Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM Lain-lain akaun Facebook

1. Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police
(4)

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) adalah salah satu jabatan di bawah PDRM yang menjalankan penyiasatan, penangkapan, pendakwaan dan mengadakan aktiviti pencegahan dan kesedaran jenayah komersil bagi mengelakkan orang ramai daripada menjadi mangsa. Fungsi utama JSJK adalah menangkap, menjalankan penyiasatan dan mendakwa penjenayah kolar putih yang melakukan kesalahan penipuan, pecah amanah j

enayah, pemalsuan, jenayah siber dan lain-lain lagi sama ada kegiatan tersebut dilakukan oleh orang perseorangan mahupun secara bersindiket.

12/08/2026

๐Ÿšจ PERNAH KENA SCAM TAK?

Sekarang ni, nak tak nakโ€ฆ kena juga jumpa kakak polis, DSP Haryanti. ๐Ÿ‘ฎ๐Ÿปโ€โ™€๏ธ

Tapi jangan risauโ€ฆ bukan kena panggil bagi keterangan. ๐Ÿ˜Ž

Kali ni kita cuma nak SEMBANG-SEMBANG PASAL SCAM!

๐ŸŽ™๏ธ SEMBANG SCAM bersama JSJK Bukit Aman

Jom dengarkan kupasan mengenai modus operandi terkini, taktik licik scammer serta perkongsian maklumat yang anda perlu tahu supaya tak mudah menjadi mangsa.

Scammer makin bijakโ€ฆ
Kita kena lebih bijak!

๐ŸŽง Nantikan SEMBANG SCAM
COMING SOON! ๐Ÿ”ฅ

๐’๐‚๐€๐Œ: ๐€๐๐‚๐€๐Œ๐€๐ ๐“๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ๐€๐ ๐„๐Š๐Ž๐๐Ž๐Œ๐ˆ & ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“Jangan lepaskan peluang menyaksikan YDH CP Datoโ€™ Rusdi bin Mohd Isa, Pengarah Jab...
11/08/2026

๐’๐‚๐€๐Œ: ๐€๐๐‚๐€๐Œ๐€๐ ๐“๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ๐€๐ ๐„๐Š๐Ž๐๐Ž๐Œ๐ˆ & ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“

Jangan lepaskan peluang menyaksikan YDH CP Datoโ€™ Rusdi bin Mohd Isa, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam rancangan Niaga AWANI bagi membincangkan isu jenayah penipuan atau scam yang terus menjadi ancaman terhadap kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara.

Perkongsian ini akan menyentuh mengenai landskap serta tren jenayah penipuan semasa, cabaran yang dihadapi pihak berkuasa, modus operandi sindiket dan kesannya terhadap mangsa serta usaha berterusan PDRM dalam membanteras kegiatan penipuan.

๐Ÿ“… Tarikh: 12 Ogos 2026 (Rabu)
๐Ÿ•˜ Masa: 9.00 pagi
๐Ÿ“บ Siaran: Saluran 501
๐ŸŒ Live TV: Astro AWANI
๐Ÿ“ฑ Aplikasi: Astro AWANI

Orang ramai diseru untuk terus berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran, panggilan atau urusan kewangan yang mencurigakan.

Saksikan Niaga AWANI โ€“ โ€œScam: Ancaman Terhadap Ekonomi & Rakyatโ€.









LAWATAN KERJA JSJK PDRM KE SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA (SC)Kuala Lumpur (6 Ogos 2026) - Jabatan Siasatan Jenayah Komer...
07/08/2026

LAWATAN KERJA JSJK PDRM KE SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA (SC)

Kuala Lumpur (6 Ogos 2026) - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) PDRM yang diketuai Pengarah JSJK dan barisan kepimpinan tertinggi JSJK telah mengadakan lawatan kerja ke Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam usaha pencegahan dan pembanterasan jenayah penipuan serta kewangan.

Lawatan bertujuan memberi tumpuan kepada perkongsian risikan, pemantauan aset digital, penggunaan teknologi Artificial Intelligence (AI), analisis kewangan serta kerjasama rentas agensi dalam menyokong penguatkuasaan.

Kerjasama berterusan antara PDRM dan SC diyakini dapat memperkukuh keupayaan penguatkuasaan serta meningkatkan keberkesanan usaha membanteras jenayah komersil demi melindungi kepentingan masyarakat.

AKREDITASI HARI INI, KUALITI SIASATAN UNTUK MASA HADAPANUsaha memperkukuh keupayaan forensik digital bukan sekadar memil...
06/08/2026

AKREDITASI HARI INI, KUALITI SIASATAN UNTUK MASA HADAPAN

Usaha memperkukuh keupayaan forensik digital bukan sekadar memiliki teknologi terkini, tetapi turut memastikan setiap proses memenuhi piawaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Hari ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah mengadakan Taklimat Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) yang dipengerusikan oleh YDH DCP Dato' Shamsul Amar bin Ramli, Timbalan Pengarah (Jenayah Siber).

Sesi perkongsian yang disampaikan oleh Puan Rohasmizah binti Ismail, Ketua Penolong Pengarah Akreditasi, Jabatan Standard Malaysia (JSM), memberi pendedahan kepada pegawai Unit Siasatan Forensik Digital (USFD) mengenai laluan ke arah memperoleh akreditasi makmal di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM).

Antara fokus utama yang dibincangkan termasuk:
๐Ÿ”น Pelaksanaan Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM).
๐Ÿ”น Keperluan pematuhan MS ISO/IEC 17025 bagi bidang Sains Forensik.
๐Ÿ”น Pembangunan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS), dokumentasi dan kompetensi personel.
๐Ÿ”น Kepentingan Proficiency Testing (PT), audit dalaman dan Management Review dalam memastikan kualiti perkhidmatan sentiasa berada pada tahap terbaik.
๐Ÿ”น Pendekatan pelaksanaan akreditasi secara berfasa mengikut tahap kesiapsiagaan makmal.

Dalam ucapan penutup, YDH DCP Dato' Shamsul Amar bin Ramli menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Standard Malaysia atas perkongsian yang amat bernilai serta menggalakkan warga USFD memanfaatkan ilmu yang diperoleh sebagai panduan untuk merealisasikan akreditasi makmal secara tersusun dan berperingkat.

Akreditasi bukan sekadar satu pengiktirafan. Ia merupakan komitmen berterusan terhadap kualiti, ketepatan dan integriti, sekali gus memperkukuh keyakinan terhadap hasil pemeriksaan forensik digital yang menyokong siasatan jenayah komersil.

๐Ÿ“ธ Antara momen sepanjang sesi taklimat.

๐‰๐’๐‰๐Š ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐€๐ƒ๐€๐๐“๐€๐’๐ˆ ๐“๐„๐Š๐๐Ž๐‹๐Ž๐†๐ˆ ๐๐€๐๐ƒ๐€๐‘ ๐๐ˆ๐๐“๐€๐‘ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘ ๐‚๐Ž๐Œ๐Œ๐€๐๐ƒ & ๐‚๐Ž๐๐“๐‘๐Ž๐‹ ๐‚๐„๐๐“๐‘๐„ (๐Š๐‹๐‚๐‚๐‚)Kuala Lum...
05/08/2026

๐‰๐’๐‰๐Š ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐€๐ƒ๐€๐๐“๐€๐’๐ˆ ๐“๐„๐Š๐๐Ž๐‹๐Ž๐†๐ˆ ๐๐€๐๐ƒ๐€๐‘ ๐๐ˆ๐๐“๐€๐‘ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘ ๐‚๐Ž๐Œ๐Œ๐€๐๐ƒ & ๐‚๐Ž๐๐“๐‘๐Ž๐‹ ๐‚๐„๐๐“๐‘๐„ (๐Š๐‹๐‚๐‚๐‚)

Kuala Lumpur, 5 Ogos 2026 โ€“ Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman telah mengadakan lawatan kerja ke Kuala Lumpur Command & Control Centre (KLCCC), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), sebagai usaha memperkukuh kefahaman dan penerapan teknologi pintar dalam menyokong pelaksanaan fungsi kepolisan moden.

Lawatan tersebut diketuai oleh YDH DCP Mohd Mahidisham bin Ishak, Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK Bukit Aman, dan disertai kepimpinan tertinggi JSJK. Program berlangsung di Anjung Tinjau, Tingkat 2, Lebuhraya Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada warga JSJK mengenai pelaksanaan inisiatif Building Smart City oleh DBKL, khususnya pengoperasian KLCCC sebagai pusat pemantauan dan penyelarasan bandar pintar yang mengintegrasikan pelbagai sistem teknologi bagi meningkatkan keselamatan awam, kecekapan penyampaian perkhidmatan serta pengurusan bandar secara menyeluruh.

Delegasi JSJK telah menerima taklimat daripada Ir. Ts. Norayati binti Hashim, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Kuala Lumpur Command & Control Centre (KLCCC), mengenai pembangunan ekosistem Bandar Pintar Kuala Lumpur yang memanfaatkan teknologi digital, penggunaan kamera litar tertutup (CCTV), kecerdasan buatan (Artificial Intelligence - AI) serta pelbagai aplikasi analitik data.

Turut dikongsikan ialah peranan KLCCC sebagai pusat operasi bersepadu yang menghubungkan pelbagai sistem pemantauan bandar secara masa nyata (real-time), termasuk pemantauan aliran trafik, keselamatan awam, pengurusan bencana, pemantauan infrastruktur serta penyelarasan tindak balas kecemasan.

Perkongsian ini berupaya memperkukuhkan kerjasama strategik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan, khususnya dalam aspek perkongsian maklumat, penggunaan teknologi pintar, analitik data dan inovasi digital bagi menyokong usaha pencegahan, pengesanan serta penyiasatan jenayah komersil yang lebih berkesan.

Selaras dengan aspirasi transformasi digital PDRM, JSJK akan terus memperkukuh pendekatan berteraskan teknologi dan inovasi bagi meningkatkan keberkesanan pencegahan, pengesanan serta penyiasatan jenayah komersil demi kesejahteraan masyarakat.

๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐’๐ˆ๐€๐’๐€๐“๐€๐ ๐‰๐„๐๐€๐˜๐€๐‡ ๐Š๐Ž๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐‹"Siasatan Polis Dalam Kes-Kes Melibatkan Tabung Haji"
05/08/2026

๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐’๐ˆ๐€๐’๐€๐“๐€๐ ๐‰๐„๐๐€๐˜๐€๐‡ ๐Š๐Ž๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐‹

"Siasatan Polis Dalam Kes-Kes Melibatkan Tabung Haji"

04/08/2026
03/08/2026
PERASMIAN BILIK MESYUARAT NSRC JSJK, ARAS 36 MENARA KPJKuala Lumpur, 31 Julai 2026 โ€“ Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (...
31/07/2026

PERASMIAN BILIK MESYUARAT NSRC JSJK, ARAS 36 MENARA KPJ

Kuala Lumpur, 31 Julai 2026 โ€“ Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman hari ini telah mengadakan Majlis Perasmian Bilik Mesyuarat National Scam Response Centre (NSRC) yang berlangsung di Aras 36, Menara KPJ, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Majlis telah disempurnakan oleh YDH CP Datoโ€™ Rusdi bin Mohd Isa, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, dengan kehadiran barisan kepimpinan tertinggi JSJK yang terdiri daripada Timbalan-Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Penolong Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah serta Pegawai-Pegawai Kanan Polis. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YDH DCP Datuk Fazlisyam Abdul Majid, Ketua Pasukan Unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman.

Majlis dimulakan dengan upacara menandatangani plak perasmian, diikuti oleh tayangan montaj yang memaparkan perjalanan, aspirasi serta usaha pengubahsuaian Bilik Mesyuarat NSRC sebagai sebuah ruang yang menyokong pelaksanaan mesyuarat, perbincangan strategik dan penyelarasan operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Dalam ucapan perasmiannya, YDH CP Dato' Rusdi bin Mohd Isa menzahirkan harapan agar Bilik Mesyuarat NSRC menjadi sebuah platform yang kondusif dalam memperkukuh koordinasi, melahirkan idea-idea strategik serta mempertingkatkan kerjasama warga JSJK ke arah memperkasakan usaha membanteras jenayah komersil demi kesejahteraan dan keselamatan masyarakat.

Sebagai sebahagian daripada pengisian majlis, YDH Pengarah JSJK bersama barisan kepimpinan tertinggi turut mengadakan lawatan ke Bilik Media JSJK bagi meninjau peralatan pencegahan jenayah yang bakal digunakan dalam pelaksanaan program-program pameran, advokasi dan kesedaran awam anjuran JSJK pada masa hadapan.

Majlis berakhir dengan sesi bergambar sebagai simbolik kepada perasmian Bilik Mesyuarat NSRC yang baharu.

Turut dikongsikan gambar-gambar sekitar majlis yang berlangsung.

PERJUMPAAN DAN AMANAT PENGARAH JSJK BERSAMA WARGA JSJK JOHORJohor Bahru | 29 Julai 2026YDH CP Datoโ€™ Rusdi bin Mohd Isa, ...
31/07/2026

PERJUMPAAN DAN AMANAT PENGARAH JSJK BERSAMA WARGA JSJK JOHOR

Johor Bahru | 29 Julai 2026

YDH CP Datoโ€™ Rusdi bin Mohd Isa, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah mengadakan sesi perjumpaan dan penyampaian amanat bersama warga JSJK Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Sesi tersebut turut dihadiri oleh YDH DCP Mohd Mahidisham bin Ishak, Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK; YDH DCP Datoโ€™ Shamsul Amar bin Ramli, Timbalan Pengarah (Jenayah Siber) JSJK; YDH SAC Mohd Asmadi bin Yusoff, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJK; dan YDH SAC Mohamad Lazim bin Ismail, Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) JSJK, bersama pegawai kanan JSJK Bukit Aman.

Kehadiran barisan kepimpinan tertinggi JSJK ini bukan sahaja mencerminkan komitmen jabatan terhadap pembangunan organisasi, malah menjadi suntikan semangat kepada warga JSJK Johor melalui peluang untuk berinteraksi secara langsung, bertukar pandangan serta mendapatkan penjelasan mengenai hala tuju dan keutamaan jabatan dalam memperkasakan penyiasatan serta pencegahan jenayah komersil.

Dalam amanatnya, YDH CP Datoโ€™ Rusdi bin Mohd Isa menekankan kepentingan integriti, profesionalisme, disiplin dan kerja berpasukan sebagai tunjang kecemerlangan organisasi. Beliau turut mengingatkan seluruh warga JSJK agar sentiasa meningkatkan kecekapan penyiasatan, mengamalkan tadbir urus yang baik serta memberikan perkhidmatan yang berkualiti demi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat sentiasa berada pada tahap terbaik.

Sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen dan sumbangan warga JSJK Johor, Pengarah JSJK turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 35 orang Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis yang telah menunjukkan prestasi cemerlang serta dedikasi tinggi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

Sesi ini turut menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara kepimpinan tertinggi dengan warga JSJK Johor, di samping menyampaikan aspirasi jabatan ke arah memperkasakan keupayaan JSJK dalam menangani cabaran jenayah komersil yang semakin kompleks.

Address

JSJK Bukit Aman, Menara KPJ, Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
50400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share