19/10/2026
KENYATAAN MEDIA
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PORT DICKSON
KEBAJIKAN RAKYAT MESTI MENJADI KEUTAMAAN
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Port Dickson menyatakan sokongan penuh terhadap seruan Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, agar kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan dalam apa jua kemelut politik.
Kami menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan perlu mengutamakan kebajikan dan kemakmuran rakyat, bukannya kemasyhuran atau kepentingan politik semata-mata.
Bagi memastikan kerajaan negeri berfungsi dengan baik dan berkesan, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) mesti dibuka bagi membolehkan pembentangan dan kelulusan Belanjawan Negeri demi menjamin kelangsungan pentadbiran serta kepentingan rakyat.
Sebarang pertikaian antara pihak pemerintah di Negeri Sembilan tidak seharusnya mengheret rakyat atau menjejaskan pentadbiran negeri. Sebarang perbezaan dan kemelut mesti ditangani secara matang, mengikut lunas undang-undang dan kepentingan negeri.
Kami, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Port Dickson sentiasa menyokong sebarang keputusan dan gerakan untuk menjaga kebajikan rakyat Negeri Sembilan dibawah kepimpinan YAB Dato' Haji Ismail Bin Haji Lasim selaku Menteri Besar Negeri Sembilan dan semua ADUN dari pihak Kerajaan iaitu dari parti Barisan Nasional (BN) dan parti Perikatan Nasional (PN).
Rakyat mesti diutamakan, pentadbiran negeri mesti diteruskan dan kebajikan rakyat tidak boleh dikompromi.
Sekian.
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PORT DICKSON