SMK SERI KERAMAT

SMK SERI KERAMAT ❤️DiSiniBermulaKejayaanKita
BEA7614

PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI MURID TAHUN 2026 "FRIEND ZONE JE,JANGAN END ZONE"Tarikh/Hari :- 11 Ogos 2026 (Selasa)Ma...
11/08/2026

PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI MURID TAHUN 2026
"FRIEND ZONE JE,JANGAN END ZONE"

Tarikh/Hari :- 11 Ogos 2026 (Selasa)
Masa :-1:30 pm - 3:30 pm
Tempat :- Dewan Gemilang Lestari SMK Seri Keramat
Sasaran : Murid Sesi Petang Tingkatan 1&2 dan Kelas KAA
Penceramah Jemputan : Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Anjuran : Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan Kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Seri Keramat

Semat Dihati, Disini bermula kejayaan kita

Assalamualaikum warga sematProgram yang sedang berlangsung di sesi petang sekarang ialah PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DIR...
11/08/2026

Assalamualaikum warga semat

Program yang sedang berlangsung di sesi petang sekarang ialah

PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI MURID TAHUN 2026

Yang bertajuk "Friend zone je,Jangan end zone"

Penceramah jemputan : Akhi Fairuz al-Jengkawi

✨ LET’S EXPLORE KUALA LUMPUR! ✨Alhamdulillah, satu hari yang penuh dengan keceriaan, gelak tawa dan kenangan bersama. 🫶🏻...
10/08/2026

✨ LET’S EXPLORE KUALA LUMPUR! ✨

Alhamdulillah, satu hari yang penuh dengan keceriaan, gelak tawa dan kenangan bersama. 🫶🏻📸

Bukan sekadar meneroka Kuala Lumpur, tetapi mengeratkan ukhuwah, mengukuhkan kerjasama dan mencipta kenangan bersama. 🚆✨

Guru yang ceria melahirkan murid yang bahagia. 💛
Semoga keceriaan hari ini terus menjadi energi positif dalam mendidik anak-anak kita.

Explore the city, strengthen the team! 🌟

Iklan Sebut Harga Kantin SMK Seri Keramat Tahun 2026-2028.Layari laman web dan qr code yang tertera untuk keterangan lan...
09/08/2026

Iklan Sebut Harga Kantin SMK Seri Keramat Tahun 2026-2028.
Layari laman web dan qr code yang tertera untuk keterangan lanjut.

MAJLIS PERPISAHAN PENGETUA PN.NORLAILA BINTI TAYEB Norlaila TayebHari ini merupakan saat yang amat sukar buat kami keran...
24/07/2026

MAJLIS PERPISAHAN PENGETUA PN.NORLAILA BINTI TAYEB Norlaila Tayeb

Hari ini merupakan saat yang amat sukar buat kami kerana terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada seorang pengetua yang sangat baik, penyayang, berwibawa dan sentiasa bertanggungjawab dalam menjalankan amanah.

Sesungguhnya, perpisahan ini amat menyedihkan. Kehilangan seorang pemimpin yang sentiasa memberi sokongan, dorongan dan bimbingan akan sentiasa dirasai.

Kami mendoakan agar puan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan bersama keluarga, dipermudahkan segala urusan serta terus mencapai kejayaan di tempat baharu.

JABATAN PENERANGAN MALAYSIA: PROGRAM PENTARAMA X KELAB MALAYSIA SMK SERI KERAMATSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan t...
08/07/2026

JABATAN PENERANGAN MALAYSIA: PROGRAM PENTARAMA X KELAB MALAYSIA SMK SERI KERAMAT

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Penerangan Malaysia atas kesudian hadir ke SMK Seri Keramat bagi menjayakan Program PENTARAMA X KELAB MALAYSIAKU

Kehadiran pihak Jabatan Penerangan Malaysia serta perkongsian ilmu dan maklumat yang disampaikan telah memberikan manfaat yang amat bermakna kepada warga sekolah, khususnya dalam memupuk semangat patriotisme, perpaduan serta meningkatkan kesedaran tentang isu-isu semasa dalam kalangan murid.

Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi melahirkan generasi yang berilmu, berwawasan dan cintakan negara.

Seramai 40 orang murid Tingkatan 4 SMK Seri Keramat telah menyertai Lawatan Bersepadu ke Pusat Sains Negara dan Parlimen...
08/07/2026

Seramai 40 orang murid Tingkatan 4 SMK Seri Keramat telah menyertai Lawatan Bersepadu ke Pusat Sains Negara dan Parlimen Malaysia pada 7 Julai 2026 (Selasa). Program ini merupakan anjuran Panitia Sejarah dengan kerjasama Panitia Sains.

Semoga lawatan ini dapat memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna serta melahirkan lebih ramai murid yang berfikiran saintifik dan berjiwa kenegaraan.

Minda Saintifik, Jiwa Kenegaraan.

🏆 TAHNIAH & SYABAS! 🏆🌍 World International Science Olympiad 2026Mohamad Firdaus Bin Abdol Mutalib🥇 Gold Medal🥈 2nd Rank ...
08/07/2026

🏆 TAHNIAH & SYABAS! 🏆

🌍 World International Science Olympiad 2026

Mohamad Firdaus Bin Abdol Mutalib
🥇 Gold Medal
🥈 2nd Rank Award
🏅 Dean Award

Thipikhasrew Vikneswaran
🥇 Gold Medal

Siti Nur Alyssa Binti Sheik Mohd Ali Bakry
🥇 Gold Medal

Sekalung tahniah dan syabas kepada semua! Semoga terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. 🌟


🏆 TAHNIAH & SYABAS! 🏆Dua orang pelajar atas pencapaian cemerlang dalam National Science Olympiad 2026.🌟 Mohamad Firdaus🏅...
08/07/2026

🏆 TAHNIAH & SYABAS! 🏆

Dua orang pelajar atas pencapaian cemerlang dalam National Science Olympiad 2026.

🌟 Mohamad Firdaus
🏅 Best Presentation Award

🌟 Thipikhasree Vikneswaran
🏅 Overall 5th Place

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan serta mengharumkan nama SMK Seri Keramat di peringkat yang lebih tinggi.



TAHNIAH Nur Orked Zahra Binti Muhammad Zaim! 🏆🥇🥉Warga SMK Seri Keramat merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Nur Ork...
07/07/2026

TAHNIAH Nur Orked Zahra Binti Muhammad Zaim! 🏆🥇🥉

Warga SMK Seri Keramat merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Nur Orked Zahra binti Muhammad Zaim atas pencapaian membanggakan dalam Kejohanan Sirkit 2 Para Renang Kebangsaan Allianz Milo MSN PREPMA 2026.

Beliau telah berjaya meraih:

🥇 Gold 4x100m Freestyle Relay Mix
🥇 Gold 4x100m Medley Relay Mix
🥉 Bronze 200m Individual Medley Women

Kejayaan ini membuktikan bahawa semangat juang, disiplin dan keyakinan diri mampu membawa murid melangkah jauh dalam bidang sukan. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada semua warga SEMAT untuk terus berusaha dan mencipta kejayaan tanpa batasan.

Semat di hati, di sini bermula kejayaan kita.

Address

Jalan AU 4, LEMBAH KERAMAT, KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur
54200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK SERI KERAMAT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share