Tentera Darat Malaysia

Tentera Darat Malaysia Cabang perkhidmatan pertahanan di bawah naungan Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan. Instagram: tenteradarat
(737)

Laman ini juga merupakan laman sosial rasmi bagi Tentera Darat Malaysia. Sejarah Tentera Darat Malaysia bermula dengan usaha untuk menubuhkan satu pasukan pertahanan yang dianggotai oleh anak-anak Melayu. Usaha ini bermula semenjak tahun 1902 lagi. Banyak perbincangan oleh Raja-Raja Melayu dan Penasihat-Penasihat British telah dijalankan bagi menwujudkan pasukan ini. Dalam tahun 1913 Almarhum DYMM

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhamad ibni Yam Tunku Antah, Almarhum DYMM Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar Shah, Almarhum Raja Di Hilir Perak, Raja Sir Chulan dan Allahyarham Undang Rembau, Datuk Abdullah bin Haji Damad telah menyuarakan hasrat menubuhkan pasukan Askar Melayu.

Kemerdekaan bukan sekadar diwarisi, tetapi dipertahankan ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSebelum Jalur Gemilang berkibar megah sebagai lambang sebuah ...
03/08/2026

Kemerdekaan bukan sekadar diwarisi, tetapi dipertahankan ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sebelum Jalur Gemilang berkibar megah sebagai lambang sebuah negara merdeka, lahir sekumpulan anak watan yang sanggup menggalas amanah mempertahankan tanah air. Bermula pada 1 Mac 1933 dengan penubuhan Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu, benih keberanian itu terus berkembang menjadi Tentera Darat Malaysia yang kita kenali hari ini.

Sempena Bulan Kebangsaan, marilah kita menghayati bahawa setiap nikmat kemerdekaan yang dikecapi hari ini berdiri di atas asas perjuangan, keberanian dan pengorbanan para perwira yang tidak pernah berundur mempertahankan bumi bertuah ini.

Sejarah bukan sekadar untuk dikenang, tetapi menjadi pedoman agar semangat patriotisme terus subur dalam setiap jiwa rakyat Malaysia.

Merdeka bukan hanya pada laungan, tetapi pada kesanggupan mempertahankannya.

Selamat Menyambut Bulan Kebangsaan 2026.
Gagah Setia.



03/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ EKSASAIS KERIS STRIKE 2026 | BERSAMA MEMPERKUKUH KESIAPSIAGAAN ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Kecekapan. Ketangkasan. Kesepaduan.

Eksesais Keris Strike 2026 menjadi platform penting dalam memperkukuh interoperabiliti, meningkatkan kesiapsiagaan tempur serta menguji keupayaan anggota melalui pelbagai siri latihan yang realistik dan mencabar.

Setiap pergerakan, setiap keputusan dan setiap tindakan membuktikan komitmen Tentera Darat Malaysia dalam memastikan kesiapsiagaan angkatan sentiasa berada pada tahap tertinggi demi mempertahankan kedaulatan negara.

Bersedia hari ini demi keselamatan esok.



Bukan sekadar memikul beban, tetapi menggalas amanah.Setiap langkah yang diatur adalah lambang disiplin, keberanian dan ...
03/08/2026

Bukan sekadar memikul beban, tetapi menggalas amanah.

Setiap langkah yang diatur adalah lambang disiplin, keberanian dan kesiapsiagaan demi memastikan keselamatan serta kedaulatan negara sentiasa terpelihara.


Peluang Kepada Semua Belia yang Berminat Untuk Menyertai Tentera Darat Malaysia!PENDAFTARAN PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA T...
02/08/2026

Peluang Kepada Semua Belia yang Berminat Untuk Menyertai Tentera Darat Malaysia!

PENDAFTARAN PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT (PM TD) LELAKI SIRI 208 TAHUN 2026 SECARA ATAS TALIAN BERMULA 3 OGOS SEHINGGA 3 SEPTEMBER 2026

1. Golongan belia lelaki yang berminat untuk menyertai Tentera Darat Malaysia, pendaftaran Pengambilan PM TD Lelaki Siri 208 Tahun 2026 dibuka bermula 3 Ogos sehingga 3 September 2026.

2. Pendaftaran Pengambilan PM TD boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut: https://mims.mod.gov.my/sppmtd/

3. Syarat Asas Permohonan:
a. Calon serta Ibu atau Bapa mestilah WARGANEGARA MALAYSIA.
b. Ketinggian Minima: Lelaki - 157 cm.
c. BMI - 18.0 hingga 28.0.
d. Umur - Mestilah tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun bagi calon lelaki pada 30 November 26.

4. Syarat Minima Kelayakan Akademik:
a. SPM - Lulus BM dan Sejarah.
b. SVM - PNGK Akademik 2.0 ke atas.

5. Sila layari Portal Rasmi Tentera Darat di www.army.mil.my (Kerjaya/Permohonan) untuk maklumat lanjut.

6. Sebarang maklumat lanjut boleh ikuti media sosial rasmi Sel Pengambilan Tentera Darat:
Tiktok :
Instagram:
page: Sel Pengambilan TD
Telegram: t.me/pengambilanTDM
Sekian, terima kasih.




PASUKAN OPERASI 3 BRIGED GAGALKAN CUBAAN MENYELUDUP LEBIH 10 TAN PRODUK DAGING SEJUK BEKU KE INDONESIASERIKIN, 1 Ogos โ€“ ...
02/08/2026

PASUKAN OPERASI 3 BRIGED GAGALKAN CUBAAN MENYELUDUP LEBIH 10 TAN PRODUK DAGING SEJUK BEKU KE INDONESIA

SERIKIN, 1 Ogos โ€“ Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup lebih 10 tan produk daging sejuk beku bernilai RM354,320.00 ke Indonesia menerusi kawasan Serikin, Sarawak. Kejayaan tersebut dicapai oleh pasukan operasi Batalion Ke-3 Rejimen Renjer Diraja (3 RRD) di bawah Briged Ketiga Infantri Malaysia (3 Bgd) menerusi Op Keris Parang.

Pasukan operasi telah menahan sebuah lori yang disyaki membawa muatan tersebut berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia. Hasil pemeriksaan mendapati lori berkenaan dipandu oleh seorang warga tempatan dan membawa 511 karton produk daging sejuk beku seberat 10,220 kilogram tanpa dokumen perjalanan serta dokumen sah berkaitan muatan.

Antara barang yang berjaya dirampas ialah:

๐Ÿ”ด 320 karton Allana Rumpsteak (6,400 kg) bernilai RM147,200.00;
๐Ÿ”ด 170 karton Ayam Madu Chicken Frank (3,400 kg) bernilai RM91,800.00;
๐Ÿ”ด 21 karton Australian E.C. Throsby Beef Tripe (420 kg) bernilai RM19,320.00;
๐Ÿ”ด Sebuah lori Mitsubishi Fuso keluaran tahun 2020 bernilai RM95,000.00; dan
๐Ÿ”ด Sebuah telefon pintar Apple bernilai RM1,000.00.

Suspek bersama semua barang rampasan telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau sebelum kes dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Daerah Bau untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang. TDM akan terus memperkukuh kawalan keselamatan di kawasan persempadanan bagi mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan dan memastikan keselamatan negara terus terpelihara.


Sekalung Tahniah diucapkan kepada Leftenan Jeneral Dato' Sri Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Panglima Angkatan...
02/08/2026

Sekalung Tahniah diucapkan kepada Leftenan Jeneral Dato' Sri Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Panglima Angkatan Bersama dan Leftenan Jeneral Dato' Sri Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM, Timbalan Panglima Tentera Udara atas Pengurniaan Darjah Kebesaran Yang Amat Mulia Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) yang membawa gelaran Dato' Sri, sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Semoga pengurniaan ini menjadi lambang penghargaan terhadap kepimpinan, dedikasi dan jasa bakti yang telah dicurahkan dalam memperkukuh kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia serta mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas di atas pengiktirafan yang amat bermakna ini. Semoga terus dikurniakan kesihatan, kebijaksanaan serta kekuatan dalam memimpin demi agama, bangsa dan tanah air.

Ikhlas daripada Jeneral Tan Sri Azhan bin Hj Md Othman, Panglima Tentera Darat dan seluruh warga Tentera Darat Malaysia.


Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Jeneral Tan Sri Azhan bin Hj Md Othman, Panglima Tentera Darat atas Pengurniaan...
02/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Jeneral Tan Sri Azhan bin Hj Md Othman, Panglima Tentera Darat atas Pengurniaan Darjah Kebesaran Yang Amat Mulia Peringkat Pertama Sri Sultan Pahang Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) yang membawa gelaran Dato' Sri.

Pengurniaan darjah kebesaran ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap kepimpinan, jasa bakti serta komitmen berterusan beliau dalam memperkukuh keupayaan Tentera Darat Malaysia demi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memimpin Tentera Darat Malaysia ke arah kecemerlangan, sekali gus memperkasakan angkatan yang sentiasa Gagah, Setia dan Profesional dalam mendukung amanah kepada agama, bangsa dan negara.

Sekalung tahniah, Dato' Sri.

Ikhlas daripada seluruh warga Tentera Darat Malaysia.


01/08/2026

Mereka tidak mengalah walau diseksa. Mereka tidak berganjak walau nyawa menjadi taruhan.

Di sebalik keamanan yang kita kecapi hari ini, ada darah, air mata dan pengorbanan para perajurit yang sanggup mempertahankan tanah air hingga ke titisan terakhir.

Jangan biarkan sejarah dilupakan. Hormatilah jasa mereka.

Al-Fatihah buat para wira negara ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ



Sebuah penghormatan tidak akan sempurna tanpa insan-insan yang bekerja tanpa mengharapkan nama disebut.Di hadapan, kita ...
01/08/2026

Sebuah penghormatan tidak akan sempurna tanpa insan-insan yang bekerja tanpa mengharapkan nama disebut.

Di hadapan, kita menyaksikan istiadat yang penuh tertib dan penghormatan. Di sebaliknya, ratusan tangan berganding bahu memastikan setiap detik berlangsung dengan sempurna.

Buat semua warga kerja, anggota, kru media, petugas teknikal dan setiap individu yang telah menyumbangkan tenaga, masa dan komitmen sepanjang Sambutan Hari Pahlawan 2026, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan.

Kerana menghargai pahlawan bukan sekadar mengenang jasa mereka, tetapi juga menghargai mereka yang berusaha memastikan kisah pengorbanan itu terus hidup dalam ingatan rakyat.

Terima kasih atas dedikasi dan pengorbanan anda ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ



ISTIADAT PERBARISAN HARI PAHLAWAN 2026 ZAHIR PENGHORMATAN TERTINGGI KEPADA WIRA NEGARAYAB Perdana Menteri, Dato' Seri An...
31/07/2026

ISTIADAT PERBARISAN HARI PAHLAWAN 2026 ZAHIR PENGHORMATAN TERTINGGI KEPADA WIRA NEGARA

YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan 2026 yang berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya sebagai manifestasi penghormatan tertinggi negara kepada para pahlawan yang telah mengorbankan jiwa dan raga demi mempertahankan kedaulatan, keamanan serta kemerdekaan Malaysia.

Istiadat yang dianjurkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu menghimpunkan seramai 14 pegawai dan 667 anggota daripada empat kontinjen iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Veteran ATM, Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Upacara penuh istiadat itu diserikan dengan Kawalan Kehormatan Utama, Paluan Akhir, persembahan pantomim "Darah Pahlawan Ulu Legong" yang menyentuh jiwa, serta Paluan Fajar sebagai simbol penghormatan kepada para perwira yang telah gugur demi agama, bangsa dan tanah air.

Bertemakan "Mengenang Jasa, Mengukuh Pertahanan", sambutan Hari Pahlawan 2026 bukan sekadar mengenang sejarah perjuangan para pahlawan, malah menjadi wadah menyemai semangat patriotisme, memperkukuh jati diri serta menyedarkan seluruh rakyat bahawa nikmat keamanan yang dikecapi hari ini hadir daripada keberanian dan pengorbanan mereka yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi negara.

Sesungguhnya, perjuangan seorang pahlawan tidak pernah berakhir dengan pemergiannya. Selagi Jalur Gemilang terus berkibar megah, selagi itulah jasa dan pengorbanan mereka akan terpahat dalam lipatan sejarah serta kekal terpahat di hati seluruh rakyat Malaysia.

Al-Fatihah buat para perwira yang telah gugur. Jasamu dikenang, pengorbananmu tidak akan dilupakan.



Address

Markas Tentera Darat, Wisma Pertahanan Jalan Padang Tembak
Kuala Lumpur
54000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tentera Darat Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Tentera Darat Malaysia:

Shortcuts

Share

Category