Balai Polis Salak Selatan, Kuala Lumpur

Balai Polis Salak Selatan, Kuala Lumpur Balai Polis Salak Selatan merupakan sebuah balai polis yang berada dibawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras Kuala Lumpur.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π π€π‡π‹πˆ πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ 𝐏𝐑𝐏 ππ€π‹π€πˆ ππŽπ‹πˆπ’ π’π€π‹π€πŠ π’π„π‹π€π“π€ππ‘©π’‚π’π’‚π’Š π‘·π’π’π’Šπ’” π‘Ίπ’‚π’π’‚π’Œ 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒕𝒂𝒏, 25 September 2026 – Ketua Polis ...
25/09/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π π€π‡π‹πˆ πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ 𝐏𝐑𝐏 ππ€π‹π€πˆ ππŽπ‹πˆπ’ π’π€π‹π€πŠ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍

π‘©π’‚π’π’‚π’Š π‘·π’π’π’Šπ’” π‘Ίπ’‚π’π’‚π’Œ 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒕𝒂𝒏, 25 September 2026 – Ketua Polis Balai Salak Selatan, Insp Thamotarn a/l Karupanan bersama Timbalan Ketua Polis Balai, SI Lakhmier Singh a/l Sowaran Singh serta anggota Balai Polis Salak Selatan telah melaksanakan Lawatan Kebajikan Ahli Keluarga (Anak) PRP Balai Polis Salak Selatan, IPD Cheras ke Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM (HPKK), Cheras, Kuala Lumpur.

Lawatan kebajikan tersebut diadakan bagi menziarahi Muhamad Syaqeef Rayfal bin Samfuad, berusia 11 bulan, anak kepada Kpl 170957 Samfuad bin Saginan yang sedang menerima rawatan di hospital akibat demam dan jangkitan kuman.

Dalam lawatan berkenaan, pihak Balai Polis Salak Selatan turut menyampaikan sumbangan sebagai tanda keprihatinan serta sokongan moral kepada pesakit dan keluarga yang sedang melalui ujian.

Lawatan ini turut menjadi manifestasi keprihatinan warga PDRM, khususnya IPD Cheras dan Balai Polis Salak Selatan, dalam memastikan kebajikan warga pasukan serta ahli keluarga sentiasa diberi perhatian.

Semoga Muhamad Syaqeef Rayfal dikurniakan kesembuhan yang sempurna, dipermudahkan segala urusan rawatan serta diberikan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh keluarga dalam menghadapi ujian ini.

β€œKebajikan Dijaga, Warga Disantuni, Keluarga PDRM Sentiasa Dihargai.”





πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŠπ„π’π˜π”πŠπ”π‘π€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ˜π€πŒππ€πˆπ€π 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 πŠππƒ 𝐂𝐇𝐄𝐑𝐀𝐒 πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 ππ€π‹π€πˆ ππŽπ‹πˆπ’ π’π€π‹π€πŠ π’π„π‹π€π“π€ππ‘©π’‚π’π’‚π’Š π‘·π’π’π’Šπ’” π‘Ίπ’‚π’π’‚π’Œ 𝑺...
25/09/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŠπ„π’π˜π”πŠπ”π‘π€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ˜π€πŒππ€πˆπ€π 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 πŠππƒ 𝐂𝐇𝐄𝐑𝐀𝐒 πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 ππ€π‹π€πˆ ππŽπ‹πˆπ’ π’π€π‹π€πŠ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍

π‘©π’‚π’π’‚π’Š π‘·π’π’π’Šπ’” π‘Ίπ’‚π’π’‚π’Œ 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒕𝒂𝒏, 25 September 2026 (Jumaat) – Telah berlangsung Majlis Kesyukuran dan Penyampaian Surat Penghargaan Ketua Polis Daerah (KPD) Cheras kepada warga Balai Polis Salak Selatan bertempat di perkarangan Balai Polis Salak Selatan, Kuala Lumpur.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz Fauzi bin Sulung, Imam Masjid Al-Najihin, sebagai tanda kesyukuran serta memohon keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan buat seluruh warga Balai Polis Salak Selatan serta komuniti setempat.

Dalam majlis yang sama, Ketua Polis Balai Salak Selatan, Insp Thamotarn a/l Karupanan, telah menyampaikan surat penghargaan kepada lima (5) orang anggota Balai Polis Salak Selatan bagi mewakili YDH Ketua Polis Daerah Cheras, sebagai penghargaan di atas sumbangan, kerjasama dan komitmen yang telah diberikan dalam melaksanakan tugas.

Majlis ini turut menjadi platform untuk memperkukuhkan hubungan silaturahim dan kerjasama antara pihak PDRM bersama masyarakat setempat, selaras dengan usaha berterusan dalam memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan keharmonian komuniti.

Majlis berlangsung dengan lancar dan teratur serta mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.





π™πˆπ€π‘π€π‡ πŠπ„πŒπ€π“πˆπ€π π€π‡π‹πˆ πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ 𝐏𝐑𝐏 ππ€π‹π€πˆ ππŽπ‹πˆπ’ π’π€π‹π€πŠ π’π„π‹π€π“π€ππ‘©π’‚π’π’‚π’Š π‘·π’π’π’Šπ’” π‘Ίπ’‚π’π’‚π’Œ 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒕𝒂𝒏, 21 September 2026 – Ketua Polis Ba...
21/09/2026

π™πˆπ€π‘π€π‡ πŠπ„πŒπ€π“πˆπ€π π€π‡π‹πˆ πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ 𝐏𝐑𝐏 ππ€π‹π€πˆ ππŽπ‹πˆπ’ π’π€π‹π€πŠ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍

π‘©π’‚π’π’‚π’Š π‘·π’π’π’Šπ’” π‘Ίπ’‚π’π’‚π’Œ 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒕𝒂𝒏, 21 September 2026 – Ketua Polis Balai Salak Selatan, Insp Thamotarn a/l Karupanan bersama anggota Balai Polis Salak Selatan telah hadir menziarahi keluarga L/Kpl 218775 Mohamad Azrulridhuan bin Mohammed Khaireend yang telah kehilangan anak berusia enam hari akibat kelahiran pramatang.

Ziarah yang berlangsung di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Cheras Perdana, Kajang, Selangor pada jam 1700 hingga 1900 hrs tersebut turut diadakan bagi menyampaikan salam takziah serta memberikan sokongan moral kepada waris yang sedang berduka.

Jenazah telah selamat dikebumikan pada jam 1840 hrs di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Cheras Perdana.

Warga Balai Polis Salak Selatan dan IPD Cheras merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga waris. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosa, menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman serta mengurniakan kesabaran dan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga.

Salam takziah daripada seluruh warga PDRM, IPD Cheras dan Balai Polis Salak Selatan.





15/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” πŸ‡²πŸ‡Ύ

Insp Thamotarn a/l Karupanan, Ketua Polis Balai Salak Selatan bersama seluruh warga Balai Polis Salak Selatan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada setiap 16 September merupakan wadah untuk kita mengenang semula pembentukan Malaysia serta menyemarakkan semangat cintakan negara, perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya.

Dalam mendepani cabaran semasa, semangat perpaduan perlu terus diperkukuhkan sebagai asas kepada keamanan, keharmonian dan kestabilan negara. Setiap rakyat mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk bersama-sama memelihara keamanan serta menjunjung prinsip Rukun Negara demi kesejahteraan generasi akan datang.

β€œSemangat Perpaduan Disemai, Keamanan Negara Dipelihara.”

Selaras dengan aspirasi tersebut, Polis Diraja Malaysia khususnya kami warga Balai Polis Salak Selatan akan terus komited dalam melaksanakan amanah untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara, di samping memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan menghargai keamanan yang dikecapi demi Malaysia yang lebih harmoni, sejahtera dan berdaya tahan.





ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π…πˆπ„π’π“π€ 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 πŒπ€π‹π€πŒ πŠπ”π€π‹π€ π‹π”πŒππ”π‘ πŸπŸŽπŸπŸ”π‘©π’‚π’π’‚π’Š π‘·π’π’π’Šπ’” π‘Ίπ’‚π’π’‚π’Œ 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒕𝒂𝒏, 12 SEPTEMBER 2026 – Pihak Balai Polis Salak Selat...
12/09/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π…πˆπ„π’π“π€ 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 πŒπ€π‹π€πŒ πŠπ”π€π‹π€ π‹π”πŒππ”π‘ πŸπŸŽπŸπŸ”

π‘©π’‚π’π’‚π’Š π‘·π’π’π’Šπ’” π‘Ίπ’‚π’π’‚π’Œ 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒕𝒂𝒏, 12 SEPTEMBER 2026 – Pihak Balai Polis Salak Selatan telah melaksanakan penugasan kawalan keselamatan sempena Fiesta Pasar Malam Kuala Lumpur 2026 yang berlangsung di tempat letak kereta, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Jalan Yaacob Latif, Cheras, Kuala Lumpur.

Program anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Pengurusan Penjaja ini turut dihadiri YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) serta YBhg. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud.

Antara pengisian utama program adalah sesi penyerahan Lesen Penjaja Tapak Lestari Bandar Tun Razak, Kios Modular Program Lestari Niaga @ KL 2026 serta Kanopi Penjaja kepada para penjaja tempatan.

Penugasan keselamatan melibatkan anggota PDRM, IPD Cheras dan Balai Polis Salak Selatan bagi memastikan keselamatan serta kelancaran perjalanan program yang dihadiri kira-kira 500 orang jemputan.

Sepanjang program berlangsung, situasi keselamatan adalah terkawal, lancar dan teratur tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

PDRM sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam berada pada tahap terbaik, di samping memperkukuhkan hubungan bersama komuniti setempat.




ππ„π‘π‰π”πŒππ€π€π πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ ππ€π‹π€πˆ π’π€π‹π€πŠ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐏𝐑𝐏 π˜π€ππ† ππ„π‘π“π”πŠπ€π‘ πŠπ„ ππ”πŠπˆπ“ π€πŒπ€ππ‘©π’‚π’π’‚π’Š π‘·π’π’π’Šπ’” π‘Ίπ’‚π’π’‚π’Œ 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒕𝒂𝒏, 11 Septembe...
11/09/2026

ππ„π‘π‰π”πŒππ€π€π πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ ππ€π‹π€πˆ π’π€π‹π€πŠ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐏𝐑𝐏 π˜π€ππ† ππ„π‘π“π”πŠπ€π‘ πŠπ„ ππ”πŠπˆπ“ π€πŒπ€π

π‘©π’‚π’π’‚π’Š π‘·π’π’π’Šπ’” π‘Ίπ’‚π’π’‚π’Œ 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒕𝒂𝒏, 11 September 2026 – Ketua Polis Balai Salak Selatan, Insp Thamotarn a/l Karupanan telah mengadakan perjumpaan bersama L/Kpl 209660 Nurul Syahirah binti Hazmir yang akan bertukar ke penugasan baharu di Bukit Aman.

Perjumpaan turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Balai Salak Selatan, S/Insp Lakhmier Singh a/l Sowaran Singh serta 6 orang PRP.

KPB Salak Selatan merakamkan penghargaan atas komitmen, dedikasi dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang bertugas serta menyampaikan salam hormat dan ucapan penghargaan daripada Ketua Polis Daerah Cheras dan Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar sebelum diakhiri dengan ucapan selamat maju jaya. Keseluruhan perjumpaan berlangsung dalam suasana mesra, harmoni dan penuh semangat kekitaan.

Selamat bertugas di tempat baharu dan semoga terus cemerlang dalam perkhidmatan.





ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ π–π€ππˆπ“π€ πŒπ„ππƒπ”ππˆπ€ 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 πŠπ€π‰πˆπ€π 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 π–π€ππˆπ“π€ πŸπŸŽπŸπŸ“/πŸπŸŽπŸπŸ”π‘©π’‚π’π’‚π’Š π‘·π’π’π’Šπ’” π‘Ίπ’‚π’π’‚π’Œ 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒕𝒂𝒏, 06 September 202...
06/09/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ π–π€ππˆπ“π€ πŒπ„ππƒπ”ππˆπ€ 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 πŠπ€π‰πˆπ€π 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 π–π€ππˆπ“π€ πŸπŸŽπŸπŸ“/πŸπŸŽπŸπŸ”

π‘©π’‚π’π’‚π’Š π‘·π’π’π’Šπ’” π‘Ίπ’‚π’π’‚π’Œ 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒕𝒂𝒏, 06 September 2026 - Bertempat di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak, Jalan Yaacob Latif, Cheras, Kuala Lumpur telah berlangsung Program Karnival Wanita Mendunia dan Pelancaran Kajian Suara Wanita 2025/2026.

Program telah dihadiri oleh YB Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, bersama barisan jemputan VIP serta kira-kira 300 orang pengunjung.

YB Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail turut menyempurnakan simbolik perasmian Program Karnival Wanita Mendunia dan Pelancaran Kajian Suara Wanita 2025/2026.

Karnival ini bukan sekadar meraikan semangat kewanitaan, malah menjadi platform dalam memperkukuh komitmen bersama bagi memastikan wanita Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat mendapat akses kepada peluang ekonomi, perlindungan sosial serta penyertaan yang bermakna dalam kepimpinan negara.

Kajian Suara Wanita 2025/2026 p**a merupakan satu kajian menyeluruh yang melibatkan lebih 1,000 orang wanita di seluruh Malaysia, disokong melalui penglibatan kualitatif hampir 270 wanita menerusi sesi-sesi Wanita Mendunia serta penglibatan komuniti di pelbagai zon di seluruh negara.

Pelbagai aktiviti dan pameran turut diadakan antaranya Saringan Kesihatan Percuma, Cabutan Bertuah, Pertandingan Mewarna, Petting Zoo, Jualan Rahmah serta booth agensi kerajaan dan F&B.

Dalam pada itu, penugasan kawalan keselamatan oleh pihak PDRM yang melibatkan IPD Cheras dan Balai Polis Salak Selatan telah berjalan dengan lancar, teratur dan berada dalam keadaan terkawal sepenuhnya tanpa sebarang insiden tidak diingini sepanjang program berlangsung.





ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π π–π€π“πˆπŠπ€π‡ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ πŒπ€πƒπ€ππˆ ππ€π‘π‹πˆπŒπ„π 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐓𝐔𝐍 π‘π€π™π€πŠπ‘©π’‚π’π’‚π’Š π‘·π’π’π’Šπ’” π‘Ίπ’‚π’π’‚π’Œ 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒕𝒂𝒏, 06 September 2026 – Progr...
06/09/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π π–π€π“πˆπŠπ€π‡ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ πŒπ€πƒπ€ππˆ ππ€π‘π‹πˆπŒπ„π 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐓𝐔𝐍 π‘π€π™π€πŠ

π‘©π’‚π’π’‚π’Š π‘·π’π’π’Šπ’” π‘Ίπ’‚π’π’‚π’Œ 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒕𝒂𝒏, 06 September 2026 – Program Penyerahan Watikah Komuniti MADANI Parlimen Bandar Tun Razak telah berlangsung di Kapitan Tandoori House, Jalan Tasik Permaisuri 2, Cheras, Kuala Lumpur dan telah dihadiri oleh YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak bersama barisan jemputan VIP serta kira-kira 50 orang peserta dan jemputan.

YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah turut menyempurnakan simbolik perasmian penyerahan watikah kepada 6 Sub Zon Komuniti MADANI Bandar Tun Razak bagi sesi 2026/2027.

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Komuniti MADANI ini merupakan inisiatif Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dalam memperkasakan peranan pemimpin akar umbi serta menggalakkan penglibatan komuniti dalam menyampaikan maklumat dan aspirasi kerajaan kepada masyarakat setempat.

Komuniti MADANI turut berperanan sebagai β€œmata dan telinga” komuniti tempatan dalam menghubungkan masyarakat dengan pihak kerajaan serta memperkukuhkan kerjasama antara komuniti dan agensi kerajaan.

Dalam memastikan keselamatan dan kelancaran program, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui IPD Cheras dan Balai Polis Salak Selatan telah melaksanakan penugasan kawalan keselamatan sepanjang program berlangsung.
Penugasan keselamatan berjalan dengan lancar, teratur dan terkawal tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Semoga program seperti ini dapat terus memperkukuhkan hubungan silaturahim, kerjasama serta semangat perpaduan dalam kalangan komuniti Bandar Tun Razak melalui penglibatan aktif masyarakat bersama pihak kerajaan.





πŸ‡²πŸ‡Ύ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ— πŸ‡²πŸ‡ΎKetua Polis Balai Salak Selatan, Insp. Thamotarn a/l Karupanan bersama selu...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ— πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ketua Polis Balai Salak Selatan, Insp. Thamotarn a/l Karupanan bersama seluruh warga Balai Polis Salak Selatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan kepada tanah air terus subur dalam setiap jiwa anak Malaysia.

Marilah kita bersama-sama mempertahankan keamanan, keharmonian dan kedaulatan negara demi Malaysia yang terus maju, sejahtera dan bersatu.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€! πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€! πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€!




Address

Balai Polis Salak Selatan
Kuala Lumpur
57100

Telephone

+60377822222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Salak Selatan, Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category