Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia

Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Bahasa Jiwa Bangsa
(930)

Peranan DBP adalah bersamaan dengan Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995): a) objektif untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; b) untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan; c) untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan at

au penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain; d) untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan; untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan e) untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

𝐍𝐚𝐝𝐒 𝐁𝐚𝐑𝐚𝐬𝐚
17/08/2026

𝐍𝐚𝐝𝐒 𝐁𝐚𝐑𝐚𝐬𝐚


𝐈𝐬𝐭𝐒π₯𝐚𝐑 π‡πšπ«π’ 𝐈𝐧𝐒Ikuti perkongsian dua istilah setiap hari, dari Isnin hingga Jumaat melalui media sosial DBP.
17/08/2026

𝐈𝐬𝐭𝐒π₯𝐚𝐑 π‡πšπ«π’ 𝐈𝐧𝐒

Ikuti perkongsian dua istilah setiap hari, dari Isnin hingga Jumaat melalui media sosial DBP.



π’π€π˜π„πŒππ€π‘π€ πƒπ„πŠπ‹π€πŒπ€π’πˆ ππ”πˆπ’πˆ πŠπ„πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€π€π πŠπ„-πŸ’πŸŽ, πŸπŸŽπŸπŸ” ππ”πˆπ’πˆ 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 πŠπ„πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€π€πSeramai 17 orang peserta mewakili setiap negeri...
17/08/2026

π’π€π˜π„πŒππ€π‘π€ πƒπ„πŠπ‹π€πŒπ€π’πˆ ππ”πˆπ’πˆ πŠπ„πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€π€π πŠπ„-πŸ’πŸŽ, πŸπŸŽπŸπŸ” ππ”πˆπ’πˆ 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 πŠπ„πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€π€π

Seramai 17 orang peserta mewakili setiap negeri seluruh negara termasuk wakil daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya mempersembahkan persembahan yang terbaik dalam Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan (SDPK) Ke-40, Tahun 2026 pada 15 Ogos 2026 (Sabtu), 8.00 pagi, di Hotel Theatre, Kuching, Sarawak. SDPK ini menghimpunkan lebih daripada 400 orang khalayak dari seluruh negara yang menyokong wakil negeri dan agensi masing-masing. SDPK Ke-40, 2026 merupakan program anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Persatuan Karyawan Sastera Sarawak (PEKASA) dan Majlis Seni Sarawak (MSS) bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan.

Kemuncaknya, Encik Khalid Husseine bin Tuah, peserta yang mewakili Sarawak telah diumumkan sebagai juara SDPK Ke-40, tahun 2026 dalam Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Serta Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, mewakili Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak pada 15 Ogos 2026 (Sabtu), 8.00 malam di Hotel Pullman, Kuching. Juara SDPK membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000.00, piala pusingan, watikah penghargaan dan hadiah iringan.

Majlis Penyampaian Hadiah SDPK ini juga diserikan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Hazami bin Jahari, Ketua Pengarah DBP, Yang Berbahagia Datuk Haji Zainal Abidin bin Datuk Wira Haji Borhan, Presiden GAPENA, Yang Berusaha Dr. Suffian bin Haji Jalet, Ketua Pegawai Eksekutif MSS, dan Yang Berusaha Puan Dayang Azizah binti Mohd Salleh, Presiden PEKASA.

Tempat Pertama: Encik Khalid Husseine bin Tuah, Sarawak
Tempat Kedua: Encik Noor Azli bin Sudin, Perak
Tempat Ketiga: Puan Farah Nabilla Noor binti Anuar, Negeri Sembilan

17/08/2026

Ayuh, sertai Sayembara Pantun MADANI antara Kementerian Peringkat Kebangsaan bersempena dengan Dekad Bahasa Kebangsaan 2026!

πŸ“£ Penyertaan adalah secara berpasukan dan terbuka kepada semua penjawat awam.

✨ Hadiah lumayan menanti para pemenang!

Jangan lepaskan peluang untuk menyerlahkan kreativiti, semangat berpasukan serta kecintaan terhadap bahasa dan sastera kebangsaan.

Daftarkan pasukan anda sekarang dengan mengimbas kod QR pada poster atau klik pautan seperti yang berikut:

πŸ“² https://forms.gle/rryCMHh4qSv5XPUU9




Program Pembinaan Bakat Tunas Muda dan Tunas Remaja Peringkat Negeri Sembilan telah berlangsung pada 12 dan 13 Ogos 2026...
16/08/2026

Program Pembinaan Bakat Tunas Muda dan Tunas Remaja Peringkat Negeri Sembilan telah berlangsung pada 12 dan 13 Ogos 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sains Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Program ini dihadiri oleh 35 pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah daripada 52 sekolah sekitar daerah Kuala Pilah.

Tunas Remaja telah dibimbing oleh Puan Nisah Haron dan Tunas Remaja dibimbing oleh YBhg. Datuk Dr. Lim Swee Tin.

Dua pelajar sekolah rendah dan dua pelajar sekolah menengah telah dipilih mewakili Negeri Sembilan sebagai calon peserta Minggu Penulis Remaja dan Minggu Penulis Kanak-kanak.

Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Puan Nurul Julia Alani Henry, Pengarah DBP Wilayah Tengah.

Turut hadir ialah Tuan Haji Zaidi bin Ujang, Pengetua SMA Sains Kuala Pilah dan Encik Md Wazir bin Idris yang mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah serta guru pembimbing dan peserta program.




Pertandingan Debat Piala Ketua Audit Negara (PKAN) Tahun 2026 anjuran Jabatan Audit Negara (JAN) dengan kerjasama Parlim...
15/08/2026

Pertandingan Debat Piala Ketua Audit Negara (PKAN) Tahun 2026 anjuran Jabatan Audit Negara (JAN) dengan kerjasama Parlimen Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dan Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) Peringkat akhir Pertandingan Debat Piala Ketua Audit Negara telah berlangsung pada 15 Ogos 2026 di Parlimen Malaysia.

Pasukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mara dan beraksi di pentas akhir.

Barisan hakim yang mengadili pertandingan debat peringkat akhir merupakan gabungan 9 hakim daripada JAN, MADUM dan DBP.

Gelaran Johan Debat PKAN 2026 telah dirangkul oleh UPM sekaligus membawa pulang piala pusingan dan wang tunai berjumlah RM8000.00.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tan Sri Dato' Dr. Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Turut hadir ialah YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato' Wan Hashim Wan Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, YBrs. Tuan Haji Mohd Salahuddin Dato' Paduka Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah Dasar DBP dan YBrs. Prof. Dr. Mohd. Izani Mohd Zain, Pengerusi MADUM.




14 OGOS 2026, KUALA LUMPUR – Program Sanggar Seni Merdeka 2026 telah diadakan bersempena dengan Hari Kemerdekaan di Audi...
15/08/2026

14 OGOS 2026, KUALA LUMPUR – Program Sanggar Seni Merdeka 2026 telah diadakan bersempena dengan Hari Kemerdekaan di Auditorium P. Ramlee, Kuala Lumpur. Program ini julung kali dilaksanakan dengan kerjasama antara Radio Klasik, RTM, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Penyair Malaysia.

Program ini bertemakan kemerdekaan yang mengangkat karya sastera Melayu melalui deklamasi puisi, nyanyian lagu puisi dan berbalas pantun.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah YM Ku Mohamad Arafat Ku Mustafa, Pengurus Radio Klasik, Puan Roziah binti Md Yunus, Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, DBP dan YBhg. SN Dato’ Rahman Shaari, Presiden Persatuan Penyair Malaysia.


15/08/2026

Kuala Lumpur – Penulis dan penerbit tempatan digesa agar lebih agresif dan berwibawa membawa karya sastera Melayu ke peringkat serantau dan antarabangsa,

15/08/2026

Kuala Lumpur – Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) terus memperkukuh peranan sastera serantau sebagai wadah perpaduan dan ruang pemikiran pada Majlis

Address

Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa
Kuala Lumpur
50460

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:30
Friday 09:00 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share