26/10/2026
𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗧𝗥𝗔𝗡𝗦𝗙𝗘𝗥 𝗢𝗙 𝗞𝗡𝗢𝗪𝗟𝗘𝗗𝗚𝗘 𝗨𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗞𝗠𝗔𝗟 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗞𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗢𝗧𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗠𝗜𝗡𝗘𝗥𝗔𝗟 𝗨𝗡𝗦𝗨𝗥 𝗡𝗔𝗗𝗜𝗥 𝗕𝗨𝗠𝗜 (𝗥𝗘𝗘) 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Pahang telah mengadakan program tersebut yang berkaitan ujian dan analisis makmal bagi kajian potensi mineral REE, bertempat di ALS Technichem Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor.
Program ini telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah JMG Pahang, Tuan Haji Shari bin Ismail, bersama pegawai dan kakitangan JMG Pahang. Turut hadir ialah dua orang pegawai daripada Pahang Mining Corporation (PMC).
Pelaksanaan sesi ini bertujuan memberikan pendedahan dan pemahaman teknikal kepada para peserta berhubung kaedah pengujian dan analisis sampel di makmal, khususnya bagi penentuan kandungan mineral REE. Sesi ini juga merupakan platform perkongsian pengetahuan bagi meningkatkan kefahaman terhadap prosedur analisis makmal serta kepentingan kualiti dan kebolehpercayaan data yang dihasilkan.
Projek Kajian Potensi Mineral REE Negeri Pahang yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pahang merupakan salah satu inisiatif bagi mengenal pasti dan menilai potensi sumber mineral REE di kawasan kajian melalui pendekatan penyiasatan geosains yang sistematik. Diharapkan hasil kajian ini dapat menyediakan maklumat saintifik berkaitan potensi sumber mineral REE di kawasan terlibat, seterusnya dapat dijadikan asas rujukan teknikal dalam membuat pertimbangan dan perancangan pengurusan sumber mineral negeri secara teratur, bertanggungjawab dan mampan.