Parti Bumiputera Perkasa Malaysia - PUTRA

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia - PUTRA Sebuah parti politik yang memperjuangkan hak rakyat pribumi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

1 Ogos 2026 (Sabtu), 5.00 petang - Tahniah PUTRA Teluk Intan, Perak telah selesai mengadakan Persidangan Tahunan Bahagia...
01/08/2026

1 Ogos 2026 (Sabtu), 5.00 petang - Tahniah PUTRA Teluk Intan, Perak telah selesai mengadakan Persidangan Tahunan Bahagian dan memilih Jawatankuasa Bahagian yang baru bagi sesi 2026-2029. Setiausaha Agung PUTRA, Sdr. Nasrul Ali Hasan hadir mewakili Presiden PUTRA merasmikan Persidangan Tahunan PUTRA Teluk Intan. Semoga Bahagian Teluk Intan terus cekal dan istiqamah dalam perjuangan ini.

PUTRA CABAR ANWAR TUBUH SEGERA RCI LCS & MD530G1. Selepas RCI Tabung Haji didedahkan, bagaimana p**a LCS dan enam heliko...
01/08/2026

PUTRA CABAR ANWAR TUBUH SEGERA RCI LCS & MD530G

1. Selepas RCI Tabung Haji didedahkan, bagaimana p**a LCS dan enam helikopter MD530G? PUTRA cabar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tubuh segera RCI. Jangan satu dibuka, dua lagi dibiarkan.

2. PUTRA menyokong penuh pendedahan Laporan RCI Tabung Haji. Tetapi jangan berhenti pada laporan. Ada salah, siasat. Ada bukti, dakwa. Ada wang diseleweng, tuntut balik. Ada penyangak terbukti bersalah, hukum.

3. PUTRA juga mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana kerajaan pimpinannya dahulu menubuhkan RCI Tabung Haji. Muhyiddin buka pintu siasatan. Sekarang Anwar jangan sekadar buka laporan tapi buka terus sampai ke pintu penjara.

4. Jangan RCI hanya berani membongkar kes tertentu. Wang rakyat tetap wang rakyat. Jangan pilih kes. Jangan pilih orang. Siapa salah, siasat. Siapa terbukti bersalah, hukum.

5. LCS mesti dibongkar sampai habis. PAC merekodkan RM6.083 bilion telah dibayar ketika tiada sebuah LCS pun siap pada Oktober 2020. Siapa lulus? Siapa bayar? Siapa gagal mengawal? Siapa bertanggungjawab? Tubuhkan RCI dan jawab semuanya.

6. Enam MD530G juga jangan dilupakan. Kontrak sekitar RM321 juta mengalami kelewatan panjang sebelum semua helikopter diterima pada 2022. Sudah sampai bukan bermakna semua persoalan selesai. RCI perlu bongkar bagaimana perolehan itu diurus dari awal sampai akhir.

7. Anwar sudah lama bercakap soal rasuah, salah guna kuasa dan tata kelola. Sekarang buktikan satu standard untuk semua. Kalau berani buka Tabung Haji, berani juga buka LCS dan MD530G. Jangan ada kes disentuh, ada kes disimpan.

8. Saya, Ibrahim Ali, mencadangkan kerajaan bersedia besarkan penjara kalau penyangak wang rakyat yang disabitkan terlalu ramai. Jangan takut penjara penuh. Takutlah kalau berbilion wang rakyat dipersoalkan tetapi akhirnya penyangak terlepas dan rakyat p**a disuruh melupakan.

DATO’ PADUKA DR. IBRAHIM ALI
Presiden PUTRA
1 Ogos 2026

31/07/2026

Ibrahim Ali puji Anwar dedah RCI Tabung Haji, GESA YANG BERSALAH DIDAKWA!

KHIANAT RM10.9 BILLION DUIT TABUNG HAJI?TUNGGU LAPORAN RCI TH. APA KEBENARANNYA?1. Tabung Haji bukan milik mana-mana par...
27/07/2026

KHIANAT RM10.9 BILLION DUIT TABUNG HAJI?
TUNGGU LAPORAN RCI TH. APA KEBENARANNYA?

1. Tabung Haji bukan milik mana-mana parti politik. Wang di dalamnya ialah simpanan jutaan umat Islam yang dikumpulkan sedikit demi sedikit untuk menunaikan fardu haji. Oleh itu, setiap keputusan pelaburan, pengagihan keuntungan dan pemindahan aset wajib dibuat secara amanah, telus dan mematuhi undang-undang.

2. Namun, satu perkara mesti diperjelaskan: angka RM10.9 bilion yang disebut kerajaan merujuk kepada jurang defisit antara nilai aset dengan liabiliti Tabung Haji pada 2018. Angka itu tidak boleh terus disebut sebagai “RM10.9 bilion wang dicuri” sehingga Laporan RCI, bukti transaksi dan pihak yang bertanggungjawab didedahkan serta dinilai.

3. Tetapi defisit sebesar RM10.9 bilion tetap bukan perkara kecil. Ia menimbulkan persoalan serius tentang bagaimana aset dinilai, bagaimana kerugian dan kemerosotan nilai direkodkan, siapa yang meluluskan pelaburan berisiko serta sama ada amaran daripada juruaudit dan pihak pengawal selia telah diabaikan.

4. RCI Tabung Haji ditubuhkan pada 2022 untuk menyiasat isu pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020. Suruhanjaya itu dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif. Oleh sebab tempoh siasatan merangkumi pentadbiran kerajaan yang berbeza, laporan tersebut mesti didedahkan sepenuhnya tanpa memilih fakta yang hanya menguntungkan satu pihak.

5. Setakat Isnin, 27 Julai 2026, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa cadangan mendedahkan laporan itu akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu, 29 Julai 2026, dan beliau percaya Kabinet akan bersetuju. Ini bermakna laporan tersebut belum boleh dianggap telah didedahkan secara rasmi sehingga proses itu selesai.

6. Antara isu paling besar yang perlu dijelaskan ialah pembayaran agihan keuntungan ketika kedudukan aset dan liabiliti TH dipersoalkan. Kerajaan menyatakan bahawa agihan keuntungan tidak sepatutnya dibuat apabila liabiliti melebihi aset. Sekiranya benar angka atau keuntungan telah digambarkan lebih baik daripada keadaan sebenar, siapa yang meluluskan penyata kewangan dan pembayaran tersebut?

7. Dalam proses penstrukturan semula pada 2018, aset TH yang mempunyai nilai pasaran kira-kira RM9.63 bilion dipindahkan kepada Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. dengan balasan keseluruhan sekitar RM19.9 bilion, termasuk sukuk dan wang tunai. Perbezaan kira-kira RM10.3 bilion ditanggung kerajaan untuk memulihkan kedudukan kewangan TH. Ini menunjukkan wujud pendedahan kewangan yang besar kepada kerajaan dan rakyat, tetapi ia juga perlu dibezakan daripada dakwaan bahawa kesemua RM10.9 bilion telah “dicuri”.

8. Sebab itu Laporan RCI mesti menjawab dengan jelas: Siapa yang membuat keputusan pelaburan? Siapa yang meluluskan penilaian aset? Adakah terdapat campur tangan politik, konflik kepentingan, kecuaian, pelanggaran tugas fidusiari atau perbuatan jenayah? Adakah mana-mana individu atau syarikat mendapat manfaat daripada keputusan yang merugikan pendeposit?

9. Kerajaan juga perlu menerangkan secara terbuka jumlah sebenar komitmen kerajaan terhadap Urusharta Jamaah, nilai semasa aset yang dipindahkan, jumlah yang telah dipulihkan serta baki risiko yang akhirnya mungkin ditanggung pembayar cukai. Jangan hanya gunakan perkataan “bailout” atau “penyelamatan” tanpa menunjukkan akaun lengkap kepada rakyat.

10. Pada masa yang sama, kedudukan TH hari ini dilaporkan semakin pulih. Deposit dikatakan meningkat daripada sekitar RM69.4 bilion pada 2019 kepada lebih RM95.1 bilion pada pertengahan Jun 2026, manakala kadar agihan keuntungan bagi 2025 ialah 3.5 peratus. Pemulihan ini wajar dihargai, tetapi prestasi semasa tidak boleh digunakan untuk memadam atau menyembunyikan kesalahan lama.

11. Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan mengapa laporan itu mahu didedahkan ketika suasana politik Negeri Sembilan sedang memuncak. Namun beliau turut menyatakan bahawa PAS tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbukti melanggar undang-undang. Maka PAS sepatutnya menyokong pendedahan penuh laporan tersebut dan mendesak tindakan undang-undang, bukan hanya mempertikaikan waktunya.

12. Ahmad Zahid Hamidi p**a mengingatkan supaya laporan RCI tidak dijadikan semata-mata modal politik dan menegaskan bahawa tiada pihak boleh dianggap kebal sekiranya dikaitkan dengan salah laku. Prinsip itu mesti dilaksanakan secara nyata: sesiapa yang dinamakan perlu disiasat tanpa mengira sama ada daripada UMNO, PAS, Bersatu, PKR, Amanah, DAP atau mana-mana parti.

13. Persoalan tentang masa pendedahan memang boleh dibahaskan. Tetapi pilihan raya bukan alasan untuk menyembunyikan laporan kepentingan awam. Integriti tidak mempunyai musim. Kalau laporan itu benar dan lengkap, dedahkan. Kalau ada kesalahan, siasat dan dakwa. Kalau seseorang tidak bersalah, bersihkan namanya melalui fakta serta proses undang-undang.

14. Jangan p**a menggunakan slogan “Melayu dan Islam” untuk melindungi salah guna kuasa. Menjaga institusi Islam bukan bermaksud mempertahankan pemimpin atau parti tertentu. Menjaga Islam bermaksud mempertahankan amanah, berlaku adil dan menolak penyelewengan walaupun dilakukan oleh kawan sendiri.

15. Kerajaan wajib mendedahkan laporan penuh RCI bersama dokumen sokongan yang boleh diterbitkan, senarai cadangan, tindakan susulan, status rujukan kepada SPRM, PDRM atau Jabatan Peguam Negara serta garis masa pelaksanaannya. Jangan sekadar dedahkan tajuk besar ketika pilihan raya, kemudian senyap selepas rakyat mengundi.

16. PH, PKR, BN, UMNO, PAS, Amanah, Bersatu, DAP atau sesiapa sahaja yang menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa wajib dikecam, disiasat dan dihukum. Jangan hanya berani menyerang musuh tetapi diam apabila melibatkan rakan sendiri.

17. Kesimp**annya, jangan mendahului Laporan RCI dengan mendakwa RM10.9 bilion telah dicuri tanpa bukti lengkap. Tetapi jangan juga gunakan alasan teknikal untuk menutup persoalan tentang bagaimana defisit sebesar itu boleh berlaku. Rakyat berhak mengetahui kebenaran, siapa yang bertanggungjawab dan berapa banyak beban yang akhirnya ditanggung negara.

Bukan soal siapa untung dalam pilihan raya. Ini soal amanah umat, wang pendeposit dan masa depan Tabung Haji.

Yang salah tetap salah. Yang khianat wajib dihukum. Setuju tak?

DATO’ PADUKA DR. IBRAHIM ALI
Presiden PUTRA
27hb Julai 2026

26/07/2026

PUTRA Desak Laporan Penuh RCI Tabung Haji Didedahkan, Mahu Tindakan Tegas Terhadap Semua Yang Terlibat

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menggesa kerajaan mendedahkan sepenuhnya laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji yang dikatakan telah siap sejak Julai 2022, sambil menuntut siasatan dan pendakwaan segera terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam salah guna kuasa atau penyelewengan.
Presiden PUTRA, Dato' Dr. Ibrahim Ali, dalam satu kenyataan media hari ini berkata kerajaan tidak seharusnya terus menyimpan laporan tersebut kerana ia merupakan dokumen rasmi kerajaan yang dihasilkan melalui keputusan Kabinet dan menggunakan perbelanjaan awam.
Beliau mendakwa alasan kerajaan sebelum ini yang tidak mahu mendedahkan laporan tersebut kerana bimbang pendeposit hilang keyakinan terhadap Tabung Haji adalah tidak munasabah dan disifatkan sebagai menghina kebijaksanaan umat Islam.
Menurut beliau, kerajaan perlu menjelaskan mengapa laporan itu hanya mahu didedahkan selepas lebih tiga tahun serta menjawab persoalan sama ada keputusan tersebut dipengaruhi oleh perkembangan politik semasa.
Dalam kenyataan sama, Ibrahim turut mempersoalkan sikap pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan UMNO yang didakwa tidak mendesak pendedahan laporan itu sebelum ini, selain menyifatkan wang Tabung Haji adalah amanah umat Islam dan bukannya milik mana-mana parti politik.
PUTRA turut mendesak kerajaan mendedahkan keseluruhan kandungan laporan RCI tanpa sebarang suntingan politik, termasuk mengumumkan semua syor, status siasatan dan tindakan yang telah diambil terhadap individu yang dikaitkan dengan sebarang penyelewengan.
Selain itu, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara mempercepatkan tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang didapati mempunyai kes untuk didakwa, termasuk menyemak semula kes-kes yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) jika terdapat bukti baharu.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Presiden PUTRA, Dato' Dr. Ibrahim Ali, pada 25 Julai 2026.

KES RCI TH RUGI 30 RM BILION - WAJAR DIDEDAHKAN1. Wah…Setelah 8 tahun, ketika kempen di PRN Negeri Sembilan 2026 sedang ...
26/07/2026

KES RCI TH RUGI 30 RM BILION - WAJAR DIDEDAHKAN

1. Wah…Setelah 8 tahun, ketika kempen di PRN Negeri Sembilan 2026 sedang rancak berjalan, ketika inilah rupanya masa yang sesuai bagi PMX untuk mengumunkan kedapatan laporan siasatan RCI Tabung Haji (TH) Rugi RM30 bilion. Wajarkah sekian lama tertangguh dari didedahkan semata-mata atas alasan terletak di bawah Akta Rahsia Rasmi?

2. Sekarang laporan itu sudah boleh diumumkan dan tidak dianggap menjadi rahsia lagi. Sekarang UMNO sudah bersama dengan PAS di atas pentas yang sama untuk menolak PH dari memperoleh kemenangan di PRN NS. Maka apabila PMX kata laporan itu akan diumumkan Rabu depan (29 Julai 2026), itu menunjukkan perjanjian antara parti dengan parti sebelum kerajaan Perpaduan ditubuhkan akan tamat. Perjanjian menyebut salah satu pihak jangan membangkit atau mendedahkan isu-isu sensitif yang boleh menjejaskan kedudukan mereka sebagai kerajaan.

3. Dalam hal ini, Tok Mat Hassan terus menukar naratif sekarang bahawasanya BN UMNO dan PAS sekarang di PRN Negeri Sembilan sebagai bekerjasama, bukannya bergabung. Katanya, laporan RCI TH perlu dibentang ke Mesyuarat Kabinet terlebih dahulu sebelum dikeluarkan kepada orang awam. Kenyataan Tok Mat Hassan itu umpama pengantin sedang terganggu ketika mana sedang di majlis persandingan di atas pelamin (pentas politik) bersama PAS.

4. PUTRA melihat tindakan PMX bukan setakat untuk mengingatkan atau menakutkan UMNO, tetapi adalah sesuatu yang tegas untuk menolak dan memastikan kekalahan UMNO dan PAS di tempat-tempat mereka bertembung merebut kerusi. Maka, kenyataan PMX untuk mendedahkannya pada Rabu depan adalah sesuatu yang hampir pasti dan dialu-alukan oleh rakyat (kuasa rakyat mengatasi kuasa pemimpin).

5. Ini lah yang dikatakan seronok bersekedudukan (dalam kerajaan), tetapi rupanya ada bala bakal menanti ketika hendak duduk sama di atas pelamin (pentas politik berseteru). Itu menunjukkan jodoh sudah tidak boleh kekal lama dan tidak berkelalan Nampaknya suasana akan bertukar menjadi haru birulah sebelum hari pengundian pada 1 Ogos 2026.

6. Dalam hal ini, PUTRA menuntut agar konsep berintegriti, bersih, bermoral dan ketelusan ditegakkan. Maka, kalau kes RCI TH hilang/rugi RM30 bilion benar-benar didedahkan oleh PMX, persoalan utamanya adalah atas kesalahan siapa Akta Rahsia Rasmi diletakkan kerana telah menjejaskan kepentingan rakyat dan negara?

PUTRA BERSIH & BERMORAL

DATO’ ASMAWAR SAMAT
Naib Presiden PUTRA
25 Julai 2026

25072026 Tahniah PUTRA Bukit Gantang di atas pelancaran bahagian. Semoga terus istiqamah dengan perjuangan tanpa noktah....
25/07/2026

25072026 Tahniah PUTRA Bukit Gantang di atas pelancaran bahagian. Semoga terus istiqamah dengan perjuangan tanpa noktah. Hanya yang cekal akan berjaya.

25072026 Hadir dan merasmikan PUTRA Bahagian Bukit Gantang. Semoga PUTRA Bukit Gantang maju jaya dan cekal menongkah aru...
25/07/2026

25072026 Hadir dan merasmikan PUTRA Bahagian Bukit Gantang. Semoga PUTRA Bukit Gantang maju jaya dan cekal menongkah arus..Dari rakyat kepada rakyat.

RCI TABUNG HAJI: KERAJAAN JANGAN PERBODOHKAN UMAT ISLAM, DEDAH SEMUA, SIASAT DAN DAKWA SEGERA1. Kerajaan Madani mesti be...
25/07/2026

RCI TABUNG HAJI: KERAJAAN JANGAN PERBODOHKAN UMAT ISLAM, DEDAH SEMUA, SIASAT DAN DAKWA SEGERA

1. Kerajaan Madani mesti berhenti memperbodohkan umat Islam. Laporan RCI Tabung Haji yang siap sejak Julai 2022 bukan fail peribadi kerajaan untuk disimpan sesuka hati. Ianya dokumen kerajaan yang dihasilkan atas keputusan kabinet dan melibatkan perbelanjaan kerajaan yang tidak sedikit.

2. Perdana Menteri sendiri mengaku laporan itu tidak didedahkan tiga tahun lalu kerana takut pendeposit hilang keyakinan dan mengeluarkan simpanan. Maknanya kerajaan memang memilih untuk menyembunyikan kebenaran daripada umat Islam.

3. Alasannya hendak menjaga keyakinan pendeposit adalah alasan yang menghina akal. Sejak bila keyakinan dibina dengan menyembunyikan kebenaran?

4. Kalau kebenaran boleh menghancurkan keyakinan terhadap Tabung Haji, adakah kerajaan mengaku keyakinan umat Islam selama ini dipertahankan dengan perkara yang mereka tidak dibenarkan tahu?

5. Mengapa selepas lebih tiga tahun baru kerajaan menemui keberanian? Apa yang berubah? kedudukan Tabung Haji atau kedudukan politik PH dan UMNO?

6. Ketika PH dan UMNO saling memerlukan untuk kekal berkuasa, laporan itu dikunci. Apabila hubungan mereka mula retak, tiba-tiba laporan itu hendak dibuka. JANGAN JADIKAN RCI TABUNG HAJI SEBAGAI PELURU UNTUK MENEMBAK KAWAN YANG SUDAH MAHU MENJADI LAWAN!. Tidak adakah cadangan untuk tarik NFA isu 47 kes prima faciè?

7. PH jangan lagi berlagak sebagai pejuang reformasi dan ketelusan. UMNO p**a jangan berpura-pura terkejut. Mengapa selama ini pemimpin UMNO tidak mendesak laporan itu didedahkan? tidak tahu, tidak peduli atau takut? UMNO senyap demi melayu dan Islam ke? Atau ancaman dari DAP?

8. Wang Tabung Haji bukan wang Anwar, bukan wang Zahid, bukan wang PH dan bukan wang UMNO. Itu wang umat Islam yang dikumpul sedikit demi sedikit untuk menyahut panggilan ke Tanah Suci.

9. PUTRA mendesak laporan RCI itu didedahkan sepenuhnya tanpa suntingan politik. Kerajaan mesti mengumumkan semua syor, status siasatan dan tindakan terhadap setiap pihak yang dikaitkan dengan salah guna kuasa dan penyelewengan. TIDAK ADA BELAS KASIHAN TETAPI TINDAKAN TEGAS MESTI DILAKUKAN!

10. Selepas laporan didedahkan, SPRM, polis dan Peguam Negara wajib mendakwa SESIAPA SAHAJA SECEPAT MUNGKIN. Begitu juga lain-lain isu yang KIV atau NFA termasuk kes 170 juta yang ditemui di Safehouse.

DATO’ DR. IBRAHIM ALI
Presiden PUTRA
25 Julai 2026

Address

No. 88, Second Floor, Wisma KGMB, Jalan Datuk Haji Eusoff
Kuala Lumpur
50400

Opening Hours

Monday 11:00 - 15:00
Tuesday 11:00 - 15:00
Wednesday 11:00 - 15:00
Thursday 11:00 - 15:00
Friday 11:00 - 15:00

Telephone

+60340428257

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Bumiputera Perkasa Malaysia - PUTRA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Parti Bumiputera Perkasa Malaysia - PUTRA:

Shortcuts

Share