Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim (UPNM)

Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim (UPNM) General Tun Ibrahim Library | Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim Perkhidmatan Perpustakaan di bangunan baharu telah mula beroperasi pada 10 Januari 2011.

Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim dahulunya dikenali sebagai Perpustakaan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Perpustakaan UPNM telah ditubuhkan pada November 2006 selaras dengan penubuhan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Ia merupakan kesinambungan dari Perpustakaan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) yang ditubuhkan pada Mei 1995 dengan keluasan 16,920 kaki persegi yang terletak di Bangunan Bestari aras 4 & 5. Pada tahun Januari 2011, Perpustakaan UPNM telah berpindah ke bangunan baharu yang mempunyai 3 1/2 tingkat. Sehingga kini, jumlah kakitangan Perpustakaan adalah seramai 32 orang termasuk 7 orang dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan selebihnya dari kumpulan sokongan. Tanggal 15 Disember 2011, Perpustakaan UPNM telah dinamakan Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim sempena nama mantan Panglima Angkatan Tentera yang ketiga dan juga penerima pertama Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengajian Strategik) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada Konvokesyen Pertama UPNM yang telah berlangsung pada 10 Oktober 2010. Dalam memastikan pembentukan serta perkembangan ilmu pengetahuan di UPNM, pihak Perpustakaan telah membangunkan koleksinya yang tersendiri berdasarkan keperluan dan bidang pengajian yang terdapat di UPNM. Koleksi Perpustakaan sehingga Mei 2012 sebanyak 74,898 judul dengan bilangan 122,476 naskhah bahan monograf bercetak. Manakala bagi Koleksi Terbitan Bersiri berjumlah 123 judul iaitu 62 judul jurnal bercetak dan 61 judul majalah. Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim turut mempunyai Koleksi Digital iaitu e-Book berjumlah 588,4384 judul dan 18,098 judul e-Jurnal beserta 20 pangkalan data. Wacana perkembangan dan pembangunan dalam bidang pengetahuan harus selari dengan bidang keselamatan negara. Bersesuaian dengan falsafah Universiti sebagai sebuah institusi nasional primer berdedikasi dalam menghasilkan pemimpin berintelektual yang menyerlah serta bersifat terpuji dan komited untuk berbakti sepenuhnya kepada negara dalam menjayakan kelangsungan kepentingan strategik negara.

30/09/2026

Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim dengan kerjasama Unit Latihan dan Kompetensi, Pejabat Pendaftar akan menganjurkan Telaah@UPNM seperti butiran berikut:

Tajuk : Ibrahim: Pahlawan Melayu
Tarikh : 30 September 2026 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi
Platform : Facebook LIVE Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim (UPNM)
Wacana/ Panel : Prof. Emeritus Dato' Dr. Wan Hashim bin Wan Teh, Pensyarah Fakulti Pengajian & Pengurusan Pertahanan

22/09/2026

Dijemput semua untuk menyertai Webinar Perpustakaan Siri (09/2026) : From Detection to Decision: Menggunakan Turnitin untuk Menyokong Integriti Akademik

Esok, 20 September, adalah permulaan kepada sebuah perjalanan yang pasti penuh dengan pengalaman, cabaran, persahabatan ...
19/09/2026

Esok, 20 September, adalah permulaan kepada sebuah perjalanan yang pasti penuh dengan pengalaman, cabaran, persahabatan dan kenangan.

Buat semua pelajar baharu Program Ijazah Sarjana Muda UPNM Sesi 2026/2027, selamat datang dan selamat melangkah ke satu lagi fasa penting dalam perjalanan akademik anda.

Kepada pelajar lepasan Diploma dan Asasi UPNM, selamat kembali ke kampus! Semoga kesinambungan perjalanan anda di UPNM kali ini membawa lebih banyak kejayaan dan pencapaian. ๐Ÿ’ช

Jangan takut untuk mencuba, jangan mudah mengalah apabila berdepan cabaran dan sentiasa percaya kepada kemampuan diri. Datang dengan semangat, belajar dengan tekun, bina persahabatan dan manfaatkan setiap peluang yang ada.

๐Ÿ“š Selamat datang ke UPNM. ๐Ÿซฐ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI ULANG TAHUN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE-93 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ16 September 2026Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan se...
15/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI ULANG TAHUN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE-93 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

16 September 2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan selamat ulang tahun ke-93 buat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sentiasa teguh berdiri sebagai benteng pertahanan dan kedaulatan negara.

Semoga ATM terus gagah, berintegriti dan beramanah dalam memelihara keamanan, keselamatan serta kesejahteraan Malaysia.

โ€œKetahanan ATM, Benteng Pertahanan Negaraโ€

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ16 September 2026Hari Malaysia menjadi simbol perpaduan dan kebersamaan rakyat dalam mem...
15/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

16 September 2026

Hari Malaysia menjadi simbol perpaduan dan kebersamaan rakyat dalam membina sebuah negara yang berdaulat, aman dan sejahtera.

Marilah kita terus menghargai kepelbagaian, memperkukuh semangat perpaduan dan bersama-sama menyumbang kepada kemajuan Malaysia tercinta.

โ€œMalaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmatiโ€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh Pegawai Kadet PALAPES Universiti Pertahanan Nasional Malaysi...
12/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh Pegawai Kadet PALAPES Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bersempena Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam Ke-44 Tahun 2026.

Semoga pentauliahan ini menjadi titik permulaan kepada perjalanan yang penuh dedikasi, integriti dan semangat patriotisme dalam menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

10/09/2026
๐Ÿ“š *TELAAH@UPNM: BORAK BUKU* ๐Ÿ“šโœจ Sempena Bulan Kemerdekaan ini, mari kita hayati liku-liku sejarah dan semangat perjuangan...
06/08/2026

๐Ÿ“š *TELAAH@UPNM: BORAK BUKU* ๐Ÿ“š

โœจ Sempena Bulan Kemerdekaan ini, mari kita hayati liku-liku sejarah dan semangat perjuangan seorang tokoh tanah air menerusi sebuah naskah yang sangat menarik.

Dalam siri Telaah@UPNM: Borak Buku kali ini, kami membawakan perkongsian naskah bertajuk Ku Li: Memoir 205 karya Zinitulniza Abdul Kadir. Sesi ini mengajak kita menghayati jejak langkah, pengorbanan, serta nilai kepimpinan tokoh terdahulu yang pernah terlibat dalam mencorak masa depan negara.

๐ŸŽค *WACANA / PANEL:*
Pkdt Airell Raiyan bin Mohd Zaimi Sham
(Majlis Perwakilan Pelajar, Exco Kebajikan, Kerohanian & Fasiliti)

๐ŸŽค *KEMUDI / MODERATOR:*
Nor Sumaiyah binti Mohamad Idris
(Majlis Perwakilan Pelajar , Exco Akademik, Kerjaya & Alumni)

๐Ÿ“บ Saksikan rakaman penuh sesi borak buku ini di saluran YouTube Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim
https://youtu.be/NAcPq5cekLg

Address

Kem Perdana Sg Besi
Kuala Lumpur
57000

Opening Hours

Monday 08:00 - 23:00
Tuesday 08:00 - 23:00
Wednesday 08:00 - 23:00
Thursday 08:00 - 23:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 23:00

Telephone

+60390513400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim (UPNM) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category