19/09/2026
Selepas kejayaan menarik kehadiran pengunjung lebih 140,000 di Shah Alam dan Pulau Pinang, edisi ketiga Festival Mega iLINDUNGu berlangsung bukan sekadar penuh gamat serta meriah, tetapi membawa empat berita gembira. Daripada penambahbaikan pasaran buruh negara sehingga perlindungan bagi wira wirawati pekerja gig, pastinya edisi selama tiga hari sehingga esok yang menyasarkan kehadiran 60,000 pengunjung ini melakar sejarah tersendiri.
Melalui pindaan terbaharu Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800), Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) dinaikkan kepada 50 peratus daripada baki Elaun Mencari Pekerjaan (EMP); Fi Latihan ditambah baik menjadi maksimum RM7,000 dan elaun latihan ditingkatkan kepada RM30 sehari. Berita baik kedua p**a ialah tajaan oleh penyedia perkhidmatan gig, iaitu Foodpanda, Grab Malaysia dan HALO Delivery untuk membiayai caruman PERKESO, menjangkau lebih RM1.5 juta.
Bagi penggerak utama sektor ekonomi ihsan, seramai 400 suri hati menerima tajaan caruman LINDUNG Kasih selama setahun. Yang terakhir, selama tiga hari festival ini berlangsung, lebih 2,000 peluang pekerjaan dengan tawaran gaji lebih RM12,000 disediakan melalui MYFutureJobs kepada pengunjung. Oleh itu, kepada yang belum berpeluang hadir, bawalah seisi keluarga ke The Strand Mall, di Kota Damansara kerana pelbagai pengisian disediakan bagi segenap usia.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri KESUMA, Datoโ Sri Ramanan Ramakrishnan atas pengumuman yang bakal merancakkan pasaran buruh di Malaysia, pengukuhan kelangsungan sosioekonomi penduduk setempat dan pemerkasaan perlindungan dalam kalangan penggerak sektor gig. Ucapan seikhlas terima kasih juga kepada Pengerusi Lembaga PERKESO, Datoโ Sri Subahan Kamal dan barisan pengurusan kanan 11 agensi di bawah naungan KESUMA yang hadir memaknai majlis, hari ini.