Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Betong

Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Betong Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Betong, Government Official, Aras 2, Wisma Persekutuan Betong, Jalan Tanjong Assam, Betong.

24/04/2026
KARNIVAL SUKAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK 2026 Disediakan oleh : Azira, JBSN Sarawak BETONG, 19 JANUARI 2026...
19/01/2026

KARNIVAL SUKAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK 2026

Disediakan oleh : Azira, JBSN Sarawak

BETONG, 19 JANUARI 2026- Karnival Sukan JBSN Sarawak 2026 telah diadakan pada 16 hingga 17 Januari 2026 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Karnival ini berjaya menghimpunkan warga JBSN Sarawak dari setiap bahagian bagi mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kesukanan dan kerja berpasukan.

Sebanyak lima jenis sukan telah dipertandingkan sepanjang karnival ini iaitu bola jaring, ping pong, bowling, sling shot dan badminton. Persaingan yang sengit namun sihat dapat disaksikan sepanjang kejohanan berlangsung. Keputusan keseluruhan menyaksikan pasukan kuning muncul sebagai johan keseluruhan karnival. Tempat naib johan p**a dimenangi oleh pasukan merah, diikuti pasukan biru di tempat ketiga, manakala pasukan hitam menduduki tempat keempat.

Penganjuran karnival ini menjadi platform untuk mengamalkan gaya hidup sihat serta memperkukuhkan semangat perpaduan dan kerjasama antara kakitangan.






MESYUARAT PENYELARASAN KEJOHANAN SUKAN SARAWAK (SUKSAR) KE-IV BIL.1/2026Disediakan oleh : Azira, JBSN Sarawak BETONG, 19...
19/01/2026

MESYUARAT PENYELARASAN KEJOHANAN SUKAN SARAWAK (SUKSAR) KE-IV BIL.1/2026

Disediakan oleh : Azira, JBSN Sarawak

BETONG, 19 JANUARI 206 – Satu Mesyuarat Penyelarasan Kejohanan Sukan Sarawak (SUKSAR) Ke-Iv Bil.1/2026 telah diadakan pada 14 Januari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Kenyalang, Pejabat Residen Bahagian Betong.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg Datu Richard Michael Abunawas, Residen Bahagian Betong yang bertujuan memastikan setiap jawatankuasa kerja bersedia bagi menyambut temasya sukan tersebut.

Sepanjang mesyuarat berlangsung, pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk aspek perancangan awal, keperluan sukarelawan, logistik serta persediaan teknikal. Mesyuarat ini turut diadakan dengan harapan agar penganjuran SUKSAR ini dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, berkesan dan lancar melalui kerjasama erat semua jawatankuasa yang terlibat. Turut hadir ialah Cik Azira binti A.Manan dan Cik Jojo anak Tehan daripada Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong.






Address

Aras 2, Wisma Persekutuan Betong, Jalan Tanjong Assam
Betong
95700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6083472950

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Betong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Betong:

Share