Majlis Daerah Sri Aman

Majlis Daerah Sri Aman Pihak Berkuasa Tempatan

Terima Kasih YBrs. Tuan Aris bin Mamat, Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Pencegahan), KPDN Malaysia serta rombonga...
12/06/2026

Terima Kasih YBrs. Tuan Aris bin Mamat, Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Pencegahan), KPDN Malaysia serta rombongan kerana sudi mengunjungi Pasar Tamu Sri Aman.

Semoga peniaga di Pasar Tamu Sri Aman sentiasa patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan. Majlis sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan pihak KPDN untuk apa – apa juga program khususnya dikawasan Pentadbiran MDSA.



11 - 12 Jun 2026 PERLAKSANAAN AUDIT DALAMAN KUALITI MS ISO 9001:2015Audit Kualiti Dalaman (IQA) MS ISO 9001:2015 telah d...
12/06/2026

11 - 12 Jun 2026

PERLAKSANAAN AUDIT DALAMAN KUALITI MS ISO 9001:2015
Audit Kualiti Dalaman (IQA) MS ISO 9001:2015 telah dilaksanakan di Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) bagi menilai keberkesanan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti serta memastikan pematuhan terhadap keperluan standard yang ditetapkan.

Pelaksanaan audit ini turut menjadi platform untuk mengenal pasti peluang penambahbaikan secara berterusan dalam usaha memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

MDSA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan juruaudit serta seluruh warga kerja yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang proses audit berlangsung.

Pasukan Juruaudit :

Puan Martina Mendut Anak Nelson Munjah (Ketua)
Puan Noria anak Edie
Puan Kimberly anak Kern
Encik Alvin anak Julin
Encik Leo Meniear anak Pengarah
Puan Ulau Imang

08 Jun 2026 |  Hotel Seri Simanggang Bengkel penulisan surat menyurat rasmi & minit mesyuarat Penceramah : Puan Pawef an...
11/06/2026

08 Jun 2026 | Hotel Seri Simanggang

Bengkel penulisan surat menyurat rasmi & minit mesyuarat

Penceramah :
Puan Pawef anak Patem, INTAN Kampus Wilayah Sarawak.

Penyertaan :
Majlis Daerah Sri Aman
Majlis Daerah Lubok Antu
Majlis Daerah Betong
Majlis Daerah Saratok

MESYUARAT PENUH MAJLIS DAERAH SRI AMAN (SUKU TAHUN KEDUA)Tarikh   : 9 Jun 2026 (Selasa)Masa    : 9.00 PagiTempat : Bilik...
10/06/2026

MESYUARAT PENUH MAJLIS DAERAH SRI AMAN (SUKU TAHUN KEDUA)

Tarikh : 9 Jun 2026 (Selasa)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Daerah Sri Aman (MDSA)

Kehadiran
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Kaunselor (Kr.) Anthony Abell anak Chendan. Turut hadir bersama ialah:
Encik Mohd Rizal bin Zakaria (Setiausaha Majlis Daerah Sri Aman)
Ahli-Ahli Majlis
Ketua-Ketua Bahagian
Ketua-Ketua Seksyen

Agenda Utama Mesyuarat
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan pelbagai agenda penting berkaitan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan perbandaran demi kesejahteraan komuniti di kawasan pentadbiran MDSA. Antara perkara yang diberi tumpuan termasuklah:

Tindakan Susulan: Meneliti status tindakan terhadap aduan awam yang telah dilaksanakan.

Pengurusan Kawasan: Isu penyelenggaraan kawasan dan menjaga kebersihan persekitaran.

Undang-Undang: Pemantauan serta penguatkuasaan yang lebih tegas.

Kemudahan Awam: Cadangan penambahbaikan infrastruktur demi kemudahan komuniti setempat.

Perancangan dan Hala Tuju
Selain itu, mesyuarat turut membincangkan perancangan program dan aktiviti yang akan dilaksanakan oleh MDSA dalam masa terdekat. Perancangan rapi ini adalah bagi memastikan setiap pelaksanaan program berjalan lancar serta mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Penekanan utama turut diberikan kepada aspek kesiapsiagaan jabatan serta koordinasi yang mantap antara bahagian. Hal ini penting bagi memastikan semua urusan, program, dan tindakan di lapangan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, efisien, dan berkesan.

Langkah-langkah yang dibincangkan ini merupakan komitmen berterusan MDSA untuk memperkukuh tadbir urus jabatan, sekali gus meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada seluruh komuniti di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Sri Aman.

Selamat menyambut Hari Gawai 2026 kepada semua yang meraikan!Semoga musim menuai ini membawa limpahan rezeki, kegembiraa...
01/06/2026

Selamat menyambut Hari Gawai 2026 kepada semua yang meraikan!

Semoga musim menuai ini membawa limpahan rezeki, kegembiraan, dan kebahagiaan buat anda sekeluarga

"Gayu guru gerai nyamai, lantang senang nguan menua."

oooohhh haaaaa!!!!

πŸ‘πŸ‘πŸ‘
29/05/2026

πŸ‘πŸ‘πŸ‘

HEBAHAN AWAM | 29 MEI 2026

KEJAYAAN MEMBANTERAS PENYELEWANGAN DIESEL DI SARAWAK



.0

Selamat Menyambut Hari Wartawan 2026 buat semua pengamal media dan wartawan.Terima kasih kerana sentiasa bertungkus-lumu...
29/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wartawan 2026 buat semua pengamal media dan wartawan.

Terima kasih kerana sentiasa bertungkus-lumus menjalankan amanah, tidak kira waktu dan keadaan. Pengorbanan dan komitmen para wartawan dalam menyampaikan maklumat yang tepat, pantas dan berintegriti amat besar nilainya.

Di sebalik setiap berita yang dilaporkan, terselit dedikasi, keberanian dan tanggungjawab dalam memastikan masyarakat terus mendapat informasi yang sahih dan dipercayai.

β€œMedia Berintegriti, Teras Kredibiliti”



26/05/2026

USAHLAH TUNGGU PRU/PRK MENJELANG BARU TERDETIK MEMOHON PERTUKARAN ALAMAT MENGUNDI.

JOM!

Lawatan tapak Majlis Daerah Sri Aman bersama pihak Jabatan Kerja Raya Sri Aman dan Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagia...
26/05/2026

Lawatan tapak Majlis Daerah Sri Aman bersama pihak Jabatan Kerja Raya Sri Aman dan Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Sri Aman diadakan bagi meninjau keadaan sistem peparitan di Taman Rainbow Estate. Tinjauan tertumpu kepada aliran air, kerja penyelenggaraan serta cadangan penambahbaikan. Setiap perkara diteliti demi memastikan persekitaran lebih selesa, selamat dan teratur.

Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada JKR Bahagian Sri Aman & Jabatan Pengairan & Saliran Bahagian Sri Aman atas Kerjasama yang diberikan.




22/05/2026

πŸ˜‡Stres adalah keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal.

Stres adalah normal pada situasi tertentu. Namun cara anda mengurus stres mampu memberikan impak positif atau sebaliknya kepada diri.

Amalkan tip seperti di atas bagi menangani stres yang dialami.

πŸ’ͺ☎️Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial, hubungi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental- Talian HEAL 15555 (Help with Empathy And Love) yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum bermula 08:00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

β€œπ—žπ—˜π—¦π—œπ—›π—”π—§π—”π—‘ π— π—˜π—‘π—§π—”π—Ÿ π— π—œπ—Ÿπ—œπ—ž π—¦π—˜π— π—¨π—”β€

Address

Sri Aman

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6083322072

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Daerah Sri Aman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share