04/02/2026
๐๐๐ฎ ๐ญ๐๐ก๐ฎ ๐ญ๐๐คโฆ ๐ค๐๐ค๐๐ฒ๐๐๐ง ๐ ๐๐ญ๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ ๐๐๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ฌ๐๐ญ๐ฎ ๐ซ๐จ๐ฆ๐ฉ๐๐ค๐๐ง ๐ฉ๐๐ฅ๐ข๐ง๐ ๐ฅ๐ข๐๐ข๐ค ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ฌ๐๐ฃ๐๐ซ๐๐ก ๐๐ฎ๐ง๐ข๐?
๐ BRAZIL KUASAI DUNIA
Dulu, Brazil pegang monopoli getah dunia. Pokok getah cuma tumbuh di hutan Amazon. So, British panas punggung-lah sebab mereka perlukan getah untuk industri dan tayar.
๐ต๏ธโโ๏ธ MISI MENYELUDUP
Tahun 1876, seorang lelaki British bernama Henry Wickham buat kerja gila. Dia seludup keluar 70,000 biji benih getah dari Brazil.
Dia tipu kastam, kata itu cuma spesimen mati. Padahalโฆ itu benih hidup yang bakal runtuhkan empayar Brazil.
๐ฑ CUMA 22 YANG HIDUP
Daripada 70,000 bijiโฆCuma 2,700 bercambah. Yang dihantar ke Singapura p**a? Semua mati.
Akhirnyaโฆ cuma 22 anak pokok yang berjaya sampai ke Tanah Melayu dan 9 ditanam di Kuala Kangsar dan dari situlah lahir industri getah Malaysia.
๐งช MAD RIDLEY
Ada seorang saintis digelar โMad Ridleyโ. Dia obses tanam getah sampai orang anggap dia gila. Tapi dialah cipta teknik torehan yang tak bunuh pokok. Pokok boleh hasilkan getah sampai 30 tahun. Tanpa dia, industri ni mungkin dah mati awal. Zaman tu punyalah dia ni obses sampai dalam poket seluarnya ada biji-biji getah dan dia akan berikan pada sesiapa sahaja nak suruh diorang tanam.
โ PELADANG KOPI BANKRAP
British asalnya tanam kopi. Tapi kulat serang ladang, harga kopi jatuh. Semua muflis dan baaaarulah mereka tanam getahโฆ
Dan boom! Tanah Melayu jadi pengeluar getah nombor satu dunia. Sampai sekarang banyak syarikat-syarikat besar negara bermula dengan industri getah seperti Sime Darby dan lain-lain.
๐๏ธ KESAN BESAR
Sebab getah, jalan raya dibina. Landasan kereta api dibina.
Ekonomi negara mula bergerak.
๐ณ HARI INI
Hari ini, pokok getah pertama di Kuala Kangsar masih berdiri.
Umur lebih 145 tahun. Ia buktiโฆ Satu benih curi telah membina sebuah negara.