01/08/2026
SUMBANGAN PENDIDIKAN UNTUK MAHASISWA ANAK-ANAK TENOM FASA KEDUA 2026
Selesai sudah Majlis Penyampaian Sumbangan Pendidikan One-Off Fasa Kedua 2026 kepada mahasiswa dan mahasiswi anak-anak Tenom yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS).
Bagi fasa kedua ini, sejumlah RM135,000.00 telah disalurkan kepada 270 orang penerima, dengan setiap mahasiswa menerima bantuan sebanyak RM500.00 sebagai sokongan untuk meneruskan pengajian.
Sumbangan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan anak-anak Tenom terus mendapat galakan untuk mengejar cita-cita melalui pendidikan. Semoga bantuan ini dapat meringankan sedikit beban kewangan keluarga serta memberi semangat kepada para mahasiswa untuk terus cemerlang dalam bidang yang diceburi.
Saya sentiasa percaya bahawa pendidikan merupakan pelaburan paling bernilai dalam membina masa depan individu, keluarga dan masyarakat. Gunakanlah peluang ini sebaik-baiknya, timbalah ilmu dengan penuh dedikasi dan kesungguhan.
Tahniah kepada semua penerima. Semoga kejayaan yang dikecapi hari ini menjadi langkah permulaan ke arah masa depan yang lebih gemilang. Apabila berjaya kelak, saya berharap anak-anak Tenom akan kembali menyumbang bakti, berkongsi kepakaran dan bersama-sama membangunkan Tenom demi kesejahteraan generasi akan datang.
Terima kasih juga kepada semua pihak yang sama-sama menjayakan dan memastikan program ini berjalan lancar.