Tabung Haji

Tabung Haji PERJALANAN TERAGUNG ANDA, AMANAH KAMI

Perjalanan anda bermula di sini. Bersama anda, kami mengiringi setiap detik yang penuh makna .

Seawal pembukaan akaun hingga sempurnanya ibadah haji, Tabung Haji setia menemani anda di setiap langkah. Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sebuah badan berkanun yang tertakluk di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535). Aktiviti utama TH ialah pengurusan haji, tabungan dan pelaburan. TH bertekad untuk menyediakan perkhidmatan haji yang cemerlang kepada Jemaah Haji Malaysia dan rekodnya yang konsisten telah mendapat pengiktirafan dunia sebagai model pengurusan haji yang inovatif. TH merupakan sebuah institusi Islam yang sentiasa berusaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan secara komprehensif dan sistematik demi kebajikan Jemaah Haji Malaysia. Selain dari pengurusan simpanan yang halal dan pengurusan haji yang efisien, TH turut menjalankan aktiviti pelaburan bagi memberi nilai tambah kepada para pendeposit kami. TH mempunyai sekitar sembilan (9) juta pendeposit dengan 107 cawangan dan lebih 10,000 titik sentuh di seluruh negara. TH juga mempunyai satu pejabat yang beroperasi di Jeddah, Arab Saudi di bawah bidang kuasa Konsulat Malaysia.

Surat Tawaran Haji bagi Musim Haji 1448H/2027M akan dikeluarkan bermula esok, 21 September 2026.Sebelum menerima tawaran...
20/09/2026

Surat Tawaran Haji bagi Musim Haji 1448H/2027M akan dikeluarkan bermula esok, 21 September 2026.

Sebelum menerima tawaran, perlu terlebih dahulu lulus pemeriksaan kesihatan, mendapatkan suntikan vaksin yang ditetapkan, serta memastikan jumlah simpanan mencukupi bagi bayaran haji.

Semoga dipermudah segala urusan buat semua Bakal Haji 1448H/2027M dalam membuat persiapan menuju perjalanan teragung.

Bila niat sudah tersemat, kuatkan tekad. Rancang simpanan dengan bijak agar perjalanan haji lebih tenang.
20/09/2026

Bila niat sudah tersemat, kuatkan tekad. Rancang simpanan dengan bijak agar perjalanan haji lebih tenang.

Bermula hari ini, selaras dengan pengenalan Pelan Persediaan Haji –  , aplikasi THiJARI akan memaparkan maklumat akaun s...
19/09/2026

Bermula hari ini, selaras dengan pengenalan Pelan Persediaan Haji – , aplikasi THiJARI akan memaparkan maklumat akaun setiap pendeposit yang kini dibahagikan kepada dua tabung, iaitu Tabung Am dan Tabung Istito’ah.

Kenal pasti profil anda dan fahami bagaimana ia memberi gambaran tentang kedudukan persediaan anda bagi mencapai tahap istito’ah kewangan.

Gunakan Kalkulator Haji dan rancang persediaan kewangan menuju perjalanan teragung anda. Aktifkan kemudahan Direct Debit melalui THiJARI bagi membantu menyimpan secara lebih disiplin dan konsisten. Simpan dan kekalkan jumlah minimum RM15,000 bagi mengekalkan giliran haji sedia ada atau mendapatkan Kelayakan Giliran Haji Automatik (mengikut profil BH).

Dari ijab kabul, sampai haji yang mabrur. Mula menyimpan dengan konsisten menuju perjalanan teragung bersama
19/09/2026

Dari ijab kabul, sampai haji yang mabrur. Mula menyimpan dengan konsisten menuju perjalanan teragung bersama

18/09/2026

7 hari lagi menjelang Kursus Asas Haji (KAH) bagi Musim Haji 1448H/2027M.

Maklumat lanjut mengenai lokasi, tarikh dan masa bagi KAH boleh didapati menerusi laman web www.tabunghaji.gov.my serta aplikasi THiJARI

Sesiapa sahaja boleh menyertai KAH. Jemput hadir!

Satu akaun, dua tabung. Satu untuk harian, satu untuk simpanan haji.
18/09/2026

Satu akaun, dua tabung. Satu untuk harian, satu untuk simpanan haji.

Bakal Haji 1448H/2027M perlu memenuhi syarat kesihatan yang ditetapkan, termasuk lulus pemeriksaan kesihatan bagi melaya...
17/09/2026

Bakal Haji 1448H/2027M perlu memenuhi syarat kesihatan yang ditetapkan, termasuk lulus pemeriksaan kesihatan bagi melayakkan diri menunaikan haji.

Selepas menerima Surat Tawaran Haji yang akan dikeluarkan bermula 21 September 2026, perlu menjalani dan lulus pemeriksaan kesihatan yang ditetapkan.

Pastikan jumlah simpanan minimum RM15,000 dalam akaun TH sebelum 21 September 2026 untuk layak menerima Surat Tawaran Haji.

Mulakan perancangan awal untuk perjalanan haji yang lebih tenang dan teratur.
17/09/2026

Mulakan perancangan awal untuk perjalanan haji yang lebih tenang dan teratur.

Bayaran keseluruhan pakej Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi   meliputi bayaran haji kepada TH sebanyak RM23,398 serta bay...
16/09/2026

Bayaran keseluruhan pakej Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi meliputi bayaran haji kepada TH sebanyak RM23,398 serta bayaran bagi perkhidmatan yang disediakan oleh PJH.

Bayaran haji kepada TH sebanyak RM23,398 merangkumi bayaran asas bagi caj dan kos perkhidmatan di tanah air, Tanah Suci serta penerbangan. Jumlah ini akan didebitkan daripada akaun TH.

Manakala, bayaran perkhidmatan PJH meliputi perkhidmatan tambahan yang ditawarkan berdasarkan brosur PJH, antaranya penginapan, sajian makanan, pengangkutan, perkhidmatan Masyair, program ziarah dan umrah serta perkhidmatan lain mengikut pakej yang dipilih. Bayaran ini akan dibuat secara terus oleh BH kepada PJH.

Malaysia terbentuk pada 16 September 1963 menerusi penyatuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.Menariknya, 14 hari kemudia...
15/09/2026

Malaysia terbentuk pada 16 September 1963 menerusi penyatuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Menariknya, 14 hari kemudian, pada 30 September 1963, Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji (kini Lembaga Tabung Haji) ditubuhkan dan mula beroperasi secara rasmi.

Lebih enam dekad Malaysia melangkah sebagai sebuah negara. Lebih enam dekad juga TH bersama rakyat Malaysia dalam perjalanan teragung mereka. Terima kasih Malaysia, kerana menjadikan TH sebahagian daripada kisah ini.

Selamat Menyambut Hari Malaysia! ❤️🤍💙💛

Address

Menara TH Tun Razak, 201 Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
50450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tabung Haji posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Tabung Haji:

Shortcuts

Share