Dewan Ulamak PAS Pusat

Dewan Ulamak PAS Pusat ديوان علماء ڤاس ڤوست
(1912)

14/08/2026

LIVE کليه ڤاݢي جمعة ميدن علمو
1 Rabiulawal 1448H

👪 Secara LANGSUNG Bersama

🕌 Sesi 1
🎤 YB Ustaz Azhar Salleh
- ADUN Pulai Chondong

🌟 Sesi 2
🎤 YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato’ Hj Mohd Nassuruddin Hj Daud
- Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan
- Menteri Besar Kelantan

👨👨👦 TONTON SEKARANG, BANTU SEBARKAN !
👍🏼 LIKE FB Kelantan TV: fb.com/kelantantv
👍🏼 LIKE FB Medan Ilmu Kota Bharu: fb.com/medanilmuKB




13/08/2026

DUN Kelantan lulus RUU Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026

Dewan Negeri Kelantan hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 secara sebulat suara.

Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato, Mohd Nassuruddin Daud berkata, kelulusan RUU berkenaan mencerminkan kesepakatan Ahli Yang Berhormat dalam mendukung aspirasi kerajaan negeri untuk memperkukuh perundangan syariah di Kelantan berteraskan Maqasid Syariah.

Beliau berkata, enam Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan iaitu Pasir Tumboh, Galas, Melor, Kota Lama, Jelawat dan Chempaka secara asasnya senada dan seiring dengan aspirasi Kerajaan Negeri Kelantan.

“Saya telah meneliti setiap hujah yang dikemukakan sepanjang sesi perbahasan. Pelbagai sudut pandang telah disentuh, daripada prinsip asas dalam menunaikan tanggungjawab beragama serta aspek prosedur dan teknikal perundangan, hinggalah kepada usaha meningkatkan kemudahan dan keselesaan prasarana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan RUU berkenaan pada hari kedua Persidangan Kali Kedua Bagi Tempoh Penggal Keempat Dewan Negeri Kelantan Yang Kelima Belas Tahun 2026, hari ini.

*Baca berita penuh di Portal Info Rakyat Kelantan:*
https://go.kelantan.gov.my/oeEmp

KENYATAAN MEDIA DEWAN ULAMAK PAS PUSATLESEN JUDI DI KEDAH: PAS TELAH BERHABIS DAYA, KINI TANGGUNGJAWAB MENGHAPUSKAN MAKS...
13/08/2026

KENYATAAN MEDIA
DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

LESEN JUDI DI KEDAH: PAS TELAH BERHABIS DAYA, KINI TANGGUNGJAWAB MENGHAPUSKAN MAKSIAT TERLETAK PADA TANGAN UMAT ISLAM DAN WAJIB UNDI PAS

1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengambil maklum akan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan Kerajaan Negeri Kedah untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan pembatalan arahan kerajaan negeri menghentikan pengeluaran dan pembaharuan lesen premis perjudian. Sebagai sebuah parti yang mendokong keluhuran undang-undang, DUPP menghormati proses perundangan dan keputusan mahkamah tersebut, yang diputuskan atas asas teknikal syarat ambang di bawah Seksyen 96(a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

2. Namun begitu, pada masa yang sama, DUPP menzahirkan rasa dukacita dan kekecewaan yang amat mendalam atas halangan perundangan ini yang mengekang usaha murni sebuah kerajaan negeri dalam memelihara kesejahteraan masyarakat daripada barah maksiat perjudian. Kami berpegang teguh dan menghargai kepada asas penghakiman berbeza (dissenting judgment) Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi di peringkat Mahkamah Rayuan sebelum ini, yang melihat ketetapan Kerajaan Negeri Kedah ini sebagai satu dasar pertimbangan bagi menjaga kebajikan rakyat yang wajar mengatasi kepentingan peribadi pemain industri judi.

3. Walau apa pun keputusannya, peristiwa ini sama sekali tidak melunturkan semangat perjuangan PAS. Sebaliknya, ia menjadi bukti dan petunjuk paling nyata bahawa PAS amat bersungguh-sungguh, bertegas, dan berani mengambil risiko demi menghalang dan menghapuskan aktiviti perjudian. PAS telah menterjemahkan janji politik kepada pelaksanaan eksekutif demi mencari keredhaan Allah SWT, biarpun terpaksa berhadapan dengan tentangan kapitalis judi di mahkamah.

4. Ketegasan PAS ini bukanlah sekadar retorik sentimen. Judi hakikatnya adalah 'dajjal kerosakan' yang paling besar dalam sistem sosial dan kewangan masyarakat pada hari ini. Ia adalah pemusnah institusi kekeluargaan, punca kemuflisan, pencetus jenayah, dan perosak ekonomi umat. Malah, amalan perjudian ini ditentang oleh semua agama dan nilai moral yang waras, bukan hanya agama Islam, kerana sifat judi itu sendiri yang menindas, zalim, mengaut keuntungan atas air mata dan kesempitan hidup orang lain, serta sama sekali tidak adil.

Allah SWT telah menegaskan pengharaman judi di dalam Surah Al-Ma'idah, ayat 90:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."

5. Keputusan mahkamah ini secara faktanya menyatakan bahawa urusan perjudian tertakluk di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, bukan Kerajaan Negeri. Ini membuktikan bahawa Kerajaan PAS di peringkat negeri kini telah berhabis daya, tenaga, dan menggunakan semaksimum mungkin ruang perundangan yang ada bagi menyekat kemungkaran ini. Segala usaha telah digembeling hingga ke titik batas kuasa (limitasi) di peringkat negeri.

6. Oleh yang demikian, memandangkan keputusan mahkamah yang memutuskan punca kuasa sebenar membasmi judi terletak pada Akta di peringkat Kerajaan Pusat, bebanan dan tanggungjawab ini kini telah beralih sepenuhnya ke atas bahu dan tangan pengundi. Seluruh umat Islam perlu menyedari bahawa undi mereka adalah penentu sama ada maksiat ini terus dilindungi oleh perundangan Persekutuan, atau berjaya dirombak sepenuhnya dari akar umbi. Mengundi dalam hal ini bukan lagi sekadar hak demokrasi, tetapi ia telah menjadi satu tuntutan tanggungjawab Syarie Amar Makruf Nahi Mungkar.

7. Berdasarkan kaedah Fiqh yang disepakati ulama:
مَا لَا يَتِمُّ الْوَاجِبُ إِلَّا بِهِ فَهُوَ وَاجِبٌ
"Sesuatu kewajipan (menghapuskan maksiat) yang tidak dapat disempurnakan melainkan dengannya (kuasa politik Persekutuan melalui undi), maka ia (mengundi untuk mendapatkan kuasa itu) turut menjadi wajib."

7. Bertitik tolak dari hal ini, jelas hukumnya adalah WAJIB bagi setiap pengundi Islam untuk mengundi dan menyokong PAS serta gagasan rakan kumpulannya dalam usaha mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Hanya dengan kuasa di Putrajaya, dasar, akta, dan kelulusan lesen perjudian ini dapat dinoktahkan demi kesejahteraan rakyat seluruhnya.

Sekian.

YB USTAZ DATO' MOHD NOR BIN HAMZAH
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

13 Ogos 2026 Miladi bersamaan 29 Safar 1448 Miladi

12/08/2026
12/08/2026

Kenyataan Media PAS Kedah

PERJUANGAN HAPUSKAN JUDI DI KEDAH TIDAK PERNAH BERNOKTAH

PAS Kedah mengambil maklum keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Kedah berhubung kes pemberhentian lesen premis operasi perjudian dalam Negeri Kedah. Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan untuk tidak meneruskan pemberian lesen premis operasi perjudian berkuatkuasa 1 Januari 2023 lagi berdasarkan keputusan anggota Majlis Mesyuarat Negeri pada 8 Disember 2021.

Pendirian tersebut bermaksud keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan dasar sifar judi di Kedah berdasarkan penghakiman pada Jun 2024 adalah terpakai. PAS Kedah menzahirkan rasa dukacita dengan keputusan tersebut meskipun akur dengan ketetapan yang dibuat. Bahkan, keputusan tersebut juga turut mendukacitakan seluruh rakyat Negeri Kedah.

Sangat ironi apabila langkah Kerajaan Negeri mengamalkan prinsip mencegah kerosakan dalam masyarakat dibantah oleh pihak tertentu sehingga mereka sanggup membawa kes ini ke mahkamah sejak daripada awal. Inilah yang amat dikesali. Bagaimana ada pihak yang masih tegar mempertahankan jenayah perjudian dalam negeri meskipun usaha Kerajaan menutup keseluruhan premis telah dilaksanakan mengikut garis perundangan yang ada.

PAS Kedah ingin menegaskan bahawa prinsip amar makruf nahi munkar akan terus dipertahankan dalam aspek berkerajaan. Selain itu, PAS Kedah juga ingin menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Kerajaan Negeri atas apa jua tindakan susulan yang wajar diambil pasca pendirian daripada Mahkamah Persekutuan ini. Insya-Allah, perjuangan ini tidak akan bertemu titik noktah di sini.

Sekian.

Dato’ Ahmad bin Yahaya
Pesuruhjaya PAS Kedah.

12 Ogos 2026

11/08/2026

Insya-Allah, sebentar lagi saya akan membentangkan Rang Undang-Undang Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 dalam Persidangan Dewan Negeri Kelantan kali ini.

RUU ini dibentangkan bagi menggantikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019, susulan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin pada tahun 2024 yang membatalkan 16 peruntukan dalam Enakmen tersebut.

Mohon doa dan sokongan daripada seluruh ADN serta rakyat Kelantan agar pembentangan dan perbahasan ini dipermudahkan, dilancarkan dan diberikan kelancaran dalam setiap urusan serta keputusan yang terbaik buat Kelantan.

11/08/2026

Sidang Dewan Rakyat 11 Ogos 2026 (Selasa)

Mesyuarat Khas Penggal Kelima - Perbahasan Laporan RCI Tabung Haji

10/08/2026

TANWIRUL BAYAN (1)

(1) PERANAN ULAMAK; MEMBIMBING UMMAH DALAM REALITI POLITIK SEMASA

Peranan wajib bagi ulamak semestinya membimbing ummah menuju jalan hidayah dan petunjuk yang benar. Dakwah ini perlu digerakkan mengikut keadaan semasa dan realiti sebenar agak ummah tidak hanyut dibawa arus ombak yang membinasakan mereka. Justeru para ulamak mesti bijak dan tahu membaca realiti politik semasa kerana elemen ini merupakan faktor penting bagi memahami bagaimana dakwah ini ingin digerakkan.

(2) MINDA PRESIDEN; DAP MEMIMPIN PH MENYAMBUNG KERJA PENJAJAH MENGHAPUSKAN MELAYU ISLAM

Umum mengetahui tulisan Yang Berhormat Tan Sri Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS disambut dengan pelbagai nada dan gaya. Ya, tulisannya agak tajam namun itulah realiti semasa bagi menjadi "peringatan" kepada ummah. Kalau diperhalusi kenyataan ini ditulis berdasarkan sejarah dan pengalaman politik yang dihadapi bersama parti DAP. Pastinya DAP bergerak mengikut dasar mereka yang bertembung dengan fikrah Islam yang tulen. Demikian juga isu-isu seputar yang berlaku lebih-lebih lagi yang menyentuh tentang kepentingan umat Islam di Malaysia.

(3) KETEGASAN DALAM PERINGATAN, DAKWAH DENGAN KEBIJAKSANAAN

Peringatan itu bukanlah satu momokan dan hasutan perpecahan namun seruan untuk umat Islam di Malaysia bersatu dan mengukuhkan kedudukan mereka. Kitalah yang perlu memimpin mereka bukan dipimpin oleh mereka. Lihatlah Singapura sebagai contoh terdekat.
Peringatan itu bukanlah satu pengisytiharan perang tetapi penegasan yang perlu disampaikan kepada masyarakat agar kita tidak lalai dan terlalu selesa. Ya, peringatan itu sedikit tegas kerana mereka punyai kuasa dan paling mendominasi dalam pakatan mereka.

Tidak dinafikan dakwah kepada mereka diteruskan dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan kerana mereka juga sebahagian anggota rakyat Malaysia yang mempunyai kewarganegaraan yang sah. Mereka adalah mad'u yang perlu diberi pencerahan dan pastinya itu tugas para ulamak, namun dalam masa yang sama perlu ingat mereka juga punyai kuasa yang membolehkan mereka menerkam dan mempergunakan para ulamak tanpa sedar.

(4) WADAH PERJUANGAN ULAMAK KELANTAN

Kelantan terkenal dengan pondok dan ulamak nya yang ramai. Bahkan perjuangan PAS di negeri ini diasaskan oleh para ulamak pondok.

Justeru sistem pengajian nya mesti terus kekal relevan dalam mendepani zaman moden ini. Kerajaan Negeri bersama Dewan Ulamak sentiasa bersedia bekerjasama dengan pihak pondok dalam mendepani cabaran perubahan zaman dan teknologi ini

Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan dalam sejarahnya dipimpin oleh tuan-tuan guru pondok seperti Tuan Guru Haji Ghazali Pulai Chondong, Tuan Guru Haji Zakariya bin Haji Ismail, Tuan Guru Haji Daud Meranti, Tuan Guru Haji Hussien Rahimi dan ramai lagi.

Para ulamak perlu menggerakkan dakwah kepada ummah dari bawah sampai ke peringkat tertinggi. Semestinya dakwah ini tidak terlepas dari faktor siyasi agar dakwah ini dapat digerakkan secara menyeluruh.

Justeru Dewan Ulamak PAS antara wadah dan medium untuk para ulamak Kelantan bersatu dan membimbing masyarakat. Semoga dengan kesatuan dan wadah ini para ulamak dapat menggerakkan dakwah dan menjelaskan kefahaman yang benar kepada masyarakat mengikut realiti semasa.

YB Dato' Ustaz Tuan Mohd Saripudin bin Tuan Ismail,
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan.


Address

Pejabat Agung PAS, 318-A, Jalan Raja Laut
Kuala Lumpur
50350

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Ulamak PAS Pusat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share