30/06/2026
π§ NOTIS PEMBERITAHUAN: PENUTUPAN LORONG KIRI SECARA BERKALA π§
Untuk makluman orang awam, penutupan lorong kiri secara berkala di Lebuhraya CherasβKajang, Kuala Lumpur (arah Kajang) akan dilaksanakan bermula 28 Jun 2026 hingga 31 Julai 2026, dari 10.00 malam hingga 4.00 pagi setiap hari.
Penutupan ini adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan tiang penghadang bunyi di atas struktur trek MRT berhampiran Stesen MRT Taman Suntex.
Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya berhati-hati, mematuhi papan tanda trafik serta arahan pengawal trafik di lokasi bagi memastikan keselamatan sepanjang tempoh kerja dijalankan.
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi:
1. Wan Azuhairi Wan Ibrahim
(Project Manager, Muhibbah Engineering (M) Bhd.)
π +6011-1191 1108
π§ [email protected]
2. Mohammad Hazwan Hilmi Mohammad Tajul Urus
(Asset & Technical Value Add Division, Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd)
π +603-2081 3000
π§ [email protected]
3. MRT Careline
π 1800 88 6782 (8.00 a.m. β 5.00 p.m.)
π§ [email protected]