Arkib Negara Malaysia

Arkib Negara Malaysia FB rasmi Arkib Negara Malaysia, Ibu Pejabat, Kuala Lumpur Official National Archives of Malaysia Page

PASANGAN KARAMJIT SINGH-RON TEOH MENCIPTA SEJARAH PERLUMBAAN RALI NEGARAPada hari ini dalam tahun 1994, pasangan Karamji...
19/09/2026

PASANGAN KARAMJIT SINGH-RON TEOH MENCIPTA SEJARAH PERLUMBAAN RALI NEGARA

Pada hari ini dalam tahun 1994, pasangan Karamjit Singh-Ron Teoh, pelumba rali negara mencipta sejarah dengan menjadi pelumba rali pertama menaiki podium pada Perlumbaan Rali Australia yang berlangsung di Perth, Australia. Mereka yang mewakili pasukan Petronas EON (PERT) bermula sebagai peserta ke-21 dan menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan catatan masa keseluruhan 5 jam 57 minit dan 53 saat bagi kategori Kumpulan N. Kenderaan yang digunakan oleh pasangan pelumba ini adalah Proton Wira 4WD Turbo buatan tempatan. Siri perlumbaan yang bermula pada 16 September 1994 ini menyaksikan 76 orang peserta mengambil bahagian, namun hanya 46 orang sahaja yang berjaya menamatkan perlumbaan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari Portal HIDS menerusi https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Apple App Store. HIDS juga bersiaran di:
1) RTM TV pada pukul 6.59 pagi, 12.59 tengah hari, 4.59 petang dan 7.59 malam.
2) 31 stesen radio milik RTM.





18/09/2026

Ratusan bahasa dan dialek yang terdapat di Malaysia merupakan sebahagian daripada warisan negara yang perlu terus didokumentasikan dan dipelihara untuk generasi akan datang.

Usaha ini penting kerana setiap bahasa membawa sejarah, memori dan identiti komuniti, sekali gus mencerminkan kekayaan serta kepelbagaian masyarakat Malaysia.

Baca artikel penuh di:

https://www.thestar.com.my/news/nation/2026/09/16/drive-to-save-languages




18/09/2026
18/09/2026
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DITERIMA MENJADI AHLI PBBPada hari ini dalam tahun 1957, sejarah tercipta apabila Persekutuan T...
18/09/2026

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DITERIMA MENJADI AHLI PBB

Pada hari ini dalam tahun 1957, sejarah tercipta apabila Persekutuan Tanah Melayu diterima menjadi negara ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Keputusan sebulat suara untuk menerima keahlian Persekutuan Tanah Melayu ini disampaikan oleh YB Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman, wakil Persekutuan Tanah Melayu ke PBB kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri. Berita tersebut disampaikan menerusi telegram yang mengandungi tujuh patah perkataan, iaitu “Malaya admitted unanimously into United Nations today”. YTM Tunku menyatakan bahawa kejayaan Persekutuan Tanah Melayu mengekalkan perpaduan di dalam negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum telah menyediakan negara untuk memikul tanggungjawab utama PBB, iaitu memelihara keharmonian sejagat dan menegakkan Piagam PBB.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari Portal HIDS menerusi https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Apple App Store. HIDS juga bersiaran di:
1) RTM TV pada pukul 6.59 pagi, 12.59 tengah hari, 4.59 petang dan 7.59 malam.
2) 31 stesen radio milik RTM.





18/09/2026

Saksikan Siaran Langsung Program Jom Fahami Perlembagaan Prinsip Rukun Negara Keluhuran Perlembagaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).




17/09/2026
17/09/2026
17/09/2026
🇲🇾 MENELUSURI JALAN KE ARAH KEMERDEKAAN 🇲🇾17 September 2026 (Khamis), Arkib Negara Malaysia (ANM) melalui Seksyen Pamera...
17/09/2026

🇲🇾 MENELUSURI JALAN KE ARAH KEMERDEKAAN 🇲🇾

17 September 2026 (Khamis), Arkib Negara Malaysia (ANM) melalui Seksyen Pameran dan Arkib Pendidikan (SPAP) telah menjayakan Program Arkib Pendidikan di SK Gesir Tengah, Kuala Kubu, Selangor sempena Bulan Kebangsaan 2026.

Pelajar berpeluang menyelami kisah perjuangan negara sehingga dapat mengecapi kemerdekaan hari ini melalui Pameran Poster “Ke Arah Kemerdekaan”. 📚✨

Program turut diserikan dengan pelbagai aktiviti interaktif iaitu Kuiz Trivia, Kenali Jalur Gemilang, Padankan Negeri dan permainan Dam Ular Kemerdekaan yang berjaya menyemarakkan suasana dengan penuh ceria dan semangat patriotisme!

Semoga dengan adanya aktiviti ini para pelajar akan lebih cinta pada negara dan bangga menjadi warganegara Malaysia !





Address

Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Arkib Negara Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share