04/08/2026
MESYUARAT BULANAN AHLI JAWATANKUASA INDUK LKKSPP – OGOS
Sedang berlangsung Mesyuarat Bulanan Ahli Jawatankuasa Induk Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat bagi bulan Ogos.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi LKKSPP, Dr. Rosni Binti Adam.
Turut hadir dalam mesyuarat ialah Timbalan Pengerusi 2, Hj. Abdul Razak Mohamed, Timbalan Pengerusi 4, YB Nurul Amin Hamid, serta seluruh Ahli Jawatankuasa Induk LKKSPP.
Antara intipati perbincangan adalah berkaitan perancangan dan penyelarasan program LKKSPP, perkembangan gerak kerja kebajikan serta usaha memperkukuh pelaksanaan aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Perbincangan turut menjadi ruang untuk menyusun gerak kerja dan tindakan susulan agar setiap perancangan yang telah digariskan dapat dilaksanakan secara lebih tersusun, berkesan dan berimpak.
Semoga segala perbincangan dan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat ini dipermudahkan serta menjadi panduan dalam memperkasakan lagi agenda kebajikan dan keprihatinan sosial LKKSPP.
Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat
Memperkasa Kebajikan, Menyantuni Masyarakat.