Perkep Pulapol KL - Laman Rasmi

Perkep Pulapol KL - Laman Rasmi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perkep Pulapol KL - Laman Rasmi, Government Organization, PUSAT LATIHAN POLIS KUALA LUMPUR, Kuala Lumpur.

LAWATAN KEBAJIKAN KAKITANGAN PERKEP PULAPOL KUALA LUMPUR BERSAMA YBHG. PENGERUSI PERKEP PULAPOL KUALA LUMPUR DAN BIRO-BI...
22/07/2026

LAWATAN KEBAJIKAN KAKITANGAN PERKEP PULAPOL KUALA LUMPUR BERSAMA YBHG. PENGERUSI PERKEP PULAPOL KUALA LUMPUR DAN BIRO-BIRO PERKEP

PULAPOL Kuala Lumpur, 20 Julai 2026 (Isnin) – PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan kebajikan ke kediaman Puan Azma binti Razali, isteri kepada Allahyarham ASP Mohd Nazri bin Nordin, sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan kepada beliau.

Lawatan yang diketuai oleh YBhg. Pengerusi PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur bersama barisan Biro-Biro PERKEP ini turut menyampaikan sumbangan berbentuk buah tangan dan bantuan sebagai tanda ingatan, selain mengeratkan silaturahim serta memberikan kata-kata semangat kepada keluarga Allahyarham.

Semoga usaha murni ini dapat meringankan beban yang ditanggung dan menjadi bukti bahawa semangat kekeluargaan dalam warga PDRM sentiasa utuh. Semoga Puan Azma sekeluarga terus dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesejahteraan.

🍲 PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA DI MASJID SALLEHIN, PULAPOL KUALA LUMPURPULAPOL Kuala Lumpur, 2 Julai 2026 (Khamis) – YBh...
03/07/2026

🍲 PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA DI MASJID SALLEHIN, PULAPOL KUALA LUMPUR

PULAPOL Kuala Lumpur, 2 Julai 2026 (Khamis) – YBhg. Datin Zalina binti Zainuddin, Pengerusi PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur, bersama barisan Biro-biro PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur telah meluangkan masa menyertai Program Memasak Bubur Asyura yang diadakan di Masjid Sallehin, PULAPOL Kuala Lumpur.

Program ini turut disertai oleh ahli-ahli PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur yang berganding bahu dalam penyediaan bubur asyura sebelum diagihkan kepada warga PULAPOL Kuala Lumpur mengikut cawangan dan unit masing-masing.

Penganjuran program ini bertujuan memupuk semangat kerjasama dan ukhuwah dalam kalangan ahli-ahli PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur, di samping mengeratkan hubungan silaturahim bersama Pengerusi PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur melalui aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan yang dianjurkan.

Program seumpama ini diharap dapat terus memperkukuhkan semangat kebersamaan, keharmonian serta budaya saling membantu dalam kalangan warga PULAPOL Kuala Lumpur.

16/06/2026
LAWATAN KEBAJIKAN BERSAMA YDH KOMANDAN SERTA YBHG, PENGERUSI PERKEP DAN BIRO PERKEP PULAPOL KUALA LUMPURPULAPOL Kuala Lu...
27/04/2026

LAWATAN KEBAJIKAN BERSAMA YDH KOMANDAN SERTA YBHG, PENGERUSI PERKEP DAN BIRO PERKEP PULAPOL KUALA LUMPUR

PULAPOL Kuala Lumpur , 24 April 2026 ( Jumaat ) – Satu lawatan Kebajikan telah diadakan oleh Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) PULAPOL KL ke atas Isteri kepada Sarjan Noor Azri bin Musa , Jurulatih Kawad dan Jasmani , yang kini sedang menghidap kanser rahim tahap tiga.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah YDH SAC Datuk Mohd Nor Yhazid bin Idris, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, bersama YBhg. Datin Zalina binti Zainuddin, Pengerusi PERKEP PULAPOL KL, serta barisan Biro-biro PERKEP.

Lawatan ini bertujuan untuk menzahirkan keprihatinan serta memberikan sokongan moral kepada pesakit dan ahli keluarga dalam menghadapi ujian kesihatan. Selain itu, sumbangan daripada Pengerusi PERKEP berbentuk wang tunai dan jugak buah tangan sebagai tanda sokongan moral warga PERKEP PULAPOL KL.

Inisiatif seperti ini bukan sahaja meringankan beban yang ditanggung, malah menjadi suntikan semangat kepada keluarga yang terlibat agar terus tabah dan kuat menghadapi dugaan. Ia juga membuktikan bahawa PERKEP PULAPOL KL sentiasa komited dalam menjaga kebajikan ahli serta memperkukuh ikatan silaturahim.

Perjumpaan Pengerusi PERKEP bersama Pengusaha Mesin Layan Diri  dan Penggerai Tapak PERKEP PULAPOL KL.YBhg. Datin Zalina...
24/04/2026

Perjumpaan Pengerusi PERKEP bersama Pengusaha Mesin Layan Diri dan Penggerai Tapak PERKEP PULAPOL KL.

YBhg. Datin Zalina binti Zainuddin Pengerusi PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur telah mengadakan perjumpaan bersama Pengusaha Mesin Layan Diri, En. Mohd Zulhairy bin Idris dan Penggerai Tapak PERKEP PULAPOL KL pada 24 April 2026 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama PULAPOL Kuala Lumpur. Perjumpaan ini turut dihadiri oleh YDh. Supt. Romaliza binti Ramli Naib Pengerusi II PERKEP , ASP Sufinah binti Muhsen selaku Setiausaha PERKEP dan Insp. Halijah binti Latif - Biro Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Objektif mesyuarat :

i) Penamatan Penjanjian

* Membincangkan isu penamatan perjanjian sewaan Pengusaha Mesin Layan Diri dan Penggerai bagi tahun 2025-2026. Pengusaha dan penyewa gerai perlu mengemukan permohonan baru untuk perjanjian sewaan akan datang.

ii) Bayaran tertunggak

* Mengenal pasti status bayaran lepas yang tertunggak. Pengusaha Mesin Layan Diri dan penyewa gerai telah memberi kata sepakat dalam menyelesaikan isu bayaran tertunggak bagi perjanjian sewaan yang lepas.

iii) Perbincangan Perjanjian Sewaan Baru

* Perjanjian Sewaan 2026 dengan terma dan syarat baru. Perjanjian Sewaan 2026 akan bermula pada bulan Mei 2026.

iv) Perbincangan berkenaan aduan kerosakan

* Para penggerai membuat aduan berkenaan kerosakkan tapak gerai dan untuk tindakan lanjut. Tindakan akan diambil untuk pembaikan di masa hadapan.

Semoga perbincangan ini dapat memberi manfaat dan impak positif serta dapat menyelesaikan isu-isu berkaitan Pengusaha Mesin Layan Diri dan Penggerai PERKEP PULAPOL KL di masa hadapan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada semua.

Terima kasih diatas komitmen dan kerjasama yang diberikan kepada semua yang terlibat. Semoga segala perancangan yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan lancar.

PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Fitik dan pengiraan inventori aset rumah PERKEP PULAPOL KL pada 2...
23/04/2026

PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Fitik dan pengiraan inventori aset rumah PERKEP PULAPOL KL pada 23 April 2026 (Khamis) bertempat di Rumah PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur.

Program fitik ini adalah dibawah kelolaan Biro Pengurusan Aset PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur, turut dimeriahkan dengan kehadiran YBhg.Datin Zalina binti Zainuddin, serta disertai oleh barisan biro dan penolong biro PERKEP PULAPOL KL.

Objektif Fitik & Pengiraan Inventori Aset Rumah PERKEP PULAPOL KL:

i) Mengesahkan kewujudan aset

* Memastikan setiap aset yang direkodkan benar-benar berada di lokasi yang ditetapkan.

ii) Menyemak keadaan fizikal aset

* Mengenal pasti status aset sama ada baik, rosak, hilang atau perlu pelupusan.

iii) Memastikan ketepatan rekod inventori

* Menyelaraskan maklumat aset dengan rekod daftar inventori sedia ada.

iv) Meningkatkan kawalan dan keselamatan aset

* Mengelakkan kehilangan, penyalahgunaan atau pemindahan aset tanpa rekod rasmi.

v) Penyelenggaraan dan penggantian

* Mengenal pasti aset yang memerlukan penyelenggaraan atau penggantian baharu.

Semoga penganjuran program seperti ini terus memberikan manfaat dan impak positif serta dapat mengeratkan lagi silaturahim kepada semua ahli PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur.

PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur telah menganjurkan Program SPLASHFIT pada 21 April 2026 (Selasa) bertempat di Pusat Akuatik,...
22/04/2026

PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur telah menganjurkan Program SPLASHFIT pada 21 April 2026 (Selasa) bertempat di Pusat Akuatik, PULAPOL Kuala Lumpur.

Program yang bertemakan gaya hidup sihat ini adalah dibawah kelolaan Biro Sukan PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur dan telah disertai seramai 65 orang yang terdiri daripada barisan biro serta ahli PERKEP.

Sesi SplashFit yang berkonsepkan senaman dalam air (akuarobik) ini telah dikendalikan oleh jurulatih senamrobik, Kpl. Fatmawati binti Zulkarnain, dan turut dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Datin Zalina binti Zainuddin, Pengerusi PERKEP PULAPOL KL, YBhg. Puan Lilly Salawati binti Sahrani, Naib Pengerusi I dan YDh. Supt. Romaliza binti Ramli, Naib Pengerusi II.

Semoga penganjuran program seperti ini terus memberikan manfaat dan impak positif kepada semua ahli PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur.

MESYUARAT DAN PERJUMPAAN BERSAMA YBHG. DATIN PENGERUSI PERKEP BERSAMA BIRO BIRO PERKEP PULAPOL KLPULAPOL Kuala Lumpur, 1...
10/04/2026

MESYUARAT DAN PERJUMPAAN BERSAMA YBHG. DATIN PENGERUSI PERKEP BERSAMA BIRO BIRO PERKEP PULAPOL KL

PULAPOL Kuala Lumpur, 10 April 2026 (Jumaat) - Mesyuarat dan perjumpaan tersebut telah diadakan pada hari ini bertempat di Rumah PERKEP PULAPOL KL. Perjumpaan dan sesi suai kenal Biro Biro PERKEP PULAPOL KL bersama YBhg. Datin Zalina binti Zainuddin - Pengerusi PERKEP PULAPOL KL, YBhg. Puan Lily Salawati binti Sahrani - Naib Pengerusi PERKEP PULAPOL KL I, YDH Supt. Romaliza binti Ramli - Naib Pengerusi PERKEP PULAPOL KL II dan biro - biro PERKEP PULAPOL KL.

Semoga ikatan dan ukhwah yang terjalin akan sentiasa dalam Rahmat Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW β€œ Jagalah Silaturrahim Kerana Ia Tanda Kesempurnaan Iman”.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026/1447H.YBhg. Datin Zalina binti Zainuddin, Pengerusi PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur menguc...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026/1447H.

YBhg. Datin Zalina binti Zainuddin, Pengerusi PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur mengucapkan π‘Ίπ’†π’π’‚π’Žπ’‚π’• π‘―π’‚π’“π’Š π‘Ήπ’‚π’šπ’‚ π‘¨π’Šπ’…π’Šπ’π’‡π’Šπ’•π’“π’Š kepada seluruh warga PERKEP Polis Diraja Malaysia khususnya warga PERKEP Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

Semoga kehadiran Syawal tahun ini membawa limpahan keberkatan, kebahagiaan, serta mengeratkan lagi silaturahim antara kita semua. Raikanlah hari kemenangan ini dengan penuh kesyukuran di samping insan tersayang.

Kepada yang pulang ke kampung halaman, semoga perjalanan dipermudahkan dan selamat tiba ke destinasi yang dituju. Pandulah dengan berhemah, utamakan keselamatan, dan semoga kepulangan disambut penuh kegembiraan bersama keluarga tercinta.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf zahir dan batin.

Address

PUSAT LATIHAN POLIS KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur
54100

Telephone

+601137591751

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkep Pulapol KL - Laman Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perkep Pulapol KL - Laman Rasmi:

Shortcuts

Share