Perpustakaan Sultan Ismail

Call Website Contact the organization

Perpustakaan Sultan Ismail Perpustakaan Sultan Ismail adalah perpustakaan awam dibawah pentadbiran MBJB yang telah ditubuhkan sejak 1964.

27 Okt 2026 | PSI telah menerima lawatan sambil belajar dari SMK Bukit Rambai Melaka., seramai 40 orang Pengawas Pusat S...
28/10/2026

27 Okt 2026 | PSI telah menerima lawatan sambil belajar dari SMK Bukit Rambai Melaka., seramai 40 orang Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan 7 orang Guru Pengiring yang diketuai oleh Cikgu Farhana bt Muda.
Pihak PSI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan ini dan berharap maklumat serta kemudahan yang dikongsikan dapat membantu proses pembelajaran mereka.






26 Okt | Bengkel Jelajah Jawi peringkat Negeri Johor dengan kerjasama Sek Keb (P) Sultan Ibrahim Johor Bahru. Bengkel  i...
28/10/2026

26 Okt | Bengkel Jelajah Jawi peringkat Negeri Johor dengan kerjasama Sek Keb (P) Sultan Ibrahim Johor Bahru. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memartabatkan penguasaan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda serta memberi pendedahan kepada sistem ejaan Jawi yang betul dan diselaraskan mengikut rujukan terkini. Bengkel Jelajah Jawi ini dikendalikan oleh Puan Raihan binti Wahap, Munsyi Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka.






25 Okt | Books On Wheels di Program Jalinan Kasih Sekampung Bangsa Johor Zon Bandar Dato Onn.
28/10/2026

25 Okt | Books On Wheels di Program Jalinan Kasih Sekampung Bangsa Johor Zon Bandar Dato Onn.



25 Okt 2026 ~ Program Pertukaran dan Sumbangan Buku di Pusat Pertukaran Buku PSI Kg Melayu. "Sumbang Buku, Lestari Ilmu"...
28/10/2026

25 Okt 2026 ~ Program Pertukaran dan Sumbangan Buku di Pusat Pertukaran Buku PSI Kg Melayu.

"Sumbang Buku, Lestari Ilmu"





24 Okt 2026 | Program ChemE Day 2026 anjuran bersama IChemE UTM Student Chapter, Universiti Teknologi Malaysia. Program ...
28/10/2026

24 Okt 2026 | Program ChemE Day 2026 anjuran bersama IChemE UTM Student Chapter, Universiti Teknologi Malaysia. Program ini meilbatkan 3 pertandingan iaitu ChemE Car & ChemE Cube terbuka kepada IPTA & Pertandingan Innovasi Galaksi Lestari kepada pelajar sekolah secara atas talian.



18 Okt | Program Bicara Buku : Read & Reflect dengan buku bertajuk ‘Sedikit, Tapi Cukup’ karya Fakhri Fadzil oleh Saudar...
28/10/2026

18 Okt | Program Bicara Buku : Read & Reflect dengan buku bertajuk ‘Sedikit, Tapi Cukup’ karya Fakhri Fadzil oleh Saudari Maziah Munirah, NGO Wanita IKRAM Johor Bahru.




17 Oktober 2026  Kelas Tadabbur Al Quran & Fardhu Ain di Pusat Sivik Larkin yang dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Nur Zu...
28/10/2026

17 Oktober 2026 Kelas Tadabbur Al Quran & Fardhu Ain di Pusat Sivik Larkin yang dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Nur Zuhdi bin Mohd Daud, Penyelia Akademi Al-Quran Negeri Johor. Terima kasih kepada peserta yang telah hadir.




21/10/2026

AYUH!! SUMBANG DAN TUKAR BUKU DI PSI KG MELAYU.

Kepada warga JB yang mempunyai buku-buku yang sudah jarang dibaca dan tidak diperlukan, jom bersama-sama kami bagi memeriahkan Program Sumbangan dan Pertukaran Buku Di PSI Kg Melayu.

Anda boleh menyumbangkan bahan bacaan terpakai yang masih dalam keadaan elok atau menukar bahan bacaan yang lain. Segala jenis buku boleh termasuklah buku ilmiah, buku-buku sejarah, fiksyen, kamus, terjemahan, komik dan novel.
Maklumat program adalah seperti berikut :
🗓 25 Oktober 2026 (Ahad)
⏰️ 2.00 petang hingga 5.00 petang
📌 Pusat Sumbangan & Pertukaran Buku PSI KG Melayu. (1.516034, 103.748216)

“Sumbang Buku, Lestari Ilmu”


7 Oktober 2026 ~ Sudut Lestari menganjurkan Program Lestari Junior : Little Eco Explorer dengan kerjasama Rakan Strategi...
16/10/2026

7 Oktober 2026 ~ Sudut Lestari menganjurkan Program Lestari Junior : Little Eco Explorer dengan kerjasama Rakan Strategik Terra Green sebuah Badan Bukan Kerajaan Kelestarian.

Antara pengisian aktiviti di Lestari Junior Siri 4 kali ini, kanak-kanak diberikan tugas menyiapkan dan merasai pengalaman di 5 stesen yang berbeza. Antara stesen yang terlibat adalah Stesen Kenali Sudut Lestari, Stesen Bebola Lumpur (Mudball), Stesen Sabun Buatan Tangan daripada Ampas Kopi, Stesen Bengkel Kraf Mesra Alam dan Stesen Waste Segregation Seperation.



BICARA BUKU: & READ & REFLECT 6.0Jom sertai sesi Bicara Buku ‘Sedikit, Tapi Cukup’ karya Fakhri Fadzil bersama Reflectio...
16/10/2026

BICARA BUKU: & READ & REFLECT 6.0

Jom sertai sesi Bicara Buku ‘Sedikit, Tapi Cukup’ karya Fakhri Fadzil bersama Reflection Sister, Sis Maziah Munirah.

Ayuh luangkan masa untuk membaca, berkongsi pandangan dan mendapatkan inspirasi bersama-sama!

TARIKH - 18 Oktober 2026 (Ahad)
MASA - 9.00 – 11.00 pagi
TEMPAT - Perpustakaan Sultan Ismail, Johor Bahru

PENYERTAAN PERCUMA & TERBUKA KEPADA SEMUA WARGA BANDARAYA JOHOR BAHRU.

Jemput hadir bersama keluarga tersayang! Luangkan masa berkualiti, pupuk minat membaca dan jadikan ilmu sebagai inspirasi seisi keluarga.

Bagi pendaftaran :
Sila imbas kod QR yang tertera di poster bagi pendaftaran.
Atau hubungi – Dr Awatif : 013 - 273 7845

Jom membaca, jom berilmu, jom bersama keluarga!




&reflect

Address

Jalan Datin Halimah
Larkin
80350

Opening Hours

Monday 09:30 - 18:00
Tuesday 09:30 - 18:00
Wednesday 09:30 - 18:00
Thursday 09:30 - 18:00
Saturday 09:30 - 18:00
Sunday 09:30 - 18:00

Telephone

+6072391795

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Sultan Ismail posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Sultan Ismail:

Shortcuts

Share

Category