15/06/2026
๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐๐ง ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ -๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐๐ก๐ง๐จ๐๐ก ๐ฌ๐ฃ๐ @๐๐๐๐ช ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ (๐๐จ๐๐๐ฅ) ๐ฃ๐ฃ๐ ๐ฃ๐๐๐๐ก
PEKAN, 15 Jun 2026 โ Mesyuarat Penyelarasan bagi program-program pendidikan dan bantuan bagi Wilayah Bubar telah diadakan diantara Pejabat Pendidikan Daerah Pekan dan Bahagian Dana Awam dan Syarikat Berkepentingan Kerajaan YPM bersma Bahagian Bantuan Pendidikan YPM telah diadakan di Bilik Gerakan PPD Pekan.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan tentang pelaksanaan Program Tuisyen Pintar YPM, Program Teknik Menjawab Soalan, Program Celik Al-Quran dan Program Bantuan Persekolahan di PPD Pekan. Pihak KKDW telah menurunkan sejumlah peruntukan khas kepada 6 dalam daerah bubar iaitu Maran, Bera, Rompin, Temerloh, Jerantut dan Pekan untuk program pendidikan dan bantuan persekolahan di bawah kendalian YPM.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Azizi Mohd Nor Timbalan Pegawai PPD Pekan Sektor Pebelajaran. Turut hadir bersama Encik Rejal Bin Jamaluddin, Eksekutif Kanan Bahagian Dana Awam dan Syarikat Berkepentingan Kerajaan YPM, Encik Mohd Syah Rizal Bin Ahmad Eksekutif Bahagian Bantuan Pendidikan YPM, Encik Mohd Hafiz Ab Rahman Pegawai Hal Ehwal Murid PPD Pekan dan pegawai penyelaras program YPM PPD Pekan.
Semoga program yang dirancang berjalan dengan lancar.