Hospital Dungun

Call Directions

Hospital Dungun Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hospital Dungun, Government Organization, PERSIMPANGAN CHE LIJAH, Jalan KUALA TERENGGANU-KUANTAN, Dungun.

📌 HOSPITAL DUNGUN BEROPERASI SEPENUHNYA DI KEDUA-DUA LOKASI BARU DAN LAMA.

📞 SEBARANG PERTANYAAN LANJUT SILA HUBUNGI;
ℹ️ 09-8493333 - Hospital Baru
ℹ️ 09-8493844 - Hospital Lama

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA TEMPAT LETAK KENDERAAN AWAMℹ️ Dimaklumkan bahawa tempat letak kenderaan awam Hospital Dungun (...
25/10/2026

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA TEMPAT LETAK KENDERAAN AWAM

ℹ️ Dimaklumkan bahawa tempat letak kenderaan awam Hospital Dungun (Lama) akan ditutup sementara dari 26 hingga 31 Oktober 2026 bagi kerja-kerja pembaikan.

Orang ramai diminta menggunakan kawasan kuarters hospital sebagai parkir alternatif sepanjang tempoh tersebut.

Segala kesulitan amat dikesali

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Dungun, dengan kerjasama UiTM Terengganu (Kampus Dungun dan Bukit Besi)...
16/10/2026

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Dungun, dengan kerjasama UiTM Terengganu (Kampus Dungun dan Bukit Besi) serta Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, telah berjaya menganjurkan Program Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026 pada hari ini, 15 Oktober 2026, bertempat di UiTM Dungun.

Program yang bertemakan "Eksplorasi Minda: Navigasi Tekanan, Membina Kecekalan” ini telah melibatkan seramai 100 orang pelajar daripada ketiga-tiga institusi tersebut.

Aktiviti utama program ialah cabaran eksplorasi interaktif yang merangkumi lapan stesen dengan pelbagai topik berkaitan kesihatan mental, termasuk pengurusan tekanan, kesedaran emosi, gangguan personaliti, teknik relaksasi serta kemahiran daya tindak yang sihat.

Stesen-stesen ini dikendalikan oleh Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Dungun; Unit Pemulihan Cara Kerja, Hospital Dungun; Unit Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT); serta UiTM.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental serta membekalkan para pelajar dengan kemahiran praktikal untuk menguruskan tekanan dan membina daya tahan diri.

Program ini telah berjaya dilaksanakan hasil usaha bersama, komitmen dan kerjasama erat semua institusi yang terlibat.

📸 Berikut dikongsikan gambar sepanjang program berlangsung

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐈𝐍𝐊 𝐎𝐂𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑: 𝐏𝐈𝐍𝐊 𝐖𝐀𝐋𝐊  𝐓𝐀𝐊𝐄 𝐀 𝐒𝐓𝐄𝐏, 𝐏𝐈𝐍𝐊 𝐏𝐎𝐖𝐄𝐑 2026 🎀🎗️✨15 Oktober - Hari ini telah berlangsung dengan jayanya...
15/10/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐈𝐍𝐊 𝐎𝐂𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑: 𝐏𝐈𝐍𝐊 𝐖𝐀𝐋𝐊 𝐓𝐀𝐊𝐄 𝐀 𝐒𝐓𝐄𝐏, 𝐏𝐈𝐍𝐊 𝐏𝐎𝐖𝐄𝐑 2026 🎀🎗️✨

15 Oktober - Hari ini telah berlangsung dengan jayanya Program Pink October: Pink Walk – Take a Step, Pink Power 2026 anjuran Jabatan Pembedahan Am Peringkat Hospital Dungun yang diadakan di Pesisir Pantai Teluk Lipat Dungun.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas sambutan luar biasa daripada seramai 400 orang peserta yang hadir memberikan sokongan.

Kempen kesedaran kanser payudara ini membuktikan bahawa setiap langkah yang kita ambil hari ini membawa makna yang sangat besar. Satu langkah untuk kesihatan, kesedaran, dan solidariti bersama para pejuang kanser. 🎀💪

Berikut merupakan perjalanan ringkas program kita sepanjang hari ini:

🌸 Pelepasan "Pink Walk". Pelepasan peserta disempurnakan oleh Pengarah Hospital Dungun, Dr. Mariani binti Mohamad. Sepanjang laluan, peserta perlu menyelesaikan 4 tugasan di check point yang disediakan:
📸 CP 1: Photobooth Snap, Post & Win
💌 CP 2: Our Pink Promise (Tulis kata-kata semangat & stiker)
🧠 CP 3: Imbas QR & Jawab Kuiz Kesihatan
📍 CP 4: Pengambilan wristband & patah balik ke garisan penamat di Pondok Kayu Tengah untuk menerima reben merah jambu tanda sokongan kepada pesakit kanser.
🎤 Perkongsian Ilmu

Antara pengisian utama yang paling berharga hari ini adalah sesi bual bicara “Pink Journey – From Diagnosis to Hope” yang dikendalikan oleh Dr. Nur Hasanah binti Nur Mirafudin selaku moderator bersama barisan panel istimewa:
👨‍⚕️ Dr. Mohd Fakharudin bin Mohd Abu Kari (Pakar Pembedahan Am Hospital Dungun)
🎗️ Prof. Dr. Noraznawati Ismail (Pengerusi Kelab Sokongan Kanser Payudara SAMO Terengganu & Cancer Survivor)
🎗️ Pn. Zanariah binti Ibrahim (Cancer Survivor)
🎗️ Pn. Wan Hasyimah binti Wan Osman (Cancer Survivor)

Kisah ketabahan, keberanian, dan harapan yang dikongsikan oleh para survivor serta kepakaran pakar perubatan benar-benar memberi inspirasi dan membuka mata kita semua tentang kepentingan pengesanan awal. 🩺 Taklimat Kesihatan daripada LPPKN. Peserta turut mendapat manfaat daripada taklimat kesihatan oleh pihak LPPKN berkaitan pemeriksaan klinikal payudara dan saringan ujian mamogram.

🎁 Kemeriahan Cabutan Bertuah & Penyampaian Hadiah. Program diserikan lagi dengan beberapa pusingan cabutan bertuah yang sentiasa dinanti-nantikan, penyampaian hadiah bagi pertandingan Snap, Post & Win, serta penyampaian cenderahati penghargaan kepada barisan penceramah dan rakan strategik.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Jabatan Pembedahan Am Hospital Dungun, seluruh jawatankuasa penganjur, rakan kerjasama, serta semua peserta yang hadir memeriahkan suasana.

Ingatlah, kenali tubuh badan kita dan jangan takut untuk melakukan pemeriksaan awal. Sayangi diri anda dan orang tersayang ❤️

Pink Walk – Take a Step, Pink Power! 🎀✨

𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐃𝐔𝐍𝐆𝐔𝐍 𝐃𝐈𝐈𝐊𝐓𝐈𝐑𝐀𝐅 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐘𝐈Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah buat semua warga Hospital D...
13/10/2026

𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐃𝐔𝐍𝐆𝐔𝐍 𝐃𝐈𝐈𝐊𝐓𝐈𝐑𝐀𝐅 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐘𝐈

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah buat semua warga Hospital Dungun di atas Pengiktirafan sebagai Hospital Rakan Bayi ini yang selaras dengan Standard WHO/UNICEF dalam menyokong penyusuan susu ibu dan penjagaan awal bayi 👩🏻‍🍼✨

Baru-baru ini Hospital Dungun telah menganjurkan PROGRAM MINGGU KELESTARIAN HOSPITAL DUNGUN 2026 yang berlansung dari 4 ...
12/10/2026

Baru-baru ini Hospital Dungun telah menganjurkan PROGRAM MINGGU KELESTARIAN HOSPITAL DUNGUN 2026 yang berlansung dari 4 hingga 8 Oktober 2026 ♻️🌱💚

Sepanjang 5 hari program berlangsung, pelbagai aktiviti berimpak tinggi telah berjaya dilaksanakan demi memperkasakan budaya kelestarian dalam kalangan warga hospital dan pihak berkepentingan, antaranya:

✅ Seminar Kesedaran Program Kelestarian – Memberikan pendedahan mendalam mengenai Sustainability Program (SP), peranan warga hospital, amalan penjimatan tenaga, kecekapan tenaga, penjagaan kualiti udara dalaman, serta kesan mengabaikan amalan hijau.
✅ Program Warisan Hijau Hospital Dungun – Usaha murni memelihara alam sekitar dan memperkasakan persekitaran hijau hospital.
✅ Lawatan Teknikal ke CEFORE UMT – Pendedahan terus terhadap teknologi tenaga boleh baharu & amalan kelestarian terbaik untuk pencetus idea di peringkat hospital.
✅ Pertandingan Sudut Program Kelestarian & 3R for Cash – Galakan amalan kitar semula dan kreativiti warga kerja.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada pihak Pengurusan Hospital Dungun, urus setia, warga kerja hospital, para peserta, serta seluruh tenaga kerja Unit Perkhidmatan Pengurusan Hospital dan Radicare Sdn Bhd yang telah memberikan komitmen sepanjang program ini.

Semoga semangat kelestarian yang disemai terus menjadi budaya dan amalan seharian kita demi menjadikan Hospital Dungun sebagai sebuah fasiliti kesihatan yang lebih hijau, cekap, lestari, dan mesra alam 🏥✨

PENYERAHAN SUMBANGAN TELEVISYEN KEPADA JABATAN KECEMASAN & TRAUMA HOSPITAL DUNGUN7 Oktober 2026 – Ahli Lembaga Pelawat (...
07/10/2026

PENYERAHAN SUMBANGAN TELEVISYEN KEPADA JABATAN KECEMASAN & TRAUMA HOSPITAL DUNGUN

7 Oktober 2026 – Ahli Lembaga Pelawat (ALP) Hospital Dungun telah menyampaikan sumbangan sebuah televisyen (TV) kepada Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Dungun.

Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Hj. Zulkifli bin Ali, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Dungun, kepada Timbalan Pengarah (Perubatan) dan Ketua Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Dungun.

Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam mewujudkan persekitaran yang lebih selesa dan kondusif kepada pesakit, waris serta warga kerja.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ahli Lembaga Pelawat Hospital Dungun atas keprihatinan dan sokongan berterusan dalam membantu meningkatkan kemudahan di Hospital Dungun.

Jabatan Farmasi Hospital Dungun telah melaksanakan Program Duta Prihatin Masyarakat pada 18 September 2026 di Kampung Bi...
24/09/2026

Jabatan Farmasi Hospital Dungun telah melaksanakan Program Duta Prihatin Masyarakat pada 18 September 2026 di Kampung Bijangga dan 23 September 2026 di RTC, AMBS.

Seramai 13 orang anggota farmasi dan 5 orang Duta Ubat telah terlibat dalam menjayakan program ini. Melalui Duta Ubat, ilmu dan kesedaran berkaitan penggunaan ubat dapat disampaikan dari satu komuniti kepada komuniti yang lain. Antara kesedaran yang disampaikan cara mengambil ubat dengan betul,cara menyimpan ubat dengan selamat,
cara melupuskan ubat yang tidak lagi digunakan, Kenali ubat dan fahami arahan penggunaannya.

Kerana penggunaan ubat yang betul bukan hanya tanggungjawab anggota kesihatan — ia tanggungjawab kita bersama. 💜

🗣️ Dapatkan nasihat ahli farmasi sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan

Terima kasih kepada semua anggota farmasi, Duta Ubat dan komuniti yang telah memberikan sokongan dalam menjayakan program ini. 💜

🌿 PROGRAM HOSPITAL MESRA IBADAH (HMI) HOSPITAL DUNGUN 🌿Hospital Dungun telah mengadakan Program Solat Hajat, Bacaan Yasi...
23/09/2026

🌿 PROGRAM HOSPITAL MESRA IBADAH (HMI) HOSPITAL DUNGUN 🌿

Hospital Dungun telah mengadakan Program Solat Hajat, Bacaan Yasin & Tazkirah bagi bulan September 2026 bertempat di Surau Hospital Dungun Baharu.

Pengisian tazkirah bertajuk “Sikap Muslim Menghadapi Musibah” mengajak warga hospital untuk menghayati nilai sabar, reda dan tawakal dalam menghadapi setiap ujian kehidupan.

Semoga program ini menjadi ruang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT, memperkukuhkan ukhuwah serta membina kekuatan rohani dalam menjalankan amanah dan kehidupan seharian. 🤲🏻

Sama-sama Mendekatkan Diri Kepada Allah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ketua Polis Daerah Dungun, Supt. Nik Ab Halim bin Nik Mat ...
21/09/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ketua Polis Daerah Dungun, Supt. Nik Ab Halim bin Nik Mat serta barisan pegawai atas kunjungan hormat ke Hospital Dungun. Semoga hubungan kerjasama yang terjalin terus diperkukuh demi kesejahteraan masyarakat.

Address

PERSIMPANGAN CHE LIJAH, Jalan KUALA TERENGGANU-KUANTAN
Dungun
23000

Telephone

+6098493333

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Dungun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share