12/07/2026
✨357 Ahli Baharu, Langkah Menuju Kemenangan!
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Lembah Pantai kali ke-38 telah berlangsung dengan penuh semangat ukhuwah, disusuli Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Lembah Pantai sebagai simbolik bermulanya gerak kerja yang lebih tersusun dan bersedia menggalas amanah perjuangan.
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Kuala Terengganu, YBhg. Datuk Hj. Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim merasmikan Mesyuarat Agung PAS Lembah Pantai Kali Ke-38, Yang Dipertua PAS Kawasan Lembah Pantai LAr. Hj. Fauzi Abu Bakar, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan, Ketua-ketua Dewan PAS Lembah Pantai, saf kepimpinan cawangan-cawangan serta pimpinan daripada parti-parti jemputan yang bersama-sama memberikan sokongan dan dokongan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan selamat datang diucapkan kepada 357 orang ahli baharu yang kini menjadi sebahagian daripada keluarga besar perjuangan PAS Kawasan Lembah Pantai. Semoga kehadiran ini menjadi suntikan kekuatan dalam meneruskan usaha berkhidmat kepada agama, masyarakat dan negara.
Kemuncak majlis diteruskan dengan penyerahan bendera PAS kepada 10 cawangan beserta cawangan penaja baharu iaitu Cawangan PPR Kasturi Jaya sebagai simbolik pelancaran jentera, menandakan bermulanya gerak kerja yang lebih tersusun, berstrategi dan penuh iltizam.
Ucapan daripada YBhg. Datuk Hj. Ahmad Amzad membakar semangat perjuangan agar setiap langkah dilaksanakan dengan keikhlasan, kesatuan dan istiqamah. Manakala LAr. Hj. Fauzi Abu Bakar menzahirkan keyakinan bahawa dengan gerak kerja yang bersungguh-sungguh, berintegriti dan dekat di hati rakyat, insya-Allah kepercayaan rakyat akan terus diperkukuhkan.
Allah SWT berfirman:
✨Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang tersusun, seolah-olah mereka seperti sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (Surah As-Saff: 4)
No more waiting. No more watching from the sidelines. Masa untuk turun padang, gandakan usaha dan jadi sebahagian daripada perubahan yang kita impikan. 🔥🚩