JALAN TAR KL

JALAN TAR KL Jalan TAR KL- Ialah Pusat Retail Dan Sutera Terbesar Di Bandar KL, Serta Tempat Tapak Bazaar Ramadhan

Jalan Utama Sejak Bermula Bandar Kuala Lumpur, Dahulu Dikenali Sebagai "Batu Road". Satu-Satunya Jalan Yang Mempunyai Sejarah Awal Zaman Pemerintahan British Di Malaysia, Bangunan Lama Ketika Zaman British Masih Kekal Dan Ada Yang Diubah Suai.

21/09/2026
21/09/2026

PM Anwar, Selepas mesyuarat semalam, “penyelesaian” kamu tentang masalah bil elektrik tinggi rakyat adalah dengan menaikkan nilai “pelindungan” caj-caj TNB ke atas rakyat daripada 600kWh kepada 800kWh selama 3 bulan sehingga Disember 2026. Kamu kata sekarang bil elektrik tinggi sebab jerebu dan cuaca panas.

DS Anwar, langkah ini hanyalah melepas batuk di tangga. Ia suatu tindakan malas dan sambil lewa. Ia tidak menyelesaikan masalah bil tenaga elektrik di Malaysia yang semakin naik mencanak tinggi lebih-lebih lagi semasa kamu jadi Perdana Menteri.

Masalah utama ialah masalah struktur industri bekalan elektrik dan cara kamu alihkan beban kenaikan kos bahanapi dan sumber gas negara kepada rakyat di kala syarikat-syarikat tenaga swasta dan kerajaan mengambil untung berlipat ganda darinya. Itu yang kamu perlu lihat dan selesaikan untuk kurangkan tarif elektrik dan untuk tangani beban kos sara hidup rakyat. Setakat naikkan nilai pelindungan selama 3 bulan itu budak sekolah pun boleh buat Anwar.

Cara kamu ini tidak akan mengurangkan kos elektrik kepada rakyat. Malah ia akan terus meningkat dan membebankan. Kos sara hidup rakyat akan lebih meningkat dan industri-industri Malaysia akan ketinggalan dan tidak kompetitif kerana harga tenaga dan kos pengeluaran yang semakin mahal akibatnya.

Yang untung adalah taukey-taukey elektrik yang dulu kamu kata kamu nak panggil minum teh. Sekarang mereka lebih tersenyum lebar.

20/09/2026
16/09/2026
16/09/2026
Tallinn Estonia
06/09/2026

Tallinn Estonia

Tallin Estonia, Koleksi Travel, Hotel, Photography, Cerpen & True Story

04/09/2026

Jahanghir Jahanam Mesra Alam Kuala Lumpur

Address

Jalan Tuanku Abdul Rahman
Kuala Lumpur
50100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JALAN TAR KL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JALAN TAR KL:

Shortcuts

Share