Hospital Ampang Rasmi

Call Directions Website

Hospital Ampang Rasmi Pusat Rujukan Hematologi Kebangsaan. Hospital Ampang dibina di bawah Rancangan Malaysia Ke-7 sebagai Projek Turn Key di atas tanah yang berkeluasan 10 ekar.

Ia mula dibuka secara berperingkat pada April 2006. Hospital Ampang terletak di Taman Pandan Mewah, Ampang, Selangor Darul Ehsan. Lokasinya yang bersempadan dengan Kuala Lumpur memberikan alternatif kepada penduduk-penduduk di sekitar Lembah Klang terutamanya di kawasan Ampang untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan. Hospital ini merupakan sebuah Pusat Rujukan Nasional bagi rawatan Hematologi dan menawarkan rawatan tertiari Hematologi dan sekunder perubatan.

27/10/2026

Jangkitan Saluran Pernafasan Atas atau Upper Respiratory Tract Infection (URTI) merupakan jangkitan yang melibatkan saluran pernafasan atas, termasuk hidung, mulut, farinks dan larinks. Jangkitan ini boleh menyebabkan ketidakselesaan serta menjejaskan aktiviti harian sekiranya tidak diuruskan dengan baik.

Antara gejala lazim URTI termasuklah sakit tekak, sakit kepala, batuk, demam serta hidung berair dan tersumbat. Gejala yang dialami boleh berbeza mengikut punca jangkitan dan keadaan kesihatan individu.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran bagi mengurangkan risiko jangkitan. Pakai pelitup muka jika bergejala atau terdedah kepada mereka yang bergejala. Sekiranya gejala berlarutan, dapatkan pemeriksaan dan rawatan di fasiliti kesihatan dengan segera.

23/10/2026

Kanser payudara boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat serta pengesanan awal melalui ujian saringan.

Lakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara melalui 3 langkah mudah.
– Lihat
– Rasa
– Respon

Pengesanan Awal Adalah Perlindungan Yang Terbaik.

Di sebalik setiap titisan darah yang kita dermakan, mungkin ada seorang ibu yang berpeluang kembali memeluk anaknya, seo...
23/10/2026

Di sebalik setiap titisan darah yang kita dermakan, mungkin ada seorang ibu yang berpeluang kembali memeluk anaknya, seorang ayah yang masih diperlukan keluarganya, atau seorang insan yang mendapat peluang kedua untuk meneruskan kehidupan.

Jom, luangkan sedikit masa dan jadilah insan yang membantu menyelamatkan nyawa.

📅 Tarikh: 27 Oktober 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 10.00 pagi hingga 4.00 petang
📍 Tempat: Lobi Utama, Hospital Ampang

❤️ Darah yang anda dermakan, harapan yang anda hadiahkan. Jangan tunggu sehingga insan tersayang kita memerlukan bantuan, kerana hari ini kita memberi, esok mungkin kita p**a memerlukan.

Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia



Is this conversation helpful so far?

📢 NOTIS PENUTUPAN KLINIK PAKAR HOSPITAL AMPANGDimaklumkan bahawa Klinik Pakar Hospital Ampang akan ditutup pada 26 Oktob...
23/10/2026

📢 NOTIS PENUTUPAN KLINIK PAKAR HOSPITAL AMPANG

Dimaklumkan bahawa Klinik Pakar Hospital Ampang akan ditutup pada 26 Oktober 2026 (Isnin) sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian utama Hospital Ampang di 03-4289 6000.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.

22/10/2026

🦴Osteoporosis adalah penyakit yang tidak mempunyai gejala pada kebanyakan pesakit sehingga fraktur berlaku.

🏥 Rawatan awal adalah penting.
Proses kereputan tulang boleh diperlahankan jika penyakit ini dikesan awal.

✔️ Jika anda berisiko untuk menghidap penyakit ini segeralah berbincang dengan doktor terutamanya golongan:
✔️Warga emas
✔️Wanita hampir atau selepas putus haid
✔️Penyakit kronik seperti kencing manis, rheumatoif arthritis dan sebagainya
✔️Rawatan yang menggunakan steroid untuk jangka masa panjang

16/10/2026
𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐀𝐌𝐏𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐓𝐀, 𝐁𝐀𝐖𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐒𝐋𝐈AMPANG, 14 Oktobe...
14/10/2026

𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐀𝐌𝐏𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐓𝐀, 𝐁𝐀𝐖𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐒𝐋𝐈

AMPANG, 14 Oktober 2026 - Penjagaan kesihatan mata secara proaktif perlu dijadikan amalan harian bagi mengelakkan masalah kebutaan, lebih-lebih lagi apabila dianggarkan 86.3 peratus punca kebutaan di Malaysia sebenarnya boleh dielakkan melalui pencegahan atau rawatan awal.

Pengarah Hospital Ampang Dr Shahabuddin Ibrahim berkata angka yang disokong oleh data Tinjauan Mata Kebangsaan II (National Eye Survey II) itu menuntut kepentingan masyarakat untuk melakukan pemeriksaan berkala bagi mengesan penyakit kronik.

Walaupun data tinjauan terbaharu (2023/2024) menunjukkan trend penurunan kadar kebutaan di beberapa wilayah ekoran peningkatan akses rawatan, masalah katarak yang tidak dirawat masih kekal menjadi punca utama.

"Menyayangi mata bukan bermula apabila penglihatan sudah kabur. Ia merangkumi pemeriksaan berkala, pengesanan awal penyakit, dan kawalan penyakit kronik. Oleh itu, jangan tunggu sakit baru berjumpa pakar," katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Penglihatan Sedunia 2026 Peringkat Hospital Ampang di sini semalam.

Beliau berkata tema sambutan pada tahun ini, iaitu "Love Your Eyes" atau "Sayangi Mata Anda", menyeru orang ramai agar tidak menjadikan penjagaan mata sekadar ungkapan semata-mata.

Sementara itu, Ketua Jabatan Oftalmologi Hospital Ampang Dr Zairah Zainal Abidin berkata sebagai sebahagian daripada pengisian sambutan tahun ini, pihaknya telah mengambil inisiatif melaksanakan khidmat masyarakat menerusi program saringan mata di Kampung Orang Asli Batu 16, Gombak.

Program tersebut merupakan manifestasi komitmen pihak hospital untuk membawa perkhidmatan penjagaan mata secara terus kepada komuniti yang mungkin menghadapi kekangan bagi mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan.

Beliau memaklumkan bahawa seramai 36 orang penduduk kampung yang terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa, mewakili 30 buah keluarga, telah menjalani pemeriksaan saringan mata menerusi program turun padang berkenaan.

"Lebih bermakna lagi, cermin mata turut disediakan sebagai salah satu bentuk sumbangan kepada penerima yang memerlukannya. Bagi mereka yang mengalami masalah penglihatan, cermin mata boleh membantu mereka melihat dengan lebih jelas, membaca dengan lebih selesa, belajar dengan lebih baik dan menjalankan aktiviti harian dengan lebih yakin," katanya.

Beliau turut menyeru masyarakat agar tidak menunggu sehingga penglihatan menjadi kabur sebelum mendapatkan pemeriksaan, dan berharap usaha murni itu menjadi langkah penting ke arah memperluas akses serta membudayakan penjagaan mata.

𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐃𝐈 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀, 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐀𝐌𝐏𝐀𝐍𝐆 𝐑𝐈𝐍𝐓𝐈𝐒 𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐒𝐎𝐊𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐊𝐋𝐔𝐒𝐈𝐅AMPANG, 12 Oktober 2026 - Dalam usaha m...
12/10/2026

𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐃𝐈 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀, 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐀𝐌𝐏𝐀𝐍𝐆 𝐑𝐈𝐍𝐓𝐈𝐒 𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐒𝐎𝐊𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐊𝐋𝐔𝐒𝐈𝐅

AMPANG, 12 Oktober 2026 - Dalam usaha menelusuri cabaran kesihatan mental yang semakin kompleks, Hospital Ampang mengambil pendekatan proaktif dengan mengintegrasikan acara Perhimpunan Bulanan bersama Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Bulan Kaunseling 2026 peringkat Hospital Ampang.

Berteraskan tema "Pengalaman Hidup Didengari: Suara Nyata, Perubahan Direalisasi", inisiatif serentak yang berlangsung pada Jumaat itu bukan sekadar memenuhi takwim pentadbiran, malah ia merupakan manifestasi komitmen pengurusan tertinggi dalam merungkai stigma sosial yang membelenggu ekosistem profesional penjagaan kesihatan.

Pendekatan penganjuran dwiprogram ini memperlihatkan anjakan paradigma daripada kempen kesedaran konvensional kepada pembentukan sistem sokongan yang lebih komprehensif. Kolaborasi strategik merentas jabatan yang melibatkan Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Unit Psikologi dan Kaunseling, Unit Perkhidmatan Bekalan Bahan Steril (CSSU) berserta sokongan PUSPANITA Cawangan Kecil Hospital Ampang menterjemahkan kepentingan integrasi perkhidmatan ke arah kesejahteraan holistik warga kerja.

Timbalan Pengarah Perubatan I Hospital Ampang, Dr. Nor’Ashikin Md Amin, ketika menyempurnakan majlis perasmian menegaskan bahawa dasar keterangkuman dalam institusi kesihatan mesti bermula daripada budaya kerja yang empati dan selamat.

"Kita perlu membina budaya kerja yang membolehkan warga kita memohon bantuan tanpa rasa malu atau takut dilabel. Kita juga perlu memastikan pesakit dan keluarga mereka berasa bahawa pandangan mereka didengar dan dihargai dalam perjalanan rawatan mereka," jelas beliau.

Mengulas lanjut mengenai impak tindak balas psikologi, beliau menekankan bahawa empati adalah instrumen transisi yang kritikal.

"Kerana apabila kita benar-benar mendengar, kita akan lebih memahami. Apabila kita memahami, kita akan lebih berempati. Dan apabila empati diterjemahkan kepada tindakan, di situlah bermulanya perubahan yang sebenar," tambah beliau.

Bagi menterjemahkan kerangka teori kepada tindakan praktikal, penganjuran ini dipadatkan dengan wacana analitikal menerusi Forum Keibubapaan bertajuk "Faham Generasi, Bijak Parenting". Forum ini menampilkan barisan panel berwibawa iaitu Pakar Perunding Psikiatri Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Khadijah Hasanah; Perunding Latihan Kanan Psikologi INTAN, Zakaria Zawawi; dan Jurupulih Perubatan Cara Kerja Hospital Ampang, Norhayaty Sapiee. Diskusi ini dilihat amat signifikan dalam menangani krisis dinamik silang generasi yang sering mencetuskan konflik psikologi dalam institusi kekeluargaan moden.

Lebih bermakna, sambutan tahun ini mencatat landasan sejarah tersendiri apabila ia merupakan penganjuran pertama sejak Hospital Ampang menubuhkan Ahli Lembaga Pelawat Psikiatri secara khusus. Penglibatan entiti bebas ini, menerusi sumbangan dan sokongan strategik, secara langsung memperluas kapasiti advokasi hospital dalam libat urus pesakit dan komuniti.

Elemen pendekatan rantaian penjagaan pelbagai disiplin turut diserlahkan melalui aktiviti dan reruai interaktif oleh pelbagai agensi termasuk Green Crescent Malaysia, Jabatan Dietetik dan Sajian, KOPPHA, PESUHA, serta Pertandingan Mewarna anjuran Sekolah Dalam Hospital (SDH). Kepelbagaian ini membuktikan bahawa advokasi kesihatan mental menuntut dokongan daripada segenap struktur penjagaan kesihatan.

Melangkah ke hadapan, inisiatif bersepadu yang digerakkan oleh Hospital Ampang ini wajar dijadikan penanda aras bagi agensi kerajaan dan institusi perubatan lain dalam merangka kerangka kerja yang mampan. Pembudayaan ruang yang menyokong ekspresi kesihatan emosi, serta penawaran intervensi awal di tempat kerja, merupakan pelaburan strategik jangka panjang ke arah membina masyarakat yang inklusif, berdaya tahan, dan bebas stigma.

09/10/2026

🌟Accreditation Announcement⁣
⁣
Congratulations to 𝗛𝗼𝘀𝗽𝗶𝘁𝗮𝗹 𝗔𝗺𝗽𝗮𝗻𝗴 on achieving MSQH Accreditation! We celebrate your unwavering commitment to quality and patient safety.⁣
⁣
Check out the full list of MSQH Accredited Hospitals and their current accreditation status on our website:⁣ https://msqh.com.my/
⁣
⁣

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐀𝐌𝐏𝐀𝐍𝐆 𝐅𝐎𝐊𝐔𝐒 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐄𝐓 𝐊𝐋𝐈𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐊𝐈𝐓AMPANG, 8 Oktober 2026 - Program Samb...
09/10/2026

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐀𝐌𝐏𝐀𝐍𝐆 𝐅𝐎𝐊𝐔𝐒 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐄𝐓 𝐊𝐋𝐈𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐊𝐈𝐓

AMPANG, 8 Oktober 2026 - Program Sambutan Hari Perkhidmatan Makanan Tahun 2026 anjuran Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan pemerkasaan ilmu dan kemahiran warga kerja penyediaan makanan bagi meningkatkan kualiti serta keselamatan diet klinikal di hospital.

Program bertemakan "Inovasi Hari Ini, Khasiat Masa Depan" itu dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Encik Rusli Ibrahim di Auditorium Hospital Ampang, di sini hari ini.

Penyelaras Program Puan Siti Nuur Jannah Sa'at berkata penganjuran inisiatif berkenaan bertujuan memastikan perkhidmatan makanan hospital sentiasa berkualiti, selamat, dan memenuhi piawaian tinggi demi menyokong proses pemulihan pesakit.

"Perkhidmatan makanan hospital bukan sekadar rutin hidangan biasa, sebaliknya ia merupakan komponen kritikal dan nadi utama dalam menyokong pemulihan pesakit menerusi sajian diet klinikal yang tepat," katanya.

Program hasil kolaborasi Profesion Pegawai dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan KKM Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu turut dihadiri Pengarah Hospital Ampang Dr Shahabuddin Ibrahim.

Penganjuran kali ini berjaya menghimpunkan pegawai penyediaan makanan dari hospital KKM sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, selain turut menarik penyertaan wakil dari Sabah dan Sarawak.

Sinergi program diperkukuh menerusi penglibatan tenaga pengajar dan mahasiswa institusi di bawah Kementerian Pendidikan, agensi kerajaan, serta warga kerja Hospital Ampang.

Antara pengisian utama program termasuklah pembentangan kajian potensi minyak sawit merah (Red Palm Olein) dalam makanan kesihatan oleh Dr Radhika Loganathan serta aplikasi teknologi refraktometer dalam penyediaan makanan oleh Encik Cyrus Basil Anak William.

Turut dibincangkan ialah inisiatif pembungkusan mesra alam menerusi penggunaan bahan Cornstarch dan Oxo-Bio oleh Puan Zarin Amira binti Zailan serta Forum "Sajian Penyelamat" kendalian Puan Suhaila Abdul Rashid yang mengupas strategi kelangsungan perkhidmatan ketika krisis.

Bagi menggalakkan gaya hidup sihat, majlis diselangi sesi senaman Chairobic, demonstrasi "Menu Viral Sihat" oleh pakar kulinari jemputan Sajian Ambang Sdn Bhd, serta pelbagai pameran dan pertandingan interaktif di Lobi Aras 2 Hospital Ampang.

Address

Hospital Ampang, Jalan Mewah Utara
Pandan Mewah
68000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Ampang Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services