Akademi Latihan Ketenteraan

Akademi Latihan Ketenteraan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Akademi Latihan Ketenteraan, Armed forces, ALK-UPNM, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Akademi Latihan Ketenteraan memberi pelajaran dan latihan kepada Pegawai Kadet dalam membina ciri-ciri penting ketenteraan, menanam semangat berdisplin, taat setia, kegigihan terhadap tugas dan memberi pengetahuan ketenteraan yang asas Pegawai Kadet.

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ž๐—ข๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก (๐—”๐—Ÿ๐—ž) ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—œ ...
24/09/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ž๐—ข๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก (๐—”๐—Ÿ๐—ž) ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—œ, ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ ALK telah menganjurkan Pertandingan Merentas Halangan antara Kompeni sempena Karnival Sukan Pegawai Kadet (PK) ALK Tahun 2026 yang berlangsung di Trek Merentas Halangan 1 RAMD.

Pertandingan ini merupakan salah satu acara sukan ketenteraan yang menguji ketahanan fizikal dan mental, ketangkasan, keberanian serta semangat setiakawan dalam kalangan PK. Para peserta dikehendaki menempuh laluan sejauh 1,700 meter yang merangkumi 13 halangan dengan mengutamakan disiplin, kepatuhan kepada arahan dan kerjasama sepanjang pertandingan.

๐Ÿ† KEPUTUSAN PERTANDINGAN

๐Ÿฅ‡ Johan
Kompeni Hang J***t

๐Ÿฅˆ Naib Johan
Kompeni Hang Lekiu

๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga
Kompeni Hang Nadim

โญ Ketua Platun Terbaik
3016691 PRK Nurirsyad Husaini bin Abdul Jalil
(Kompeni Hang J***t)

Majlis penutup dan penyampaian hadiah pertandingan telah disempurnakan oleh Brig Jen Datoโ€™ Mohamad Noorlizam bin Shamsuddin, Komandan ALK. Dalam ucapan beliau, YBhg Komandan ALK telah menzahirkan rasa bangga terhadap kesungguhan, komitmen dan semangat setiakawan yang telah dipamerkan oleh setiap PK yang terlibat.

Beliau turut menekankan bahawa aktiviti seumpama ini bukan sahaja menguji keupayaan fizikal, malah menjadi platform untuk memupuk disiplin, ketahanan diri, kerjasama dan nilai kepimpinan yang amat penting dalam pembentukan seorang pegawai tentera.

Pihak ALK turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) atas kerjasama serta kesudian menyediakan fasiliti Trek Merentas Halangan bagi menjayakan pertandingan ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang serta seluruh barisan Pegawai dan Jurulatih yang telah memberikan komitmen sepanjang penganjuran pertandingan ini. Semoga penganjuran aktiviti seperti ini terus menjadi wadah dalam membentuk PK yang cekal, berdisiplin, berdaya tahan dan berjiwa kepimpinan.



24/09/2026

๐—–๐—ข๐—จ๐—ก๐—ง๐——๐—ข๐—ช๐—ก ๐—ง๐—ข ๐—™๐—œ๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ†โณ

Tinggal 2 hari menuju kemuncak Kejohanan Tinju ALK 2026.

Sabtu ini, para petinju bakal kembali ke gelanggang bagi merebut kejuaraan.

Ayuh warga ALK, hadir dan berikan sokongan kepada para petinju kita!

๐Ÿ”ฅ Semangat Juang. Disiplin. Keberanian.

๐—ž๐—ข๐— ๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก (๐—”๐—Ÿ๐—ž) ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—”๐—–๐—”๐—”๐—ก ๐—œ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—ฅ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐— ๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—๐—”๐—ง๐—œ ๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ (๐— ๐—ฃ๐—๐——) ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”...
23/09/2026

๐—ž๐—ข๐— ๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก (๐—”๐—Ÿ๐—ž) ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—”๐—–๐—”๐—”๐—ก ๐—œ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—ฅ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐— ๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—๐—”๐—ง๐—œ ๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ (๐— ๐—ฃ๐—๐——) ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—๐—”๐—ก๐—” ๐— ๐—จ๐——๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿณ

๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ, ๐—จ๐—ฃ๐—ก๐—  โ€“ Komandan ALK, Brig Jen Datoโ€™ Mohamad Noorlizam bin Shamsuddin telah menghadiri Majlis Bacaan Ikrar sempena MPJD Program Sarjana Muda Sesi Akademik 2026/2027 yang berlangsung di Dewan Zulfaqar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad dan turut dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi universiti, pegawai serta staf UPNM.

Seramai 1,239 pelajar baharu UPNM telah melafazkan ikrar serta mendengar amanat daripada Naib Canselor UPNM yang menekankan kepentingan ilmu pengetahuan dan pembentukan sahsiah sebagai asas dalam membentuk generasi mahasiswa yang berilmu, berwibawa serta mempunyai jati diri yang kukuh.

Kehadiran Komandan ALK mencerminkan komitmen berterusan ALK dalam menyokong usaha UPNM membentuk pelajar yang berdisiplin dan berintegriti, di samping memperkenalkan ALK kepada pelajar-pelajar baharu UPNM.


๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ž๐—ข๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก (๐—”๐—Ÿ๐—ž) ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—œ, ๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ...
23/09/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ž๐—ข๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก (๐—”๐—Ÿ๐—ž) ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—œ, ๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ ALK telah menganjurkan Pertandingan Kawad antara Kompeni sempena Karnival Sukan Pegawai Kadet (PK) ALK Tahun 2026 yang berlangsung di Padang Kawad ALK.

Pertandingan ini merupakan salah satu acara sukan ketenteraan yang dipertandingkan sepanjang penganjuran Karnival Sukan PK ALK. Pertandingan ini juga merupakan platform untuk menguji tahap disiplin, ketepatan, kekemasan, ketahanan fizikal dan mental serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan PK.

Antara aspek yang dipertandingkan merangkumi Kawad Kaki, Kawad Senjata serta Berjalan Lalu Dalam Masa Perlahan dan Cepat. Pelaksanaan aktiviti ini turut memberi penekanan terhadap aspek kepimpinan, kepatuhan kepada arahan, keseragaman pergerakan dan keupayaan mengawal anggota secara berkumpulan.

๐Ÿ† KEPUTUSAN PERTANDINGAN

๐Ÿฅ‡ Johan
Kompeni Hang Lekiu

๐Ÿฅˆ Naib Johan
Kompeni Hang Tuah

๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga
Kompeni Hang J***t

โญ Ketua Perbarisan Terbaik
PRM Muhammad Shafifi bin Ayub - Kompeni Hang J***t

Majlis penyampaian hadiah dan penutupan pertandingan ini telah disempurnakan oleh Brig Jen Datoโ€™ Mohamad Noorlizam bin Shamsuddin, Komandan ALK. Pihak ALK turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) atas kesudian membantu dalam aspek pengadilan sepanjang pertandingan berlangsung.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang serta seluruh PK dan penganjur yang telah memberikan komitmen, disiplin dan semangat juang yang tinggi. Semoga penganjuran aktiviti seumpama ini terus memperkukuh semangat setiakawan serta membentuk PK yang berdisiplin, berdaya tahan dan berjiwa kepimpinan.



๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ž๐—”๐——๐—˜๐—ง (๐—ฃ๐—ž) ๐—Ÿ๐—”๐—จ๐—ง ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก (๐—”๐—Ÿ๐—ž) ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—›๐—œ๐—ฃ ๐—ฉ๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—ง ๐—›๐— ๐—ฆ ๐—ฆ๐—ฃ๐—˜๐—ฌ (๐—ฃ๐Ÿฎ๐Ÿฏ๐Ÿฐ) ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—ง ๐—ž๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š | ๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—˜...
23/09/2026

๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ž๐—”๐——๐—˜๐—ง (๐—ฃ๐—ž) ๐—Ÿ๐—”๐—จ๐—ง ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก (๐—”๐—Ÿ๐—ž) ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—›๐—œ๐—ฃ ๐—ฉ๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—ง ๐—›๐— ๐—ฆ ๐—ฆ๐—ฃ๐—˜๐—ฌ (๐—ฃ๐Ÿฎ๐Ÿฏ๐Ÿฐ)

๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—ง ๐—ž๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š | ๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ PK Laut ALK telah berpeluang menyertai program Ship Visit ke kapal Tentera Laut Diraja British, HMS SPEY (P234) yang sedang berlabuh di Port Klang Cruise Terminal.

Lawatan ini diketuai oleh Lt Kdr Mohd Helman bin Hashim TLDM selaku Pegawai Penasihat Laut ALK bersama jurulatih ALK. Program ini memberi peluang kepada PK Laut untuk meninjau keupayaan sistem persenjataan yang terdapat di kapal di samping menambah pengetahuan mengenai operasi dan aset Tentera Laut Diraja British.

Selain itu, lawatan ini turut menjadi platform untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan keyakinan diri PK Laut ALK. Satu pengalaman yang pasti memberi inspirasi dan semangat kepada bakal Pegawai ATM.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿค๐Ÿ‡ฌ๐Ÿ‡ง



๐—ง๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ง ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—œ (๐—Ÿ๐—œ) ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ž๐—”๐——๐—˜๐—ง (๐—ฃ๐—ž) ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก (๐—”๐—Ÿ๐—ž)๐— ๐—”๐—ช๐—œ๐—Ÿ๐—Ÿ๐—” ๐Ÿฏ, ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ช๐—œ, ๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Brig...
22/09/2026

๐—ง๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ง ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—œ (๐—Ÿ๐—œ) ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ž๐—”๐——๐—˜๐—ง (๐—ฃ๐—ž) ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก (๐—”๐—Ÿ๐—ž)

๐— ๐—”๐—ช๐—œ๐—Ÿ๐—Ÿ๐—” ๐Ÿฏ, ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ช๐—œ, ๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Brig Jen Dato' Mohamad Noorlizam bin Shamsuddin, Komandan ALK telah menghadiri Taklimat LI PK ALK yang dilaksanakan di Markas Wilayah Laut 3 (MAWILLA 3), Langkawi. Taklimat ini bertujuan memberi gambaran mengenai perkembangan, pengalaman serta hasil pembelajaran PK sepanjang menjalani LI.

Sebelum sesi taklimat, Komandan ALK terlebih dahulu mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Pemangku Panglima MAWILLA 3, Kept Khairisharizal bin Hj Salehin TLDM. Kunjungan tersebut menjadi ruang bagi kedua-dua pihak bertukar pandangan serta memperkukuh hubungan dan kerjasama antara ALK dan MAWILLA 3, khususnya dalam menyokong pelaksanaan LI PK.

Taklimat LI melibatkan seorang PK Laut yang sedang menjalani LI di Depot Logistik Wilayah Laut 3. Sesi pembentangan memberi ruang kepada PK untuk berkongsi pengalaman, skop tugasan, pengetahuan serta pendedahan yang diperoleh sepanjang tempoh LI.

Pemangku Panglima MAWILLA 3 turut hadir dalam sesi taklimat bersama Pegawai Memerintah Depot Logistik Wilayah Laut 3 dan Ketua Bahagian Kejuruteraan. Sesi ini menjadi platform kepada pihak pengurusan untuk mendapatkan maklum balas mengenai pelaksanaan LI serta menilai perkembangan PK sepanjang tempoh penempatan.

Pelaksanaan LI memberi pendedahan kepada PK terhadap persekitaran kerja sebenar serta peluang mengaplikasikan pengetahuan akademik dan ketenteraan secara praktikal. Diharapkan pengalaman yang diperoleh dapat meningkatkan kompetensi, profesionalisme dan kesiapsiagaan PK sebagai persediaan menggalas tanggungjawab sebagai Pegawai Angkatan Tentera Malaysia pada masa hadapan.


21/09/2026
๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก (๐—”๐—Ÿ๐—ž) ๐—ž๐—˜ ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—ง๐—  ๐—ž๐—˜-๐Ÿต๐Ÿฏ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿญ๐Ÿต ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ, ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—จ๐—ง- Pegawai Kadet A...
20/09/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก (๐—”๐—Ÿ๐—ž) ๐—ž๐—˜ ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—ง๐—  ๐—ž๐—˜-๐Ÿต๐Ÿฏ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐Ÿญ๐Ÿต ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ, ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—จ๐—ง- Pegawai Kadet ALK telah menghadiri Karnival Hari ATM ke-93 pada 19 September 2026 di Pangkalan TLDM Lumut.

Lawatan ini diketuai oleh Lt Kdr Mohd Helman bin Hashim TLDM dan 200 orang Pegawai Kadet sebagai pendedahan kepada keupayaan, aset dan operasi sebenar ATM. Lawatan ini secara tidak langsung telah membuka ruang kepada PK ALK untuk melihat dengan lebih dekat peranan ATM di lapangan menerusi beberapa demonstrasi yang telah dipersembahkan.

ALK turut membuka gerai pameran sebagai platform memperkenalkan ALK kepada orang ramai, khususnya generasi muda yang berminat menceburi kerjaya Pegawai ATM.

Pelbagai informasi berkaitan pengambilan, latihan serta laluan kerjaya Pegawai ATM dipamerkan. Pengunjung juga berpeluang berinteraksi secara langsung bersama PK ALK bagi mendapatkan gambaran sebenar kehidupan dan latihan di ALK.

Semoga pengalaman berharga ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan PK ALK dalam menggalas amanah serta cabaran perkhidmatan pada masa hadapan.


โš“๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Address

ALK-UPNM, Kem Perdana Sungai Besi
Kuala Lumpur
57000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Latihan Ketenteraan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category