The University of Malaya Library

The University of Malaya Library The Nucleus of Knowledge The Universiti Malaya Library Official page

Assalamualaikum & Salam SejahteraPengguna Perpustakaan yang dihormati,📢 Kaji Selidik Kepuasan Pengguna Perpustakaan UM 2...
12/08/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pengguna Perpustakaan yang dihormati,

📢 Kaji Selidik Kepuasan Pengguna Perpustakaan UM 2026 kini dibuka!

Kami amat menghargai maklum balas anda bagi membantu kami menambah baik perkhidmatan, kemudahan, koleksi dan pengalaman pengguna di Perpustakaan UM.

📝 Hanya mengambil masa 3-5 minit, dan semua maklum balas adalah sulit.

👉 Sertai kaji selidik di sini: https://tinyurl.com/555xjzyn

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda.
………………………………………………………………………………………
Assalamualaikum & Greetings

Dear UM Library Users,

📢 UM Library Satisfaction Survey 2026 is now open!

Your feedback will help us improve our services, facilities, collections, and overall library experience.

📝 It only takes 3-5 minutes, and all responses are confidential.

👉 Participate here: https://tinyurl.com/555xjzyn

Thank you for your valuable feedback and support!

11/08/2026

Pernah terfikir bagaimana seekor lalat hitam boleh jadi pembawa penyakit kepada manusia?

Bagaimana ia berlaku?

Dan apakah yang sebenarnya berlaku apabila lalat ini mula menyebarkan penyakit?

Dengar penjelasan penuh daripada penyelidik UM dalam Suara Penyelidikan UM.

▶️ YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=1rpeqc2Mrh0
🎧 Spotify: https://t.co/Oz9unAtqEc

🎙️ SUARA PENYELIDIKAN UM | EPISOD 1 / Bahagian 1🩸 Misteri Penghisap Darah: Dari Hutan ke MakmalPenyelidik Jemputan:Prof....
10/08/2026

🎙️ SUARA PENYELIDIKAN UM | EPISOD 1 / Bahagian 1

🩸 Misteri Penghisap Darah: Dari Hutan ke Makmal

Penyelidik Jemputan:
Prof. Madya Dr. Zubaidah Ya’cob
Jabatan: Tropical Infectious Diseases Research and Education Centre (TIDREC)

🦟 Tahukah anda?
Di sebalik organisma kecil yang hidup di hutan, terdapat misteri besar yang berkait rapat dengan kesihatan manusia dan haiwan.

Kutu, tungau dan pelbagai serangga penghisap darah bukan sekadar sebahagian daripada ekosistem, sebahagiannya juga boleh menjadi vektor penyakit berjangkit.

Dalam Bahagian 1 Suara Penyelidikan UM ini, Prof. Madya Dr. Zubaidah Ya’cob membawa kita menyelami pengalaman penyelidikan beliau, daripada kerja lapangan di hutan sehinggalah ke analisis di makmal.

🔬 Bagaimana penyelidik mengkaji organisma penghisap darah?
🌳 Apa yang sebenarnya berlaku ketika kerja lapangan di hutan?
🧬 Dan apakah kaitannya dengan penyebaran penyakit kepada manusia dan haiwan?

Saksikan bahagian 1 dan ikuti perjalanan daripada hutan → makmal → penemuan saintifik.

▶️ Tonton di YouTube:
https://youtu.be/1rpeqc2Mrh0

🎧 Dengar juga di Spotify: Suara Penyelidikan UM
📺 YouTube:

📱 Ikuti kami:
Facebook: UMalayaLibrary
X: Unimalaylib
Instagram, TikTok & Threads: umlib

✨ Terokai dunia penyelidikan Universiti Malaya dan dengarkan sendiri cerita di sebalik penemuan saintifik yang memberi impak kepada masyarakat.

07/08/2026

Topik apa untuk episod pertama nanti?

Hint: Penghisap darah dari hutan

Akan Datang..

05/08/2026

Suara penyelidikan UM
Ilmu dari kampus ke masyarakat

Akan datang

04/08/2026

Ilmu bukan hanya untuk dibaca, tetapi juga untuk didengari.

Ia ada cerita.
Ia ada pengalaman.
Ia ada inspirasi.

Kini, kisah di sebalik penyelidikan itu bakal dikongsikan terus kepada anda.

Suara Penyelidikan Universiti Malaya
Ilmu dari kampus ke masyarakat.

Akan Datang

📝 𝗡𝗼𝘁𝗶𝗰𝗲 𝗼𝗳 𝗜𝗖𝗧 𝗦𝘆𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗠𝗮𝗶𝗻𝘁𝗲𝗻𝗮𝗻𝗰𝗲 (𝟯𝟭 𝗝𝘂𝗹𝘆 – 𝟮 𝗔𝘂𝗴𝘂𝘀𝘁 𝟮𝟬𝟮𝟲)Dear Campus Community, please be informed that the Departmen...
29/07/2026

📝 𝗡𝗼𝘁𝗶𝗰𝗲 𝗼𝗳 𝗜𝗖𝗧 𝗦𝘆𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗠𝗮𝗶𝗻𝘁𝗲𝗻𝗮𝗻𝗰𝗲 (𝟯𝟭 𝗝𝘂𝗹𝘆 – 𝟮 𝗔𝘂𝗴𝘂𝘀𝘁 𝟮𝟬𝟮𝟲)

Dear Campus Community, please be informed that the Department of Digital Technology (JTD) will be carrying out University ICT infrastructure maintenance from 31st July 2026 (Friday), 6:00 PM to 2nd August 2026 (Sunday), 11:59 PM.

❎ Systems Unavailable:
▪️ A-Z Online Databases
▪️ Pendeta OneSearch
▪️ LibraryPal
▪️ Past Exam Papers

✅ Systems Not Affected:
▪️ UM Library Guides
▪️ KNOVA

Please take note of this scheduled maintenance and make the necessary arrangements to minimize any inconvenience or disruption during the maintenance period.

Your cooperation, understanding, and support are greatly appreciated. Thank you!

Sorotan hari kedua Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Fokus Khas (KFK) Pengurusan Arkib Universiti Awam Bil.1/2026 yang tel...
24/07/2026

Sorotan hari kedua Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Fokus Khas (KFK) Pengurusan Arkib Universiti Awam Bil.1/2026 yang telah diadakan pada 9-10 Julai 2026 di Universiti Malaya.

Program hari kedua diteruskan dengan sesi lawatan ilmiah ke beberapa lokasi ikonik di Universiti Malaya yang mempamerkan pemeliharaan warisan, pendigitalan koleksi serta pendekatan inovatif dalam penyampaian ilmu dan sejarah.

Ahli jawatankuasa dibawa melawat ke ruang Immersive 120, Galeri Sultan Nazrin Shah dan Muzium Seni Asia. Lawatan ke Immersive 120 dan Galeri Sultan Nazrin Shah dipandu oleh Kurator Galeri, Dr Mohammad Umair Abd Rahim dan lawatan ke Muzium Seni Asia disambut mesra oleh Ketua Bahagian Muzium/Kurator, Pn Zahirah Noor Zainol Abidin.

Para peserta turut berpeluang merasai sendiri pengalaman menelusuri Galeri Immersive 120 yang memaparkan sejarah dan legasi Universiti Malaya melalui teknologi digital interaktif, Galeri Sultan Nazrin Shah, yang mengetengahkan koleksi seni dan artifak warisan Universiti Malaya dan koleksi potret DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah serta Muzium Seni Asia Universiti Malaya, yang menempatkan koleksi seni dan artifak daripada pelbagai tamadun Asia. Lawatan ini memberi pendedahan kepada peserta terhadap usaha pemeliharaan warisan, pengurusan koleksi dan penyampaian ilmu melalui pendekatan yang inovatif.

Lawatan ini turut memberi peluang kepada para peserta untuk melihat sendiri amalan terbaik dalam pengurusan koleksi, pendigitalan warisan dan penyampaian maklumat melalui pendekatan yang lebih interaktif. Diharapkan perkongsian pengalaman ini dapat mencetuskan idea baharu serta memperkukuh kerjasama antara universiti awam dalam memperkasakan pengurusan arkib, warisan dan repositori institusi.

Sorotan hari pertama Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Fokus Khas (KFK) Pengurusan Arkib Universiti Awam Bil.1/2026 yang t...
24/07/2026

Sorotan hari pertama Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Fokus Khas (KFK) Pengurusan Arkib Universiti Awam Bil.1/2026 yang telah diadakan pada 9-10 Julai 2026 di Bilik Mesyuarat Awang Had Salleh, Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Ts Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan Universiti Teknologi MARA dan disambut baik dengan kehadiran Pengarah Eksekutif Perpustakaan Universiti Malaya, Puan Raja Sothi Raja Sapai serta wakil-wakil universiti awam Malaysia.

Hari pertama mesyuarat memberi tumpuan kepada perbincangan strategik berkaitan pengukuhan pengurusan arkib universiti awam, termasuk usaha memperkasakan tadbir urus rekod dan arkib, penyelarasan amalan terbaik, serta perkongsian pengalaman dan kepakaran dalam pengurusan arkib institusi. Perbincangan yang konstruktif ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan dasar dan inisiatif yang lebih mampan dalam memelihara khazanah dokumentasi universiti.

Mesyuarat ini turut menjadi platform penting untuk mengukuhkan jaringan kerjasama antara universiti awam, memupuk semangat kolaborasi serta menyelaras hala tuju bersama ke arah pengurusan arkib yang lebih sistematik, inovatif dan selaras dengan keperluan transformasi digital pendidikan tinggi negara. Semoga segala hasil perbincangan yang dicapai dapat memberi manfaat kepada pembangunan ekosistem pengurusan arkib universiti di Malaysia.

23/07/2026

📢 The ICOLIS 2026 Tentative Programme is Now Available!

We are pleased to announce that the tentative programme for the 10th International Conference on Libraries, Information and Society (ICOLIS 2026) is now available.

We encourage all registered participants to review the programme and start planning your conference experience.

📌 Please note that the programme is tentative and may be subject to changes as necessary. Any updates will be communicated through our official channels.

We look forward to welcoming you to Langkawi for an exciting knowledge sharing, collaboration and professional networking.

🌐 Theme: Voices of the Profession: Asserting Identity and Prominence

Address

Universiti Malaya Library, Lembah Pantai
Kuala Lumpur
50603

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The University of Malaya Library posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to The University of Malaya Library:

Shortcuts

Share

Category