SK DATOK Keramat 2 - SKDKr2

SK DATOK Keramat 2 - SKDKr2 Selamat Datang ke Laman Facebook Rasmi Sekolah Kebangsaan Datok Keramat 2.

Kami adalah sekolah rendah kerajaan yang komited dalam melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah, dan kokurikulum. Primary school surrounded by the melting pot of Keramat Market, Datok Keramat LRT station and housing area.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾Seluruh warga SK Datok Keramat 2 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangs...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Seluruh warga SK Datok Keramat 2 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga sambutan Hari Kebangsaan ini terus menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan cintakan negara dalam diri kita semua.

🇲🇾 Tema: “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

Bersatu Hati, Membina Negara, Merealisasi Malaysia MADANI.

❤️🤍💙💛
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!






MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN 🇲🇾Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Peringkat SK Datok Keramat 2 telah berlangsung den...
28/08/2026

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN 🇲🇾

Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Peringkat SK Datok Keramat 2 telah berlangsung dengan meriah semalam. Majlis ini menjadi kemuncak kepada pelbagai aktiviti dan pertandingan yang telah dilaksanakan sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan.

Pelbagai acara dan pengisian bertemakan semangat patriotisme telah berjaya menyemarakkan rasa cinta akan negara dalam kalangan murid serta seluruh warga sekolah. Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan yang telah menunjukkan usaha, kreativiti dan semangat yang tinggi.

🎉 Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang! Semoga kejayaan yang diraih menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha dan mencapai kecemerlangan pada masa hadapan.

Tidak dilupakan, sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua guru, murid serta warga SK Datok Keramat 2 yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan Sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini.

🇲🇾 Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H/2026MSK Datok Keramat 2 telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat S...
28/08/2026

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H/2026M

SK Datok Keramat 2 telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada 28 Ogos 2026 (Jumaat) bertempat di Dewan Seri Keramat.

Majlis yang berlangsung dari 7.30 pagi hingga 10.00 pagi ini diadakan bersempena sambutan Maulidur Rasul dengan penghayatan tema “Madani Dihayati, Ummah Diberkati”. Murid-murid turut hadir dengan berpakaian sopan dan kemas, iaitu Baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok bagi murid lelaki, manakala Baju Kurung serta tudung bagi murid perempuan.

Pelbagai pengisian telah dilaksanakan bagi menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta memberi peluang kepada murid untuk menghayati sirah, akhlak dan sunnah Baginda.

🌹 Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ana Muslim atas kesudian meluangkan masa serta memberikan ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul di SK Datok Keramat 2. Semoga perkongsian ilmu yang disampaikan memberikan manfaat, pengajaran dan inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW.

Semoga sambutan seperti ini dapat menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW serta membentuk generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan sentiasa mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian. Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M sememangnya menekankan penghayatan nilai dan teladan Rasulullah SAW dalam kehidupan.

📰 BENGKEL BANTU MULA UNIT BERUNIFORM BERJAYA DILAKSANAKANPada 26 Ogos 2026 (Rabu), telah berlangsung Bengkel Bantu Mula ...
27/08/2026

📰 BENGKEL BANTU MULA UNIT BERUNIFORM BERJAYA DILAKSANAKAN

Pada 26 Ogos 2026 (Rabu), telah berlangsung Bengkel Bantu Mula untuk semua Unit Beruniform anjuran Unit Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS).

Bengkel yang berlangsung dari 2.00 petang hingga 3.30 petang ini telah disampaikan oleh Puan Ummu Fatin Naaifah binti Othman.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas peserta dalam aspek bantu mula, khususnya dalam menghadapi situasi kecemasan. Para peserta turut mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang bengkel berlangsung.

Diharapkan ilmu serta kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian dan menjadi panduan kepada semua ahli unit beruniform dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini! 👏👏


🦷 CERAMAH DAN LATIHAN MEMBERUS GIGI 🦷SK DATOK KERAMAT 2Pada 26 Ogos 2026 (Rabu), SK Datok Keramat 2 telah menganjurkan p...
27/08/2026

🦷 CERAMAH DAN LATIHAN MEMBERUS GIGI 🦷

SK DATOK KERAMAT 2

Pada 26 Ogos 2026 (Rabu), SK Datok Keramat 2 telah menganjurkan program Ceramah dan Latihan Memberus Gigi bermula pada jam 8.30 pagi hingga selesai dengan kerjasama Klinik Pergigian Dato’ Keramat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada murid tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan kebersihan gigi, di samping membimbing mereka mengamalkan teknik memberus gigi yang betul.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah pergigian, permainan interaktif serta latihan memberus gigi. Murid turut membawa kelengkapan sendiri seperti berus gigi, ubat gigi dan cawan untuk digunakan sepanjang sesi latihan.

Program berlangsung dalam suasana yang ceria, interaktif dan menyeronokkan, sekali gus membantu meningkatkan kesedaran murid tentang amalan penjagaan gigi yang baik dalam kehidupan seharian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Klinik Pergigian Dato’ Keramat (KKM) atas kerjasama dan perkongsian ilmu yang diberikan. Semoga program sebegini dapat melahirkan murid yang lebih prihatin terhadap kesihatan diri dan mengamalkan penjagaan gigi secara konsisten.


27/08/2026
[Infografik] Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan institusi pendidikan di bawah kementerian itu, agar menghentikan s...
27/08/2026

[Infografik] Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan institusi pendidikan di bawah kementerian itu, agar menghentikan serta-merta segala aktiviti luar bilik darjah, termasuk aktiviti keramaian dan sukan di luar bangunan di kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 100 berikutan cuaca panas dan jerebu.


[Infografik] Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan institusi pendidikan di bawah kementerian itu, agar menghentikan serta-merta segala aktiviti luar bilik darjah, termasuk aktiviti keramaian dan sukan di luar bangunan di kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 100 berikutan cuaca panas dan jerebu.

27/08/2026

Majlis Penutup Sambutan Bulan Kebangsaan

Address

Jalan Datuk Keramat
Kuala Lumpur
54000

Opening Hours

Monday 07:00 - 16:00
Tuesday 07:00 - 16:00
Wednesday 07:00 - 16:00
Thursday 07:00 - 16:00
Friday 07:00 - 16:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK DATOK Keramat 2 - SKDKr2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SK DATOK Keramat 2 - SKDKr2:

Shortcuts

Share