03/08/2026
LAPOR DIRI PENEMPATAN ANGGOTA PASUKAN KHAS PERTAHANAN AWAM (PASPA) ZON OPERASI WILAYAH PERSEKUTUAN
Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada anggota Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) yang telah melapor diri bagi penempatan di Zon Operasi Wilayah Persekutuan bermula Ogos 2026 ini.
Sesi lapor diri ini telah disempurnakan oleh Mej. (PA) Mohamad Aminullah Bin Zulkafly, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Lumpur, Cheras dan Sentul sebagai tanda permulaan amanah dan tanggungjawab dalam memperkukuhkan kesiapsiagaan operasi serta memperkasakan keupayaan pasukan menghadapi sebarang situasi kecemasan dan bencana.
Semoga seluruh anggota PASPA sentiasa berdisiplin, berintegriti dan komited dalam melaksanakan tugas demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan