RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah

RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
---------------------------------
(1)

RISDA berfungsi dibawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memainkan peranan penting dalam memperkasa dan menyokong pekebun kecil dalam industri getah. Ditubuhkan dengan matlamat untuk meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi pekebun kecil getah, RISDA melaksanakan pelbagai program dan inisiatif untuk meningkatkan taraf hidup pekebun kecil getah dan menggalakkan penanaman getah mapan.

15/09/2026

Rakan Strategik Keselamatan & Perkhidmatan Sokongan Pejabat Anda! ๐Ÿ›ก๏ธโœจ

RISDA Security & Services sebuah subsidiari Kump**an RISDA Holdings, komited dalam menyediakan perkhidmatan sokongan dan keselamatan secara profesional, cekap dan diyakini.

Kami sedia membantu kelancaran operasi perniagaan serta organisasi anda menerusi pelbagai perkhidmatan utama:
๐Ÿ›ก๏ธ Pengawal Keselamatan โ€“ Perlindungan aset & premis perniagaan.
๐Ÿงน Pembersihan Pejabat & Bangunan โ€“ Persekitaran kerja yang bersih & kondusif.
๐Ÿฝ๏ธ Perkhidmatan Katering & Pengurusan Majlis โ€“ Sajian berkualiti & pengurusan dewan acara profesional.
๐Ÿš— Keperluan Pejabat, Kenderaan & Air Mineral โ€“ Kemudahan sokongan lengkap untuk organisasi.

Serahkan urusan sokongan operasi kepada kami agar anda boleh fokus kepada pertumbuhan perniagaan anda!

๐Ÿ“ž Hubungi kami untuk sebut harga & maklumat lanjut: +603-4257 6340
๐ŸŒ Layari laman web rasmi: www.krh.my

**anRISDAHoldings

15/09/2026

๐๐„๐’๐€๐‘๐€ ๐†๐”๐‘๐”, ๐’๐€๐Œ๐๐”๐๐† ๐‹๐„๐†๐€๐’๐ˆ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐ŸŒณ๐Ÿ”ฅ

Dulu mendidik anak bangsa, kini En. Mohd meneruskan legasi keluarga mengusahakan kebun getah. ๐Ÿ’ช๐ŸŒณ

Dengan RISDA, urusan jual getah jadi lebih mudah,tak perlu susah-susah keluar hantar hasil, RISDA datang ambil terus! ๐Ÿš› Yang paling penting, harga padu, berbaloi dengan hasil titik peluh. ๐Ÿ’ฐ

Ada getah nak jual? Jangan susah-susahโ€ฆ RISDA datang ambil! ๐Ÿ”ฅ



๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Š๐ˆ๐“๐€, ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐†๐€๐€๐ ๐Š๐ˆ๐“๐€! โค๏ธBerbeza latar, satu jiwa. Bersama kita terus melangkah membina Malaysia yang aman, ...
15/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Š๐ˆ๐“๐€, ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐†๐€๐€๐ ๐Š๐ˆ๐“๐€! โค๏ธ

Berbeza latar, satu jiwa. Bersama kita terus melangkah membina Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Selamat Hari Malaysia 2026 daripada seluruh warga RISDA. Semoga semangat kebersamaan terus menyatukan kita demi Malaysia tercinta! โค๏ธ๐Ÿ’ช

Malaysia MADANI Kesejahteraan Dinikmati.



RISDA TERUS TURUN PADANG, MEMANTAU PELAKSANAAN DAN MEMPERKUKUH PEMBANGUNAN DEMI KEMAKMURAN PEKEBUN KECIL.15 SEPTEMBER 20...
15/09/2026

RISDA TERUS TURUN PADANG, MEMANTAU PELAKSANAAN DAN MEMPERKUKUH PEMBANGUNAN DEMI KEMAKMURAN PEKEBUN KECIL.

15 SEPTEMBER 2026 | SELASA | MANJUNG, PERAK.

Timbalan Ketua Pengarah RISDA (Pembangunan) En. Md Najip Bin Ishak, telah mengadakan lawatan Pemantauan Strategik Pengoperasian RISDA Negeri Perak bagi meninjau secara dekat pelaksanaan program pembangunan pekebun kecil di peringkat lapangan.

Pemantauan turut memberi tumpuan kepada projek penanaman semula getah klon PB350, termasuk aspek pembangunan kebun, sistem teres bukit serta status pelaksanaan bantuan kepada pekebun kecil.

Antara lokasi yang diberi perhatian ialah kebun milik Mat bin Saat, pekebun kecil berusia 71 tahun di Kampung Paya Ara, Beruas, yang mengusahakan kebun seluas 1.2120 hektar dengan penanaman semula klon PB350.

Pemantauan ini penting bagi memastikan setiap inisiatif RISDA dilaksanakan secara berkesan, menepati spesifikasi dan benar-benar memberi impak kepada peningkatan produktiviti, hasil serta pendapatan pekebun kecil.

RISDA terus turun padang, memantau pelaksanaan dan memperkukuh pembangunan demi kemakmuran pekebun kecil.





๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐ข๐ญ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง & ๐ˆ๐ง๐จ๐ฏ๐š๐ฌ๐ข ๐‘๐ˆ๐’๐ƒ๐€ ๐๐š๐ก๐š๐ง๐  ๐ƒ๐ข๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š, ๐“๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐ƒ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ง๐  ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ค๐ฆ๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐๐ž๐ค๐ž๐›๐ฎ๐ง ๐Š๐ž๐œ๐ข๐ฅKUANTAN, 15 September โ€” Urus...
15/09/2026

๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐ข๐ญ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง & ๐ˆ๐ง๐จ๐ฏ๐š๐ฌ๐ข ๐‘๐ˆ๐’๐ƒ๐€ ๐๐š๐ก๐š๐ง๐  ๐ƒ๐ข๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š, ๐“๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐ƒ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ง๐  ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ค๐ฆ๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐๐ž๐ค๐ž๐›๐ฎ๐ง ๐Š๐ž๐œ๐ข๐ฅ

KUANTAN, 15 September โ€” Urusan yang lebih cekap, khidmat sokongan yang berkualiti dan penyelesaian kepada cabaran di lapangan menjadi antara manfaat yang mahu diterjemahkan melalui pembudayaan kecemerlangan warga RISDA kepada masyarakat pekebun kecil getah.

Usaha itu diberikan dorongan menerusi Majlis Hari Kualiti dan Inovasi RISDA Negeri Pahang 2026 serta Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 di Grand Darul Makmur, Kuantan, hari ini, yang menghimpunkan pengiktirafan terhadap pencapaian pejabat daerah, kump**an inovasi dan individu.

Dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) RISDA, YBrs. Encik Wan Mohd Hafiz bin Wan Ibrahim, majlis menyaksikan Pejabat RISDA Daerah (PRD) Temerloh meraih Anugerah Perdana, selain muncul johan kategori Kump**an Inovatif dan Kreatif (KIK) Penambahbaikan.

Penyertaan kesemua lapan PRD dalam Anugerah Kualiti memperlihatkan penglibatan menyeluruh pejabat daerah dalam usaha memperkukuh mutu pengurusan dan perkhidmatan RISDA di Pahang.

Dalam ucapannya, TKP Pengurusan menyeru warga kerja supaya terus memberikan komitmen terhadap peningkatan prestasi melalui inovasi dan kreativiti.

โ€œSedemikian, menjadi harapan saya agar seluruh warga kerja terus menggembleng tenaga dengan penuh komitmen dan pantang menyerah dalam mengutarakan idea-idea yang inovatif serta berkualiti demi melonjakkan lagi produktiviti kerja kita bersama,โ€ katanya.

Semangat tersebut turut diterjemahkan melalui kejayaan PRD Raub menjuarai kategori Inovasi Pengurusan, manakala PRD Jerantut mengungguli kategori Inovasi Teknikal.

Bagi pertandingan KIK, PRD Lipis muncul johan kategori Penciptaan. Sebanyak empat penyertaan diterima bagi pertandingan itu, merangkumi satu penyertaan Penciptaan dan tiga Penambahbaikan.

Majlis turut memberikan penghargaan kepada 32 penerima APC 2025 daripada kump**an pelaksana. Kesemua penerima menerima sijil APC atas kecemerlangan prestasi kerja sepanjang tahun lalu, mengiktiraf sumbangan mereka dalam menjayakan tanggungjawab RISDA.

Pencapaian inovasi Pahang juga mendapat perhatian apabila TKP Pengurusan turut memetik kejayaan pasukan inovasi PRD Pahang Timur yang memenangi pertandingan KIK dan Inovasi RISDA 2025. Produk berkenaan kemudian meraih pingat emas dalam tiga pertandingan luar, iaitu CITEC 2026, CITReX 2026 dan iCompEx 2026.

Menurut beliau, penghasilan inovasi berkualiti tinggi mencerminkan komitmen serta kerjasama warga RISDA Pahang, selaras dengan Budaya Berprestasi Tinggi (HPC) dan Teras Organisasi Berprestasi Tinggi dalam Model Transformasi RISDA 2026โ€“2030.

Bagi pekebun kecil, kesinambungan usaha ini penting supaya penambahbaikan di pejabat dapat diterjemahkan kepada perkhidmatan yang lebih berkesan di lapangan. Kecekapan warga kerja dan penerapan inovasi menyokong usaha RISDA membangunkan masyarakat pekebun kecil getah di seluruh negara, termasuk memperkukuh pengurusan kebun, meningkatkan produktiviti dan membuka ruang kemajuan ekonomi.

15/09/2026

โ€œ๐€๐๐‚๐‡๐Ž๐‘ ๐๐”๐˜๐„๐‘โ€ ๐“๐” ๐€๐๐€ ๐’๐„๐๐„๐๐€๐‘๐๐˜๐€? ๐Ÿค”

Ramai pekebun kecil masih tertanya-tanya, apa sebenarnya Anchor Buyer RISDA? Jom dengar sendiri penerangan daripada Ketua Pengarah RISDA dan Ketua Pegawai Eksekutif Kump**an RISDA Holdings. ๐ŸŽ™๏ธ

Matlamatnya satu ,memastikan hasil titik peluh pekebun kecil lebih berbaloi, dengan harga yang adil dan bermaruah. ๐Ÿ’ช๐ŸŒณ

Tak perlu fikir panjangโ€ฆ jom jual getah dengan RISDA! ๐Ÿ”ฅ



๐‘๐ˆ๐’๐ƒ๐€ ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐Œ๐š๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฅ, ๐ฐ๐š๐ซ๐ ๐š ๐œ๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ง๐  ๐‘๐ˆ๐’๐ƒ๐€ ๐“๐ž๐ซ๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ง๐ฎ ๐๐ข๐ซ๐š๐ข๐ค๐š๐งKUALA TERENGGANU, 14 September โ€” Tiga kemenangan ka...
14/09/2026

๐‘๐ˆ๐’๐ƒ๐€ ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐Œ๐š๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฅ, ๐ฐ๐š๐ซ๐ ๐š ๐œ๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ง๐  ๐‘๐ˆ๐’๐ƒ๐€ ๐“๐ž๐ซ๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ง๐ฎ ๐๐ข๐ซ๐š๐ข๐ค๐š๐ง

KUALA TERENGGANU, 14 September โ€” Tiga kemenangan kategori mengiringi kejayaan Pejabat RISDA Daerah (PRD) Marang membawa p**ang Anugerah Perdana RISDA Negeri Terengganu 2026, sekali gus menjadi tumpuan utama di Majlis Hari Kualiti dan Inovasi di Dewan Gamelan, Hotel Primula, hari ini.

Marang menguasai Anugerah Penilaian Outcome dan Pengurusan Maklumat Terbaik, Anugerah Pengurusan Kewangan dan Aset Terbaik serta Anugerah Pengurusan Perkhidmatan RISDA Terbaik.

Di sebalik pengiktirafan kepada para pemenang, mesej yang diketengahkan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) RISDA, YBrs. Encik Wan Mohd Hafiz bin Wan Ibrahim jelas, kecemerlangan organisasi perlu dirasai oleh pekebun kecil.

โ€œKualiti yang sebenar ialah apabila proses kerja kita menjadi lebih baik, penyampaian perkhidmatan kita menjadi lebih cekap dan pelanggan kita merasai manfaatnya,โ€ katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Pesanan itu memberikan makna kepada tema โ€œKualiti Mendorong Inovasi, Inovasi Mencipta Impakโ€, yang menghubungkan pencapaian warga kerja dengan tanggungjawab memperbaiki perkhidmatan di lapangan.

Selain Marang, PRD Hulu Terengganu turut mencatat pencapaian menerusi Anugerah Pengurusan Kelestarian Tanam Semula Getah Terbaik. Kump**an WARISAN dari daerah itu p**a meraih dua kemenangan, masing-masing dalam kategori KIK Penciptaan dan Inovasi Teknikal.

PRD Kemaman muncul johan Anugerah Pengurusan Produktiviti Getah Terbaik, sementara PRD Setiu memenangi Anugerah Pengurusan Program Ekonomi Terbaik. Setiu turut menerima pengiktirafan melalui kump**an MASTERMIND CLUB bagi Anugerah KIK Penambahbaikan.

Dalam kategori KIK Penambahbaikan Hibrid, tempat teratas menjadi milik NEXA SOFT, gabungan Pejabat RISDA Negeri Terengganu dan RSS. KREAVASI dari Pejabat RISDA Negeri Terengganu p**a menjuarai kategori Inovasi Pengurusan.

Penghargaan turut diberikan kepada 22 warga kerja yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) atas prestasi dan dedikasi mereka. Pengiktirafan individu ini melengkapi kejayaan pejabat daerah serta kump**an inovasi, sekali gus menonjolkan sumbangan warga kerja dalam menggerakkan perkhidmatan RISDA.

Keseluruhannya, lima penyertaan Kump**an Inovatif dan Kreatif (KIK) serta enam penyertaan inovasi mengetengahkan usaha warga RISDA Terengganu mencari penyelesaian kepada cabaran pengurusan dan lapangan.

Potensi inovasi negeri itu turut terserlah melalui kejayaan SMART POLLEN dari PRD Hulu Terengganu meraih pingat emas dalam pertandingan iCompEx 2026 di Jitra, Kedah. TKP Pengurusan menyifatkan pencapaian tersebut sebagai bukti bahawa idea warga RISDA mampu bersaing di luar organisasi, selain menjadi dorongan untuk mengetengahkan lebih banyak produk ke peringkat lebih tinggi.

Beliau turut mengingatkan bahawa budaya kualiti perlu diteruskan dalam pekerjaan harian, dengan data menjadi asas keputusan dan teknologi membantu memudahkan urusan.

โ€œKita menjaga kualiti kerana pekebun kecil berhak menerima yang terbaik daripada RISDA,โ€ katanya.

Bagi masyarakat pekebun kecil getah, nilai usaha ini terletak pada pengurusan tanam semula yang lebih baik, sokongan peningkatan produktiviti dan perkhidmatan yang memudahkan urusan mereka. Inilah arah pembangunan yang terus digerakkan RISDA di seluruh negara, dengan kemakmuran pekebun kecil sebagai matlamat bersama.

๐‘๐ˆ๐’๐ƒ๐€ ๐“๐š๐ง๐š๐ก ๐Œ๐ž๐ซ๐š๐ก ๐ซ๐š๐ง๐ ๐ค๐ฎ๐ฅ ๐€๐ง๐ฎ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ก ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š ๐‘๐ˆ๐’๐ƒ๐€ ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”PASIR PUTEH, 13 September โ€” Pejabat RISDA Jajahan (PRJ) Ta...
14/09/2026

๐‘๐ˆ๐’๐ƒ๐€ ๐“๐š๐ง๐š๐ก ๐Œ๐ž๐ซ๐š๐ก ๐ซ๐š๐ง๐ ๐ค๐ฎ๐ฅ ๐€๐ง๐ฎ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ก ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š ๐‘๐ˆ๐’๐ƒ๐€ ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

PASIR PUTEH, 13 September โ€” Pejabat RISDA Jajahan (PRJ) Tanah Merah dinobatkan sebagai johan keseluruhan Anugerah Perdana RISDA Negeri Kelantan 2026 pada Majlis Anugerah Hari Kualiti dan Inovasi 2026 serta Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 di Dewan Utama Sri Aman, Tok Aman Bali Beach Resort.

Majlis ini disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) RISDA, YBrs. Encik Wan Mohd Hafiz Wan Ibrahim yang turut disertai oleh Pengarah Bahagian Pentadbiran, Encik Muhamad Mahathir Abdul Rahim dan Pengarah RISDA Negeri Kelantan, Encik Ahmad Firdaus Abd Ghani.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai penghargaan pihak pengurusan terhadap sumbangan warga kerja RISDA dalam memperkukuh kecemerlangan organisasi.

โ€œPengiktirafan ini adalah tanda penghargaan dan rasa bangga pihak Pengurusan atas kecekapan, idea kreatif, serta komitmen berterusan yang telah ditunjukkan oleh warga kerja RISDA Negeri Kelantan, sama ada di peringkat negeri mahupun di jajahan.โ€

Beliau turut menyatakan bahawa majlis berkenaan meraikan 18 penerima Anugerah Kualiti, lima penerima Anugerah Inovasi, 26 penerima APC bagi Kump**an Pelaksana Tahun 2025 serta satu pusat tanggungjawab yang dinobatkan sebagai juara keseluruhan Anugerah Perdana.

Selain merangkul anugerah keseluruhan, PRJ Tanah Merah turut meraih Anugerah Pengurusan Program Ekonomi Terbaik dan Anugerah Pengurusan Kelestarian Tanam Semula Getah Terbaik.

PRJ Kuala Krai p**a mengungguli Anugerah Pengurusan Produktiviti Getah Terbaik serta Anugerah Penilaian Outcome dan Pengurusan Maklumat Terbaik.

Sementara itu, PRJ Machang/Pasir Puteh meraih dua kemenangan menerusi Anugerah Pengurusan Kewangan dan Aset Terbaik serta Anugerah Pengurusan Perkhidmatan RISDA Terbaik.

Bagi pertandingan inovasi, kump**an NEXRIS dari Pejabat RISDA Negeri Kelantan menjuarai kategori Inovasi Pengurusan menerusi Portal Prestasi Pembangunan RISDA Negeri Kelantan, sebuah platform yang menghimpunkan maklumat pembangunan bagi memudahkan pengurusan dan pemantauan.

Kategori Inovasi Teknikal p**a dimenangi kump**an J.STAR dari PRJ Jeli menerusi produk Tabung Baja, yang membantu mengurangkan larian serta pembaziran baja di kebun.

Penyampaian APC 2025 kepada 26 warga kerja kump**an pelaksana turut menjadi pengisian utama majlis, meraikan kecemerlangan perkhidmatan dan komitmen mereka terhadap organisasi RISDA dalam misi mendukung kemakmuran Pekebun Kecil Getah di negeri ini.

RM5.71!!!! Alhamdulillah โ™ฅ๏ธ
11/09/2026

RM5.71!!!! Alhamdulillah โ™ฅ๏ธ

๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ ๐†๐„๐“๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐Š๐„๐‹๐Ž๐Œ๐๐Ž๐Š

RM5.71/KG! ๐Ÿ”ฅ Rekod tertinggi!

Alhamdulillah, penat lelah pekebun kecil akhirnya membuahkan hasil.

Tertinggi pernah direkodkan di Depo Kg. Kenangan, Gemeh sejak ditubuhkan, malah tertinggi di Malaysia setakat hari ini! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ“ Depo Kg. Kenangan, Gemeh, Tangkak
๐Ÿ’ฐ RM5.71/KG

Tahniah kepada semua pekebun kecil! ๐Ÿ’ช

๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’ˆ๐’‚ ๐’…๐’‚๐’ ๐’•๐’†๐’“๐’Ž๐’‚ ๐’‘๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’†๐’๐’Š๐’‚๐’ ๐’‚๐’…๐’‚๐’๐’‚๐’‰ ๐’•๐’†๐’“๐’•๐’‚๐’Œ๐’๐’–๐’Œ ๐’Œ๐’†๐’‘๐’‚๐’…๐’‚ ๐’Œ๐’–๐’‚๐’๐’Š๐’•๐’Š ๐’ˆ๐’†๐’•๐’‚๐’‰ ๐’”๐’†๐’“๐’•๐’‚ ๐’Œ๐’†๐’•๐’†๐’•๐’‚๐’‘๐’‚๐’ ๐‘บ๐’†๐’Ž๐’‚๐’”๐’‚








Address

Ibu Pejabat RISDA, KM 7, Jalan Ampang, Karung Berkunci 11067,, Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
50990

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share