MiDAS Malaysia

MiDAS Malaysia The world now is experiencing a spectre of defence and security issues. Incidents such as 11 Sept 2001 had influenced the global security landscape.

Malaysia, geographically being a country in the middle of South East Asia region shares her territorial

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH , PELANTIKAN  INDUSTRIAL ADVISORY PANEL (IAP), UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)Malaysian Ins...
03/09/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH , PELANTIKAN INDUSTRIAL ADVISORY PANEL (IAP), UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)

Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kol Ts Dr Maimunah Omar, Pengarah Teknologi Komparatif MiDAS dan Cik Lailatul Afizdha Arip, Penolong Pengarah Teknologi Komparatif MiDAS atas pelantikan sebagai Member of the Industrial Advisory Panel (IAP), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan membanggakan terhadap kepakaran, pengalaman dan sumbangan warga MiDAS dalam memperkukuh hubungan strategik antara institusi akademik dan sektor pertahanan, khususnya dalam bidang Hubungan Antarabangsa.

Semoga amanah dan kepercayaan yang diberikan dapat dimanfaatkan dalam menyumbang idea, kepakaran serta perspektif strategik ke arah pembangunan program akademik yang relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan.

Syabas dan tahniah!

Dengan ingatan tulus ikhlas daripada Ketua Eksekutif serta seluruh warga MiDAS.

STRENGTHENING REGIONAL MARITIME SECURITY CAPABILITIES & GOVERNANCEKUALA LUMPUR, 3 September 2026 - The Malaysian Institu...
03/09/2026

STRENGTHENING REGIONAL MARITIME SECURITY CAPABILITIES & GOVERNANCE

KUALA LUMPUR, 3 September 2026 - The Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) was honored to be represented by Ms. Nor Aini Binti Mohd Nordin, Assistant Director of Maritime Security, at the 3rd ASEAN–Australia Maritime Security (MARSEC) Symposium, held September 2–3, 2026, at Shangri-La Kuala Lumpur.

Co-organized by the International Policy Division (IPDiv), Air and Space Power Centre (ASPC), Sea Power Centre Australia (SPC-A), and Royal Malaysian Navy Sea Power Centre (RMN-SPC), the two-day symposium brought together regional experts, defense representatives, and maritime security practitioners from ASEAN and Australia.

Key discussions focused on critical undersea infrastructure, emerging technologies including drones, artificial intelligence, and satellite mega-constellations, and on multilateral cooperation to strengthen maritime domain awareness and uphold a rules-based regional order.

MiDAS remains committed to supporting strategic dialogue, capacity-building, and collaborative regional solutions toward a free, open and stable Indo-Pacific.








11th  INTERNATIONAL CONFERENCE ON THE STRAITS OF MALACCA (ICSOM 2026)KUALA LUMPUR, 3 September 2026 – Malaysian Institut...
03/09/2026

11th INTERNATIONAL CONFERENCE ON THE STRAITS OF MALACCA (ICSOM 2026)

KUALA LUMPUR, 3 September 2026 – Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) telah menyertai 11th International Conference on the Straits of Malacca (ICSOM 2026) yang menghimpunkan pakar dan pemegang taruh maritim bagi membincangkan cabaran semasa serta masa hadapan dalam memastikan keselamatan navigasi, perlindungan alam sekitar dan kemakmuran ekonomi.

Persidangan ini menekankan kedudukan strategik Selat Melaka dan Singapura (Straits of Malacca and Singapore – SOMS) sebagai antara laluan perdagangan maritim terpenting dunia. Sebarang gangguan terhadap laluan ini berpotensi memberi kesan langsung kepada rantaian bekalan, keselamatan tenaga serta ekonomi serantau dan global.

Perbincangan turut memberi perhatian kepada cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks, termasuk rompakan laut, kesesakan trafik, pencemaran marin, GPS spoofing dan jamming, digitalisasi serta kemunculan kapal autonomi.

Dalam menghadapi perkembangan ini, kerjasama erat antara Malaysia, Indonesia dan Singapura terus menjadi tonggak utama dalam memastikan keselamatan serta kelancaran navigasi di Selat Melaka. Penggunaan teknologi seperti S-100, kecerdasan buatan (AI), analitik data dan sistem Vessel Traffic Services (VTS) generasi baharu, di samping peningkatan latihan serta perkongsian maklumat, merupakan elemen penting bagi memperkukuh daya tahan maritim serantau.

Persidangan ini sekali lagi membuktikan bahawa keselamatan maritim merupakan prasyarat kepada kemakmuran ekonomi. Kerjasama, kepercayaan, inovasi teknologi dan diplomasi ketika aman perlu terus diperkukuh bagi memastikan Selat Melaka kekal selamat, terbuka dan berdaya tahan sebagai salah satu nadi perdagangan dunia.

No Shipping, No Shopping

KUNJUNGAN HORMAT KETUA EKSEKUTIF MiDAS KEPADA TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PENGURUSAN) (TKSU (U)), KEMENTERIAN PERTAHANANK...
03/09/2026

KUNJUNGAN HORMAT KETUA EKSEKUTIF MiDAS KEPADA TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PENGURUSAN) (TKSU (U)), KEMENTERIAN PERTAHANAN

KUALA LUMPUR, 3 September 2026 – Ketua Eksekutif Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS), YBhg Laksamana Madya Datuk Yusne bin Hj Mokhtar telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg Datin Roszanina binti Wahab, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) (TKSU (U)), Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) di Pejabat TKSU (U), Wisma Pertahanan pada hari ini. Kunjungan hormat ini diadakan sempena perlantikan Laksamana Madya Datuk Yusne bin Hj Mokhtar sebagai Ketua Eksekutif MiDAS berkuatkuasa pada 1 April 2026 yang lalu.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan serta jaringan kerjasama antara MiDAS dan pengurusan tertinggi MINDEF, khususnya dalam aspek pengurusan, pembangunan kapasiti, penyelidikan dan perkongsian ilmu serta kepakaran dalam bidang pertahanan dan keselamatan.

Sesi ini turut menjadi platform bagi bertukar pandangan mengenai isu-isu semasa berkaitan pengurusan organisasi serta meneroka ruang kerjasama yang dapat menyokong aspirasi dan agenda Kementerian Pertahanan.

MiDAS sentiasa komited untuk memperkukuh peranannya sebagai institusi pemikir dalam bidang pertahanan dan keselamatan melalui penghasilan kajian, penyelidikan serta program pembangunan ilmu yang berimpak dan relevan kepada keperluan pertahanan negara.

Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan MiDAS dalam memperkukuh sinergi bersama warga MINDEF demi mendukung agenda pertahanan dan keselamatan negara. Pertemuan diakhiri penyampaian cenderahati dari Ketua Eksekutif MiDAS kepada TKSU (U) serta sesi bergambar.






MiDAS Hosts Courtesy Call by Associate Professor David Letts of ANCORSThe Malaysian Institute of Defence and Security (M...
01/09/2026

MiDAS Hosts Courtesy Call by Associate Professor David Letts of ANCORS

The Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) welcomed Associate Professor David Letts from the Australian National Centre for Ocean Resources and Security (ANCORS), University of Wollongong, for a courtesy call with the Chief Executive of MiDAS on 1 September 2026.

The engagement, attended by Ms Jeslyn Tan, Senior Program Manager (Maritime), Australian High Commission Kuala Lumpur, the MiDAS Maritime Security Director and both Assistant Directors, provided an opportunity to exchange views on the respective roles and functions of ANCORS and MiDAS, as well as their shared interests in maritime security, ocean law and policy.

The discussion also highlighted MiDAS’ role within the Network of ASEAN Defence and Security Institutions (NADI), which supports the ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) process through the ASEAN Defence Senior Officials’ Meeting (ADSOM).

Among the areas discussed were the National Maritime Council, maritime security, research and policy analysis, and potential avenues for future institutional cooperation, research collaboration and expert exchanges between MiDAS and ANCORS.

MiDAS looks forward to further strengthening this engagement with ANCORS and other regional partners in support of Malaysia’s maritime security interests.

KUNJUNGAN HORMAT PRESIDEN PUSPAHANAS KEPADA KETUA EKSEKUTIF MIDASKUALA LUMPUR, 1 September 2026 – Ketua Eksekutif Malays...
01/09/2026

KUNJUNGAN HORMAT PRESIDEN PUSPAHANAS KEPADA KETUA EKSEKUTIF MIDAS

KUALA LUMPUR, 1 September 2026 – Ketua Eksekutif Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS), Laksamana Madya Datuk Yusne bin Hj Mokhtar telah menerima kunjungan hormat daripada Presiden PUSPAHANAS, Leftenan Jeneral Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM di MiDAS, Kementerian Pertahanan.

Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua institusi dalam memperkukuh jaringan strategik, perkongsian ilmu dan kerjasama dalam bidang pendidikan, penyelidikan serta pemikiran pertahanan dan keselamatan.

Sesi perbincangan turut menjadi wadah bagi bertukar pandangan mengenai perkembangan persekitaran strategik semasa, di samping meneroka ruang kerjasama yang lebih erat dalam penyelidikan, pembangunan profesional, pendidikan strategik, perkongsian kepakaran serta program pembangunan kepimpinan.

Kerjasama strategik antara MiDAS dan PUSPAHANAS berpotensi memperkukuh ekosistem ilmu pertahanan negara melalui penyatuan kepakaran, pengalaman dan jaringan strategik kedua-dua institusi. Usaha ini selaras dengan aspirasi untuk melahirkan pemimpin serta pemikir pertahanan yang berwibawa, berpandangan jauh dan responsif terhadap cabaran keselamatan yang semakin kompleks.

MiDAS merakamkan penghargaan atas kunjungan hormat tersebut dan berharap hubungan yang terjalin akan terus diperkasa melalui inisiatif bersama yang memberi nilai tambah kepada pembangunan pemikiran strategik dan kepentingan pertahanan serta keselamatan negara. Pertemuan diakhiri dengan sesi pertukaran cenderahati antara Ketua Eksekutif MiDAS dan Presiden PUSPAHANAS serta sesi bergambar.






31/08/2026

🇲🇾 HARI KETIGA | PENUTUP TIRAI MiDAS DI KARNIVAL CIMIC MELAKA 2026

MELAKA, 31 Ogos 2026 – Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69, Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) melabuhkan tirai penyertaan selama tiga hari di Karnival 1 _Civil Military Cooperation_ (CIMIC) Melaka 2026 di Dataran 1 Malaysia, Klebang, Melaka.

Reruai MiDAS terus menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang berpeluang mendapatkan maklumat berkaitan Kertas Putih Pertahanan (KPP), Pertahanan Menyeluruh (HANRUH), pendekatan _Whole of Government and Whole of Society_ (WoGoS) serta literasi pertahanan.

Pengunjung turut menyertai soal selidik literasi pertahanan dan Kuiz Interaktif RODA MiDAS, menjadikan reruai ini sebagai platform perkongsian ilmu dan interaksi bersama masyarakat.

🇲🇾 Sempena Hari Kebangsaan, MiDAS membawa mesej bahawa patriotisme bukan sekadar melalui sambutan kemerdekaan, tetapi turut dizahirkan melalui kesedaran dan tanggungjawab bersama dalam mempertahankan keamanan serta kedaulatan negara.

👏 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengunjung, warga Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia, Kerajaan Negeri Melaka, agensi terlibat serta semua pihak yang menjayakan penyertaan MiDAS.

Jumpa lagi di acara dan program MiDAS yang akan datang!

🇲🇾 Pertahanan Negara, Tanggungjawab Bersama.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

30/08/2026

🇲🇾 HARI KEDUA | MiDAS DI KARNIVAL CIMIC MELAKA 2026

MELAKA, 30 Ogos 2026 – Memasuki hari kedua Karnival Civil Military Cooperation(CIMIC) Melaka 2026, Booth Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) di Dataran 1 Malaysia, Klebang terus menerima sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

Program hari kedua turut diserikan dengan acara perasmian karnival yang disempurnakan oleh YB Menteri Pertahanan dan turut dihadiri YAB Ketua Menteri Melaka dan YBhg Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT) bersama Panglima-Panglima Perkhidmatan serta YBhg Ketua Eksekutif MiDAS serta sekaligus memeriahkan penganjuran Karnival CIMIC Melaka 2026 yang menjadi platform memperkukuh hubungan antara sektor pertahanan, kerajaan dan masyarakat.

Sepanjang hari, Booth MiDAS menawarkan pelbagai pengisian interaktif termasuk tayangan video informasi MiDAS, taklimat infografik, Crash Course Kertas Putih Pertahanan (KPP), Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) dan Whole of Government and Whole of Society (WoGoS), soal selidik tahap literasi pertahanan serta Kuiz Interaktif RODA MiDAS.

👏 Lebih 200 pengunjung telah mengunjungi Booth MiDAS pada hari kedua. Seramai 30 peserta turut mengambil bahagian dalam soal selidik sebelum dan selepas Program Interaktif KPP, HANRUH dan WoGoS bagi menilai tahap kefahaman masyarakat terhadap pertahanan negara.

Pendekatan santai dan interaktif ini merupakan sebahagian daripada usaha MiDAS untuk menjadikan literasi pertahanan lebih dekat, mudah difahami dan relevan kepada rakyat, di samping meningkatkan kesedaran bahawa keselamatan dan pertahanan negara memerlukan penglibatan seluruh lapisan masyarakat.

🇲🇾 Pertahanan Negara, Tanggungjawab Bersama.

Booth MiDAS akan meneruskan pameran pada 31 Ogos 2026, bersempena sambutan Hari Kebangsaan.

Jom singgah ke Booth MiDAS!

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾Sempena Hari Kebangsaan 2026, Ketua Eksekutif dan seluruh warga Malaysian I...
29/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Sempena Hari Kebangsaan 2026, Ketua Eksekutif dan seluruh warga Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kepada warga Kementerian Pertahanan, ATM khususnya pengikut Facebook MiDAS dan seluruh rakyat Malaysia

Marilah kita terus menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta bersama-sama memelihara keamanan, keselamatan dan kedaulatan negara demi Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati 🇲🇾

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

🇲🇾 MiDAS DEKATI MASYARAKAT MELALUI LITERASI PERTAHANANSekitar kemeriahan Karnival CIMIC Melaka 2026, Malaysian Institute...
29/08/2026

🇲🇾 MiDAS DEKATI MASYARAKAT MELALUI LITERASI PERTAHANAN

Sekitar kemeriahan Karnival CIMIC Melaka 2026, Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) terus mendekati masyarakat melalui perkongsian ilmu dan aktiviti interaktif berkaitan literasi pertahanan serta keselamatan negara.

Pengunjung berpeluang mendapatkan penerangan mengenai peranan MiDAS, memahami konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) dan pendekatan Whole-of-Government and Whole-of-Society (WoGoS), di samping menyertai soal selidik tahap literasi pertahanan serta Crash Course CAKNA Pertahanan.

Penglibatan ini membawa mesej bahawa pertahanan negara bukan hanya tanggungjawab warga pertahanan, tetapi memerlukan kesedaran, kefahaman dan penglibatan seluruh rakyat Malaysia.

📍 Booth MiDAS, Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang, Melaka
📅 29–31 Ogos 2026

Jom singgah dan kenali pertahanan negara dengan lebih dekat!

CAKNA Pertahanan | Fahami Pertahanan, Perkukuh Ketahanan Negara 🇲🇾

Address

Jalan Padang Tembak
Kuala Lumpur
50634

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:00 - 17:00

Telephone

+60340127304

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MiDAS Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MiDAS Malaysia:

Shortcuts

Share