmi berikut.

Sumbangan boleh disalurkan melalui nombor akaun di bawah yang diseliakan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia:

Nama Akaun :
PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO)

Nombor Akaun : 8604886094
Bank: CIMB ISLAMIC

Terima kasih atas keprihatinan, sokongan dan keikhlasan seluruh rakyat yang bersama dalam inisiatif ini.

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
SETIAUSAHA AGONG UMNO




Kenyataan Media Presiden UMNO1. Dengan penuh takzim, saya bagi pihak seluruh kepimpinan dan ahli UMNO merafak sembah men...
18/09/2026

Kenyataan Media
Presiden UMNO

1. Dengan penuh takzim, saya bagi pihak seluruh kepimpinan dan ahli UMNO merafak sembah menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

2. UMNO menjunjung tinggi kebijaksanaan dan budi bicara Tuanku serta menzahirkan setulus-tulus penghargaan atas limpah ihsan baginda.

3. UMNO menyambut dengan penuh kesyukuran keputusan yang membolehkan Dato’ Sri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.

4. Perkembangan ini amat bermakna buat beliau dan keluarga, serta seluruh keluarga UMNO yang selama ini tidak putus menaruh harapan dan menitipkan doa.

5. Pendirian UMNO sejak awal adalah untuk membawa permohonan ini dengan penuh tertib dan rendah hati, melalui saluran yang ditetapkan. Penghormatan kepada institusi Raja, keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang akan terus menjadi pegangan kita.

6. Dengan segala kerendahan hati, UMNO menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas perkembangan ini. Limpah ihsan Tuanku membawa kelegaan yang amat besar buat Dato’ Sri Najib dan keluarga serta akan sentiasa dikenang dengan penuh penghargaan oleh seluruh keluarga UMNO.

7. Saya menyeru seluruh ahli UMNO agar menyambut perkembangan ini dengan rasa syukur, menjaga adab dalam setiap ungkapan dan menghormati segala proses yang ditetapkan.

8. UMNO juga dengan ini mengambil inisiatif untuk melancarkan kutipan Tabung Sumbangan bagi membantu meringankan beban Dato’ Sri Mohd Najib dalam melunaskan denda berjumlah RM50 juta yang dikenakan.

9. UMNO menyeru seluruh kepimpinan, ahli dan penyokong parti serta mereka yang ingin bersama-sama memberikan sokongan agar menyumbang secara sukarela melalui satu inisiatif yang akan dilaksanakan secara telus, teratur dan mematuhi segala peraturan serta undang-undang yang berkuat kuasa.

10. Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesejahteraan kepada Tuanku serta memelihara keamanan dan keharmonian negara.

Daulat Tuanku.

YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan kunjungan hormat ke atas Wakil Presiden Repub...
18/09/2026

YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan kunjungan hormat ke atas Wakil Presiden Republik Indonesia, YM Gibran Rakabuming Raka di Istana Wakil Presiden.

Pada kesempatan tersebut, YAB Datuk Seri turut menyuarakan kebimbangan rakyat Malaysia terhadap kesan langsung kebakaran hutan dan jerebu rentas sempadan, khususnya kemerosotan kualiti udara yang menjejaskan kesihatan serta kehidupan harian masyarakat di negara ini.

Malaysia turut melihat keperluan untuk kedua-dua negara memperkukuh kerjasama dalam pengurusan bencana secara lebih tersusun dan menyeluruh. Usaha ini perlu merangkumi aspek pencegahan awal, perkongsian maklumat, penyelarasan operasi serta pelaksanaan tindakan bersama yang lebih cekap dan berkesan.

Turut dibincangkan ialah potensi besar kerjasama Malaysia–Indonesia dalam sektor halal, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), serta pembangunan luar bandar. Kerjasama ini boleh diperkasa melalui perkongsian kepakaran, pembangunan bakat dan peluasan peluang ekonomi yang memberi manfaat langsung kepada rakyat kedua-dua negara.

Sebagai dua negara serumpun, Malaysia dan Indonesia sentiasa mengutamakan pendekatan musyawarah, saling menghormati dan kerjasama yang konstruktif. Insya-Allah, semangat inilah yang akan terus menjadi asas dalam mendepani setiap cabaran bersama, demi melindungi kepentingan rakyat serta memelihara keamanan, keselamatan dan kesejahteraan rantau ini.



18/09/2026

Alhamdulillah..

18/09/2026

Kempen Jimat Cermat di KKDW 👌👌👌
17/09/2026

Kempen Jimat Cermat di KKDW 👌👌👌

YAB Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Jakarta, Indonesia hari ini.Lawatan kerja...
17/09/2026

YAB Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Jakarta, Indonesia hari ini.

Lawatan kerja kali ini akan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan lagi hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia.

Ianya termasuklah kepada usaha memperluas kerjasama dalam beberapa bidang strategik termasuk industri halal, pembangunan desa, pengurusan bencana serta pendidikan dan TVET.

YAB Datuk Seri juga dijadualkan akan menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Halal 20 (H20) Ke-5 serta mengambil bahagian sebagai panel dalam sesi forum yang memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama dan ekosistem halal serantau, selain beberapa pertemuan lain sepanjang lawatan ini.

Semoga hasil lawatan kerja ini memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan Indonesia, sekali gus terus memperkukuh hubungan dua negara serumpun ini.

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mohd Razlan Rafii posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Mohd Razlan Rafii:

Shortcuts

Share