Batalion 23 Pasukan Gerakan Am Sri Aman

Batalion 23 Pasukan Gerakan Am Sri Aman Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam

ππ„π‘πˆπ“π€ πŠπ„πŒπ€π“πˆπ€π ππ„π†π€π–π€πˆ 𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 ππŽπ‹πˆπ’Dimaklumkan bahawa Sjn 128232 Putit@Mohtar bin Saliman yang bertugas di Platun 8 Kom...
02/06/2026

ππ„π‘πˆπ“π€ πŠπ„πŒπ€π“πˆπ€π ππ„π†π€π–π€πˆ 𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 ππŽπ‹πˆπ’

Dimaklumkan bahawa Sjn 128232 Putit@Mohtar bin Saliman yang bertugas di Platun 8 Kompeni C Batalion 23 PGA Sri Aman telah kembali ke rahmatullah pada 02 Jun 2026 di Kediamannya di Casa Harmoni, Jalan Matang Kuching.

YDH Supt. Frediel anak Nyambong, Pegawai Pemerintah bersama isteri YBhg. Puan Helena anak Jubing, Pengerusi PERKEP Batalion 23 PGA Sri Aman serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Batalion 23 PGA Sri Aman mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah dan mendoakan agar rohnya dirahmati dan ditempatkan bersama-sama golongan orang beriman.

Al-Fatihah:

β€ŽΨ³Ω’Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω…Ω Ψ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω‡Ω Ψ§Ω„Ψ±Ω‘ΩŽΨ­Ω’Ω…ΩŽΩ€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω†Ω Ψ§Ω„Ψ±Ω‘ΩŽΨ­ΩΩŠΩ€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω…Ω {1} Ψ§Ω„Ω’Ψ­ΩŽΩ…Ω’Ψ―Ω Ω„ΩΩ„Ω‘ΩŽΩ‡Ω Ψ±ΩŽΨ¨Ω‘Ω Ψ§Ω„Ω’ΨΉΩŽΨ§Ω„ΩŽΩ…ΩΩŠΩ†ΩŽ {2} Ψ§Ω„Ψ±Ω‘ΩŽΨ­Ω’Ω…ΩŽΩ†Ω Ψ§Ω„Ψ±Ω‘ΩŽΨ­ΩΩŠΩ…Ω {3} Ω…ΩŽΨ§Ω„ΩΩƒΩ ΩŠΩŽΩˆΩ’Ω…Ω Ψ§Ω„Ψ―Ω‘ΩΩŠΩ†Ω {4} Ψ₯ΩΩŠΩ‘ΩŽΨ§ΩƒΩŽ Ω†ΩŽΨΉΩ’Ψ¨ΩΨ―Ω وَΨ₯ΩΩŠΩ‘ΩŽΨ§ΩƒΩŽ Ω†ΩŽΨ³Ω’ΨͺΩŽΨΉΩΩŠΩ†Ω {5} Ψ§Ω‡Ω’Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ψ§Ω„Ψ΅Ω‘ΩΨ±ΩŽΨ§Ψ·ΩŽ الْمُسْΨͺΩŽΩ‚ΩΩŠΩ…ΩŽ {6} ءِرَاطَ Ψ§Ω„Ω‘ΩŽΨ°ΩΩŠΩ†ΩŽ Ψ£ΩŽΩ†Ω’ΨΉΩŽΩ…Ω’Ψͺَ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡ΩΩ…Ω’ ΨΊΩŽΩŠΩ’Ψ±Ω Ψ§Ω„Ω’Ω…ΩŽΨΊΩ’ΨΆΩΩˆΨ¨Ω ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡ΩΩ…Ω’ ΩˆΩŽΩ„Ψ§ΩŽΨ§Ω„ΨΆΩ‘ΩŽΨ’Ω„Ω‘ΩΩŠΩ†ΩŽ {7}

UCAPAN SELAMAT HARI GAWAI DAYAK 2026"Gayu Guru, Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua"Saya mewakili seluruh warga Bat...
30/05/2026

UCAPAN SELAMAT HARI GAWAI DAYAK 2026

"Gayu Guru, Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua"

Saya mewakili seluruh warga Batalion 23 PGA Sri Aman ingin mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak kepada seluruh masyarakat Dayak di Sarawak dan di mana jua berada.

Semoga perayaan yang disambut membawa kegembiraan, kesejahteraan, kesyukuran serta mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan dan perpaduan dalam masyarakat.

Penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada seluruh pegawai dan anggota Batalion 23 PGA, khususnya yang sedang bertugas di kawasan sempadan dan pos-pos operasi, atas pengorbanan serta komitmen dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara walaupun berjauhan daripada keluarga pada musim perayaan ini.

Semoga sambutan Gawai tahun ini disambut dengan penuh kemeriahan, keamanan dan keberkatan.

"Selamat Hari Gawai
Gayu Guru, Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua.Oooo...haaaa..."

Ikhlas daripada
YDH Supt Frediel ak Nyambong
Pegawai Pemerintah
Batalion 23 PGA Sri Aman serta Isteri Ybhg Puan Helena ak Jubing,Pengerusi PERKEP Batalion 23 PGA Sri Aman

29/05/2026

YDH SAC Lim Bak Phai, Komander Briged Sarawak PGA, mengucapkan Selamat Menyambut Tadau Kaamatan dan Selamat Hari Gawai kepada seluruh masyarakat yang meraikannya. Semoga sambutan perayaan ini membawa kemakmuran, kesejahteraan dan kebahagiaan, serta terus memperkukuhkan semangat perpaduan, keharmonian dan silaturahim dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai.

Batalion 10 PGA
Batalion 11 PGA Sarawak
Batalion 12 Pasukan Gerakan Am Miri
Batalion 23 Pasukan Gerakan Am Sri Aman

MAJLIS IBADAH KORBAN DAN SAMBUTAN AIDILADHA PERINGKAT BATALION 23 PASUKAN GERAKAN AM SRI AMAN 1447H / 2026M Sri Aman, 29...
29/05/2026

MAJLIS IBADAH KORBAN DAN SAMBUTAN AIDILADHA PERINGKAT BATALION 23 PASUKAN GERAKAN AM SRI AMAN 1447H / 2026M

Sri Aman, 29 Mei 2026 - YDH P/DSP Lawrence Saran, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 23 PGA telah hadir Program Ibadah Qurban dan Sambutan Aidiladha Batalion 23 PGA bagi tahun 1447H /2026M bertempat di perkarangan Surau Muhammadiah Batalion 23 PGA.

Sesi gotong-royong melapah serta pengagihan daging korban telah dilaksanakan di perkarangan Surau Muhammadiah. Bungkusan daging korban telah diagihkan dan diserahkan kepada Rumah Kanak-kanak Datuk Ajibah Abol dan warga kerja Batalion 23 PGA.

Program sebegini dilihat amat baik dan harus diteruskan di masa yang akan datang bagi mengeratkan hubungan kemasyarakatan dan ikatan ukhwah sesama manusia.

Turut hadir menyerikan majlis Puan Siti Rohaina binti Kipli, Pengetua Rumah Kanak-kanak Datuk Ajibah Abol serta Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam Polis dan ahli PERKEP dari Batalion 23 PGA.

Jurugambar :- Kpl Bismikah

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA BATALION KEPADA PESERTA UJIAN KEMAHIRAN TEMBAK PRATIKAL (UKTP) JABATAN KDNKA TAHUN 2026 KEPADA...
28/05/2026

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA BATALION KEPADA PESERTA UJIAN KEMAHIRAN TEMBAK PRATIKAL (UKTP) JABATAN KDNKA TAHUN 2026 KEPADA PASUKAN MENEMBAK YANG AKAN MEWAKILI BATALION 23 PGA SRI AMAN

Sri Aman, 28 Mei 2026 (Khamis)

Bertempat di Lobi Pentadbiran Batalion 23 Pasukan Gerakan Am telah berlangsungnya majlis flag off di antara YDH Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 23 PGA, P/DSP Lawrence Saran yang mewakili Pegawai Pemerintah bersama peserta-peserta yang akan mewakili Batalion 23 PGA ke pertandingan Ujian Kemahiran Tembak Praktikal (UKTP) KDNKA tahun 2026.

Penolong Pegawai Pemerintah telah memberi kata-kata semangat serta berpesan agar peserta-peserta memberikan kerjasama yang terbaik antara satu sama lain dan mempamerkan persembahan yang membanggakan batalion serta tidak gentar kepada setiap cabaran sepanjang pertandingan berlangsung.

Ujian Kemahiran Tembak Pratikal pada tahun ini dianjurkan oleh UNIT TINDAK KHAS (UTK) yang akan diadakan di lapang sasar Kelab Menembak Shahpadu Putrajaya (KMSS) bermula 30 Mei sehingga 08 Jun 2026.






Cekal,Berani,Setia.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 2026/1447HPegawai Pemerintah Batalion 23 PGA Sri Aman, YDH Supt. Frediel anak Nyam...
26/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 2026/1447H

Pegawai Pemerintah Batalion 23 PGA Sri Aman, YDH Supt. Frediel anak Nyambong dan Pengerusi PERKEP Batalion 23 PGA Sri Aman, YBhg. Puan Helena anak Jubing serta seluruh warga Batalion 23 PGA mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia serta dan masyarakat yang meraikannya khususnya mereka yang beragama Islam.

Raikan Aidiladha tahun ini dengan penuh kesyukuran serta semoga hari yang mulia ini membawa keberkatan dan kegembiraan.

Semoga segala pengorbanan yang telah dicurahkan, diterima dan mendapat balasan ganjaran kebaikan yang berlipat ganda.

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎPERLAKSANAAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARAπŸ“Sri Aman | 25 Mei 2026 (Isnin)Pagi ini telah dila...
25/05/2026

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ
PERLAKSANAAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA

πŸ“Sri Aman | 25 Mei 2026 (Isnin)

Pagi ini telah dilaksanakan program nyanyian lagu Negaraku dan lafaz Ikrar Rukun Negara yang diketuai oleh ASP Razif bin Rosli selaku Ketua Kompeni B bersama barisan Pegawai Kanan Polis serta Pegawai Rendah Polis Kompeni B.

Pelaksanaan program ini merupakan aktiviti wajib mingguan yang bukan sahaja bertujuan menyemai serta memperkukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan warga Batalion 23 PGA, malah menjadi medium penting dalam memupuk nilai perpaduan, disiplin serta semangat cintakan negara dalam setiap anggota.

Selain itu, penghayatan terhadap lirik lagu Negaraku dan prinsip-prinsip Rukun Negara turut menjadi pemangkin kepada pembentukan jati diri anggota yang berintegriti, bersemangat tinggi serta sentiasa bersedia memikul amanah dalam mempertahankan keamanan, kedaulatan dan kemakmuran negara.

Program seperti ini juga mencerminkan komitmen berterusan warga pasukan dalam memperkukuhkan semangat setia kepada Raja dan Negara selaras dengan tanggungjawab pasukan keselamatan sebagai benteng utama kesejahteraan tanah air.

Address

Sri Aman

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Batalion 23 Pasukan Gerakan Am Sri Aman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category