04/09/2026
KEM PEMBANGUNAN INSAN NADI KECEMERLANGAN 2026 (KEM PINK 2026)
HARI KETIGA
============================
EKSPLORASI RASA: DAPUR PANAS
============================
Hari ketiga KEM PINK 2026 diteruskan dengan aktiviti Eksplorasi Rasa: Dapur Panas yang membawa para peserta ke Pasar Besar Sena. Aktiviti ini memberi pengalaman secara langsung kepada peserta dalam merancang, memilih dan menyediakan bahan mentah untuk hidangan masakan kampung.
Sebelum aktiviti bermula, setiap kump**an telah membuat undian tugasan yang merangkumi penyediaan nasi, sayur manis, ikan goreng, minuman dan sambal belacan. Wakil daripada setiap kump**an kemudiannya dibawa ke pasar bagi mendapatkan sendiri bahan-bahan mentah yang diperlukan seperti ikan, sayur-sayuran, beras dan bahan minuman.
Sementara menunggu bahan-bahan basah tiba, sebahagian peserta turut diberikan tugasan awal seperti mengupas bawang dan menyediakan labu. Aktiviti ini bukan sahaja menguji kemahiran peserta, malah memberi pendedahan tentang proses penyediaan makanan bermula daripada pemilihan bahan sehingga hidangan siap untuk dinikmati.
Setibanya bahan-bahan yang dibeli, para peserta mula menyiang ikan, memotong sayur-sayuran dan menyediakan masakan dengan bimbingan serta bantuan urus setia. Pelbagai gelagat menarik turut dapat disaksikan. Ada peserta yang pertama kali menyiang ikan, ada yang begitu teruja sehingga berebut-rebut untuk memasukkan sayur ke dalam kuali, malah ada risau raga jaras yang di basuh akan bocor!
Selain menu utama, peserta turut disediakan ayam masak kicap, sayur goreng, ulam -ulaman dan serawa labu sebagai pencuci mulut. Kesemua hidangan tersebut kemudiannya dinikmati bersama sebagai menu makan tengah hari hasil usaha dan kerjasama para peserta sendiri.
Aktiviti ini berjaya menerapkan nilai kerjasama, komunikasi, pembahagian tugas, kreativiti, pengurusan masa dan tanggungjawab di samping memperkenalkan peserta kepada warisan masakan kampung serta pengalaman mengurus penyediaan makanan secara berkump**an.
============
KUASAI DUNIA
============
Sesi Kuasai Dunia merupakan aktiviti pembentangan yang memberi peluang kepada peserta mengetengahkan hasil tugasan dan pengalaman sepanjang tiga hari mengikuti KEM PINK 2026.
Setiap kump**an dikehendaki menyediakan pembentangan menggunakan aplikasi Canva dengan hanya lima slaid dan tempoh pembentangan selama lima minit. Peserta perlu menyusun maklumat secara kreatif, ringkas dan berkesan bagi menyampaikan hasil tugasan mereka kepada para penilai.
Selain pembentangan, setiap kump**an turut dikehendaki menghantar dokumentasi Eksplorasi Muzium untuk tujuan pemarkahan. Tugasan ini menguji keupayaan peserta dalam menghasilkan kandungan digital, membuat penyusunan maklumat serta menyampaikan idea secara sistematik dan menarik.
Tugasan mengendalikan sesi Kuasai Dunia
Sebagai elemen pengukuhan kemahiran insaniah, para peserta turut diberikan tugasan untuk mengendalikan sesi Kuasai Dunia.
Melalui tugasan ini, peserta diberikan peluang untuk mengasah kemahiran pengucapan awam, pengendalian majlis, komunikasi, kerja berpasukan dan kepimpinan. Mereka perlu memainkan peranan sebagai pengacara serta memastikan sesi penutupan dapat dilaksanakan dengan teratur dan lancar.
Tugasan ini selaras dengan matlamat KEM PINK 2026 dalam membentuk generasi yang berkeyakinan, berketerampilan, kreatif, berkomunikasi dengan baik dan berdaya saing. Pengalaman mengendalikan majlis secara langsung juga menjadi platform kepada peserta untuk membina keberanian, meningkatkan keyakinan diri dan mempraktikkan kemahiran yang telah dipelajari sepanjang kem.