Angkatan Muda Keadilan Sepang Official

Angkatan Muda Keadilan Sepang Official Akaun Rasmi AMK Sepang

27/07/2026
27/07/2026

Selamat Mengundi Awal!

Kepada semua pengundi awal, tunaikanlah tanggungjawab anda dengan penuh semangat dan yakin.

Marilah kita bersama-sama memilih Pakatan Harapan demi sebuah kerajaan yang stabil, berintegriti dan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.

Undilah Calon No. 2 – Yew Boon Lye
Undilah Pakatan Harapan.

Bersama Rakyat, Membina Masa Depan.

提前投票日顺利!

祝愿所有提前投票的选民顺利履行公民责任,以手中的一票决定更美好的未来。

让我们携手支持希望联盟,共同建设一个稳定、廉洁、以人民福祉为优先的政府。

请支持2号候选人——杨文来
请投票支持希望联盟

Program Tukar Minyak Hitam di DUN Chuah telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Parti Keadilan Rakyat Cabang Sepang ...
27/07/2026

Program Tukar Minyak Hitam di DUN Chuah telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Parti Keadilan Rakyat Cabang Sepang dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sepang sebagai salah satu usaha menyantuni masyarakat serta membantu meringankan beban rakyat.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB Yew Boon Lye, calon ADUN Chuah, yang meluangkan masa menyantuni para peserta serta beramah mesra dengan penduduk setempat.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform memperkukuh hubungan antara pimpinan dan rakyat, di samping memperkasa semangat khidmat demi kesejahteraan masyarakat.






Ikuti AMK Sepang di:

Facebook: Angkatan Muda Keadilan Sepang Official
Instagram: amksepang_
TikTok: amk.sepang

25/07/2026
Jentera Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Sepang bersama KEADILAN Cabang Sepang terus memperkukuh gerak kerja kempen P...
25/07/2026

Jentera Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Sepang bersama KEADILAN Cabang Sepang terus memperkukuh gerak kerja kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di DUN Chuah.

Perjuangan ini bukan sekadar tentang pilihan raya, tetapi membawa harapan rakyat untuk masa depan yang lebih baik. Setiap langkah, setiap rumah yang diziarahi dan setiap tangan yang disalam adalah bukti komitmen kita untuk terus mendengar denyut nadi rakyat serta menyampaikan aspirasi perjuangan KEADILAN.

Terima kasih kepada seluruh jentera yang bertungkus-lumus tanpa mengira penat lelah. Semoga segala usaha dan pengorbanan ini dipermudahkan serta dikurniakan kejayaan.

Teruskan gerak kerja, rapatkan saf, dan kita berjuang sehingga kemenangan. Insya-Allah.

Salam Reformasi!

18/07/2026
AMK Sepang bersama Cabang Sepang hadir memberikan sokongan padu sempena hari penamaan calon Pakatan Harapan bagi Pilihan...
18/07/2026

AMK Sepang bersama Cabang Sepang hadir memberikan sokongan padu sempena hari penamaan calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Semoga proses demokrasi berlangsung dengan aman, lancar dan penuh semangat. Selamat berjuang kepada semua calon Pakatan Harapan. Semoga diberikan kekuatan serta dipermudahkan segala urusan dalam membawa aspirasi rakyat demi Negeri Sembilan yang lebih maju, sejahtera dan berdaya saing.

Ayuh, kekalkan harapan demi masa depan Negeri Sembilan!

DIRGAHAYU TUANKU Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Ke...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesejahteraan, keafiatan dan keberkatan kepada Kebawah Duli Tuanku dalam memayungi rakyat serta memimpin negara ke arah kemajuan dan kemakmuran negara.

27/05/2026

Anak muda bukan sekadar mewarisi masa depan, tetapi memimpin perubahan hari ini.

Program Ibadah Korban Angkatan Muda Keadilan Cabang Sepang 2026 menjadi simbol semangat perjuangan, kebersamaan dan khidmat kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Sirah Nabi Ibrahim AS mengajar kita tentang erti ketaatan, keikhlasan dan pengorbanan yang sebenar. Dengan penuh iman, Baginda sanggup melaksanakan perintah Allah SWT demi membuktikan kecintaan dan kepatuhan kepada-Nya. Semangat itulah yang terus menjadi inspirasi dalam membina masyarakat yang saling membantu dan peduli antara satu sama lain.

Daripada semangat gotong-royong lahirnya kekuatan rakyat. Daripada pengorbanan lahirnya nilai perpaduan dan kasih sesama insan.

Semoga ukhuwah terus diperkukuh demi membina masyarakat yang lebih prihatin, bersatu dan sejahtera.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada saudara Kamil Munim, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Malaysia, atas sumbangan lembu korban bagi kawasan Sepang. Semoga segala usaha dan sumbangan ini diberkati serta menjadi asbab kepada manfaat yang berpanjangan buat masyarakat.






Ikuti AMK Sepang di:

Facebook: Angkatan Muda Keadilan Sepang Official
Instagram: amksepang_
TikTok: amk.sepang

Address

Sepang
43900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Muda Keadilan Sepang Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share