Wanita Nadi Keadilan Lembah Pantai

Wanita Nadi Keadilan Lembah Pantai Wanita Keadilan Lembah Pantai 2022

19/09/2026

SURAT PALSU BERKAITAN KELULUSAN PROJEK INISIATIF PEMBIAYAAN SWASTA (PFI)

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menegaskan bahawa surat bertarikh 17 Julai 2026 yang mendakwa kelulusan Jemaah Menteri telah diberikan bagi cadangan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) untuk kerja-kerja pelebaran Lebuhraya PLUS adalah PALSU.

YAB Perdana Menteri tidak pernah mengeluarkan atau menandatangani surat tersebut, dan Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang kaitan dengan dokumen serta kelulusan seperti yang didakwa.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya, menyebarkan atau berkongsi dokumen palsu berkenaan.

Pejabat Perdana Menteri telah membuat laporan polis berhubung pemalsuan dokumen dan penyalahgunaan nama Perdana Menteri serta identiti rasmi Pejabat Perdana Menteri. Tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat.

PEJABAT PERDANA MENTERI
17 September 2026

18/09/2026

KENYATAAN MEDIA
KETUA WANITA KEADILAN

PENGAMPUNAN BERSYARAT : FAKTA JANGAN DIKABURKAN

Keputusan berkaitan pengampunan bersyarat Dato’ Sri Najib Tun Razak sudah tentu mengundang pelbagai reaksi.

Ada yang menerima, ada yang kecewa dan ada yang marah. Kita tidak harus berpura-pura bahawa perasaan itu tidak wujud. Rakyat berhak bersuara dan mendapatkan penjelasan.

Pada masa yang sama, kita mesti jujur dengan fakta. Pengampunan adalah wewenang DYMM Yang di-Pertuan Agong sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Wanita KEADILAN menghormati keputusan tersebut dan menjunjung institusi Raja Berperlembagaan.

Jangan kerana perbezaan politik, kita mengaburkan kedudukan Perlembagaan atau menggambarkan keputusan ini seolah-olah keputusan YAB Perdana Menteri atau Pakatan Harapan.

Kerajaan tetap mempunyai tanggungjawab untuk memberikan penjelasan kepada rakyat. Dalam hal ini, pendirian kita jelas. Menghormati keputusan ini tidak bermakna pendirian kita terhadap rasuah dan salah guna kuasa berubah.

KEADILAN lahir dengan keberanian melawan salah guna kuasa. Prinsip itu menuntut kita memastikan undang-undang terus berjalan tanpa mengira pangkat atau pengaruh seseorang.

FADHLINA SIDEK
Ketua Wanita KEADILAN

18/09/2026

Empat pengumuman YAB Perdana Menteri sempena Hari Malaysia 2026 mencerminkan semangat sebenar Malaysia MADANI — sebuah kerajaan yang mendengar, menunaikan amanah dan memastikan kemajuan negara diterjemahkan kepada kesejahteraan rakyat.

Daripada pelaksanaan perkara-perkara di bawah MA63, bantuan perjalanan kepada anak-anak yang melanjutkan pengajian, penambahbaikan BUDI Diesel hinggalah peningkatan Pemberian Khas kepada Sarawak, setiap ikhtiar membawa mesej yang sama: tiada wilayah dan tiada rakyat yang harus tercicir daripada kemajuan Malaysia.

Inilah kekuatan Malaysia — kepelbagaian yang disatukan oleh rasa saling percaya, keadilan dan tanggungjawab bersama. Perbezaan tidak memisahkan kita, sebaliknya menjadi kekuatan untuk terus membina sebuah negara yang lebih makmur dan sejahtera.

Bagi Kementerian Dalam Negeri, kesejahteraan ini juga datang bersama satu amanah besar. Negara yang mahu terus maju memerlukan keamanan, keselamatan dan kestabilan yang terpelihara. Itulah bahagian yang akan terus kami laksanakan — memastikan rakyat dapat menjalani kehidupan, mengejar pendidikan dan membina masa depan dalam sebuah Malaysia yang aman dan selamat.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.




18/09/2026

Kenyataan Media
Majlis Presiden Pakatan Harapan

Majlis Presiden PH tegas berdiri teguh dengan pendirian YAB Perdana Menteri, dan juga nasihat daripada Peguam Negara serta Menteri Wilayah kepada Lembaga Pengampunan pada hari ini.

Majlis Presiden juga menegaskan bahawa tiada siapa yang mengatasi undang-undang, dan sesiapa sahaja yang disabitkan kesalahan perlu menjalani hukuman mengikut lunas undang-undang seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Majlis Presiden berazam untuk meneruskan usaha membanteras rasuah, mengangkat agenda Reformasi dan membersihkan negara daripada unsur- unsur rasuah dan penyelewengan.

Majlis Presiden
Pakatan Harapan
18 September 2026

16/09/2026

Anwar GURU sepanjang zaman

📅 16 September 2026Alhamdulillah, selesai sudah Kursus Asas ‘The Sign of Hands’ anjuran KRT Blok 17 & 18 Taman Bukit Ang...
16/09/2026

📅 16 September 2026

Alhamdulillah, selesai sudah Kursus Asas ‘The Sign of Hands’ anjuran KRT Blok 17 & 18 Taman Bukit Angkasa! 🤲✨

​Program ini memang sangat bermanfaat untuk komuniti, terutamanya buat Wanita Lembah Pantai yang hadir bagi mendalami ilmu perubatan alternatif dan kaedah diagnosis awal kesihatan.

Terima kasih tak terhingga kepada YB Dato' Seri yang sentiasa menjadi tulang belakang & menyokong penuh program

​Setinggi ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Ustaz Shahidan Bin Ahmad atas ilmu yang dicurahkan serta kesudian menyantuni kami dengan melakukan diagnosis awal sepanjang program berlangsung.

Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan demi kesejahteraan keluarga dan komuniti kita! ❤️

16/09/2026

Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas esok bagi meneliti langkah segera kurangkan kesan kenaikan bil elektrik terhadap isu rumah.

Ikuti berita terkini di https://www.astroawani.com/

16/09/2026

Isu kemasukan pelarian Myanmar termasuk etnik Rohingya ke Malaysia bermula akibat tindakan kerajaan terdahulu termasuk ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan penglibatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Berita selanjutnya di ruangan komen

16/09/2026
16/09/2026

Address

Lembah Pantai
Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita Nadi Keadilan Lembah Pantai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share