Depot Peluru dan Bahan Letupan Barat

Directions Website

Depot Peluru dan Bahan Letupan Barat Home of Fireballs
Western Naval Am******on and Explosive Depot

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69Pegawai Memerintah serta seluruh warga Depot Peluru dan Bahan Letupan Barat meng...
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69

Pegawai Memerintah serta seluruh warga Depot Peluru dan Bahan Letupan Barat mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Semoga semangat kemerdekaan terus menyemarakkan rasa cinta kepada tanah air, memperkukuh perpaduan serta menyatukan tekad dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara tercinta.

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

LAWATAN PEMERIKSAAN SENJATA KECIL STEYR AUG A1 OLEH KEMENTERIAN KEWANGAN27 Jul 26 - Depot Peluru dan Bahan Letupan Barat...
19/08/2026

LAWATAN PEMERIKSAAN SENJATA KECIL STEYR AUG A1 OLEH KEMENTERIAN KEWANGAN

27 Jul 26 - Depot Peluru dan Bahan Letupan Barat telah menerima Lawatan Pemeriksaan Senjata Kecil Steyr AUG A1 oleh delegasi daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan dan Markas Tentera Laut.

Lawatan ini diketuai oleh Datuk Hj. Alan bin Abdul Rahim Setiausaha Pengurusan Aset Awam, Kementerian Kewangan, Laksamana Muda Datuk Dr. Azizi bin Hj. Ahmad Sarkawi Asisten Ketua Staf Material, Markas Tentera Laut dan Encik Mohd Shahrizal bin Mohd Nor Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Cawangan Pengurusan Aset, Kementerian Pertahanan.

Pemeriksaan ini dilaksanakan bagi meneliti keadaan fizikal serta memastikan rekod dan status aset adalah selaras sebelum proses pelupusan dilaksanakan mengikut ketetapan dan prosedur pengurusan aset kerajaan yang sedang berkuat kuasa.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan semua pihak dalam memastikan pengurusan aset pertahanan dilaksanakan secara sistematik, telus dan berintegriti, selaras dengan prinsip akauntabiliti dalam pengurusan aset kerajaan.

SEMAKAN PEMATUHAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) TLDM DPBL BARAT 16 Jul 26 - Depot Peluru dan Bahan Letupan B...
19/08/2026

SEMAKAN PEMATUHAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) TLDM DPBL BARAT

16 Jul 26 - Depot Peluru dan Bahan Letupan Barat telah menerima Lawatan Semakan Pematuhan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan oleh Bahagian Inspektorat Jeneral, Markas tentera Laut sebagai salah satu usaha berterusan dalam memastikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan sentiasa diberi keutamaan dalam pelaksanaan tugas.

Lawatan ini melibatkan semakan terhadap aspek pematuhan prosedur, pengurusan keselamatan, kesihatan pekerjaan serta amalan kerja selamat di samping mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi memperkukuh tahap keselamatan warga kerja dan persekitaran Depot.

Semakan dan pemeriksaan yang dilaksanakan turut menjadi platform bagi meningkatkan kesedaran, disiplin serta budaya kerja selamat dalam kalangan warga Depot Peluru dan Bahan Letupan Barat.

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI PENGIRAAN DAN PENYELARASAN STOK DEPOT PELURU DAN BAHAN LETUPAN BARAT10 Jul 26 - Depot ...
19/08/2026

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI PENGIRAAN DAN PENYELARASAN STOK DEPOT PELURU DAN BAHAN LETUPAN BARAT

10 Jul 26 - Depot Peluru dan Bahan Letupan Barat (DPBL Barat) telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Pengiraan dan Penyelarasan Stok (PPS) sebagai tanda peralihan tanggungjawab dalam memastikan kesinambungan pengurusan stok dan aset Depot.

Majlis ini melambangkan kesinambungan amanah, tanggungjawab dan komitmen dalam mengurus serta menyelaras stok secara teratur, tepat dan sistematik, selaras dengan peraturan serta prosedur yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Lt Dya Muhammad Abdul Alim bin Mohd Zaiz TLDM mantan PPS DPBL Barat atas segala jasa, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Selamat menjalankan tugas kepada Lt Puteri Shazwani binti Megat Ahmad Shariman TLDM sebagai PPS DPBL Barat yang baharu. Semoga amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, ketelitian dan profesionalisme demi memastikan pengurusan stok DPBL Barat terus cemerlang.

LAWATAN KERJA PEGAWAI MEMERINTAH DEPOT PELURU DAN BAHAN LETUPAN TIMUR24 Jun 26 - Depot Peluru dan Bahan Letupan Barat (D...
19/08/2026

LAWATAN KERJA PEGAWAI MEMERINTAH DEPOT PELURU DAN BAHAN LETUPAN TIMUR

24 Jun 26 - Depot Peluru dan Bahan Letupan Barat (DPBL Barat) telah menerima Lawatan Kerja daripada Kdr Muhammad Izwan bin Hassan TLDM Pegawai Memerintah Ke-10 Depot Peluru dan Bahan Letupan Timur (DPBL Timur) sebagai satu wadah bagi memperkukuh hubungan kerjasama serta perkongsian pengalaman antara kedua-dua Depot. Lawatan kerja ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman dan membincangkan aspek pengurusan, pentadbiran serta pelaksanaan tugas dalam memastikan pengurusan Depot sentiasa berada pada tahap yang terbaik. Kerjasama dan hubungan erat antara DPBL Barat dan DPBL Timur diharap dapat terus diperkasakan demi meningkatkan kecekapan, kesiapsiagaan serta profesionalisme warga Depot dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI TADBIR, JURAGAN SERTA PENGHARGAAN ANGGOTA DEPOT PELURU DAN BAHAN LETUPAN BARAT24 Jun 2...
19/08/2026

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI TADBIR, JURAGAN SERTA PENGHARGAAN ANGGOTA DEPOT PELURU DAN BAHAN LETUPAN BARAT

24 Jun 26 - Depot Peluru dan Bahan Letupan Barat (DPBL Barat) telah melaksanakan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Tadbir dan Juragan serta Majlis Keluar Kekuatan Anggota yang berlangsung dalam suasana penuh tertib dan bermakna.

Majlis Serah Terima Tugas ini menjadi simbol kesinambungan kepimpinan dan tanggungjawab dalam memastikan pengurusan serta pentadbiran Depot terus dilaksanakan dengan cekap, berintegriti dan berdisiplin. Pergantian tugas yang dilaksanakan turut mencerminkan komitmen warga DPBL Barat dalam memastikan setiap amanah yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Dalam masa yang sama, Majlis Keluar Kekuatan Anggota menjadi wadah bagi menghargai jasa, sumbangan dan khidmat bakti anggota yang telah menabur tenaga serta komitmen sepanjang berada di DPBL Barat. Setiap pengalaman, kenangan dan sumbangan yang dicurahkan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada sejarah serta kecemerlangan organisasi.

Semoga pegawai dan anggota yang menerima tanggungjawab baharu terus cemerlang dalam melaksanakan amanah, manakala mereka yang melangkah keluar daripada DPBL Barat terus maju dan berjaya dalam penugasan serta kehidupan yang mendatang.

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT WARGA DPBL BARAT12 Jun 2026 – Depot Peluru dan Bahan Letupan Barat telah melaksanakan Majlis Pe...
13/06/2026

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT WARGA DPBL BARAT

12 Jun 2026 – Depot Peluru dan Bahan Letupan Barat telah melaksanakan Majlis Pemakaian Pangkat sebagai satu bentuk pengiktirafan rasmi kepada anggota yang berjaya dinaikkan pangkat. Majlis ini menjadi detik penting dalam kerjaya anggota, selaras dengan tanggungjawab yang semakin besar seiring kenaikan pangkat yang diterima.

Anggota yang telah dinaikkan pangkat ke Laskar Kelas I adalah seperti berikut:

1. 844881 LK I TNL Mohammad Arifin bin Amirbangsa
2. 844934 LK I TNL Muhamad Zulfadhli bin Karim
3. 845011 LK I KOM Fredrickson Walter Anak Bernedict
4. 845101 LK I PAP Muhammad Izzaan bin Nordin
5. 845110 LK I PAP Syamim Azim bin Sabri
6. 845171 LK I TNL Muhammad Muammar bin Muhamad
7. 5502364 LK I TNL Siti Nuraisyah binti Mohamad Bahrin

Kenaikan pangkat ini diharap dapat menjadi pembakar semangat kepada semua anggota untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik, di samping mengekalkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam melaksanakan setiap tugasan yang diamanahkan.

Secara keseluruhannya, majlis ini mencerminkan komitmen berterusan Depot Peluru dan Bahan Letupan Barat dalam menghargai kecemerlangan warganya.

PENYERTAAN ANGGOTA DEPOT PELURU DAN BAHAN LETUPAN BARAT DI DALAM KURSUS ANTI SUBMARINE WARFARE INSTRUCTOR COURSE WEAPON ...
26/05/2026

PENYERTAAN ANGGOTA DEPOT PELURU DAN BAHAN LETUPAN BARAT DI DALAM KURSUS ANTI SUBMARINE WARFARE INSTRUCTOR COURSE WEAPON (ASW 1 W) DI INDIA

25 Mei 26 – Seorang Penyelia Juru Teknik Peluru DPBLB, Bintara Kanan PBS (AT) Mohd Safein bin Mohd Nor telah dipilih untuk mengikuti Anti Submarine Warfare Instructor Course Weapon (ASW 1 W) yang dilaksanakan di Anti Submarine Warfare School, INS VENDURUTHY, Kochi, India dari 18 Mei hingga 28 November 2026.

Penyertaan beliau di dalam kursus ini mencerminkan tahap kompetensi, profesionalisme serta dedikasi tinggi yang telah ditunjukkan sepanjang perkhidmatan, di samping membuka peluang untuk memperluaskan ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam bidang peperangan anti kapal selam khususnya melibatkan aspek persenjataan dan taktikal operasi. Peluang mengikuti kursus di peringkat antarabangsa ini turut memberi pendedahan yang lebih meluas serta meningkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan anggota selaras dengan keperluan operasi semasa. Penyertaan ini juga secara tidak langsung mengharumkan nama DPBLB khususnya serta TLDM amnya di persada antarabangsa.

Syabas dan tahniah serta selamat maju jaya diucapkan kepada anggota tersebut. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta dikongsikan demi memperkukuhkan keupayaan organisasi pada masa hadapan.




AUDIT DALAMAN PEMATUHAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) TLDM DPBL BARAT8 Mei 26 - Depot Peluru dan Bahan Letup...
19/05/2026

AUDIT DALAMAN PEMATUHAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) TLDM DPBL BARAT

8 Mei 26 - Depot Peluru dan Bahan Letupan Barat telah melaksanakan Audit Dalaman Pematuhan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) pada 7 dan 8 Mei sebagai salah satu inisiatif berterusan dalam memastikan tahap keselamatan serta pematuhan operasi sentiasa berada pada tahap optimum.

Audit ini bertujuan untuk memeriksa dan menilai status pencapaian pelaksanaan KKP melalui kaedah pensampelan terhadap amalan sebenar di Depot serta semakan ke atas kelengkapan dan dokumentasi yang berkaitan. Selain itu, audit ini juga dilaksanakan bagi menilai tahap pematuhan terhadap sistem perundangan yang berkuat kuasa serta Standard Operation Prosedur (SOP) yang telah ditetapkan.

Di samping itu, audit ini turut memberi penekanan terhadap aspek pematuhan dan pelaksanaan prosedur KKP dalam kalangan warga Depot, bagi memastikan setiap aktiviti dilaksanakan dengan mengambil kira elemen keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara menyeluruh.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan audit dalaman ini merupakan langkah proaktif dalam memperkukuhkan budaya kerja selamat, meningkatkan tahap pematuhan serta memastikan setiap operasi dilaksanakan mengikut garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan.

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT, MERAIKAN ANGGOTA BERTUKAR KELUAR DAN SAMBUTAN HARI LAHIR WARGA DPBL BARAT24 Apr 26 - Depot Pel...
19/05/2026

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT, MERAIKAN ANGGOTA BERTUKAR KELUAR DAN SAMBUTAN HARI LAHIR WARGA DPBL BARAT

24 Apr 26 - Depot Peluru dan Bahan Letupan Barat telah menganjurkan satu majlis yang penuh bermakna, merangkumi beberapa pengisian utama sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada warga anggotanya. Dimulakan dengan Majlis Pemakaian Pangkat melibatkan empat orang anggota iaitu:

1. P/BK TNL Sufiah binti Otoh
2. P/BM PAP (AT) Mohamad Haniff bin Hamid
3. P/BM TNL Mohammad Azhar bin Abd Rashid
4. LK TNL Mohamad Afify bin Mohamad Pudzi

Penganugerahan pangkat ini adalah sebagai simbol pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi serta kecemerlangan prestasi yang telah ditunjukkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Seterusnya, acara diteruskan dengan Majlis Penghargaan bagi anggota yang sudah bertukar keluar iaitu:

1. PW II TLR Mohd Khairol Anwar bin Mohd Rosli
2. BK TLS AHmad Ariff bin Ismail
3. BK TNL Muhammad Arid bin Ahmad
4. LK TNL Irma Natasha binti Mohd Zaidi
5. ⁠⁠LK I TMS Muhammad Arshad bin Darame

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan atas segala jasa, sumbangan serta khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang bertugas di Depot ini. Didoakan agar mereka terus maju, cemerlang dan mencapai kejayaan yang lebih gemilang di penempatan baharu.

Bagi memeriahkan lagi suasana, acara turut diserikan dengan Sambutan Hari Lahir bagi anggota yang lahir pada bulan Januari hingga April. Sambutan ini bukan sahaja memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga Depot, malah turut menyemai semangat kebersamaan serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih harmoni dan berpasukan.

Secara keseluruhannya, penganjuran majlis ini mencerminkan nilai-nilai kekitaan, penghargaan serta komitmen berterusan dalam memperkukuh kecemerlangan organisasi dan memartabatkan semangat profesionalisme dalam kalangan warga Depot.

Address

Pangkalan TLDM Lumut
Lumut
32100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Depot Peluru dan Bahan Letupan Barat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share