Perkep Klang Utara

Call Directions

Perkep Klang Utara Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perkep Klang Utara, Police station, Jalan Harapan 3A/KU7, Batu 7, Jalan Kapar, Kapar.

25/10/2026
🌷𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗣 𝗞𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗨𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗕𝗜𝗟. 𝟱/𝟮𝟬𝟮𝟲🌷Klang Utara, 23 Oktober 2026 – Telah berlangsung Mesyuarat A...
23/10/2026

🌷𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗣 𝗞𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗨𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗕𝗜𝗟. 𝟱/𝟮𝟬𝟮𝟲🌷

Klang Utara, 23 Oktober 2026 – Telah berlangsung Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) PERKEP Klang Utara Bil. 5/2026 bertempat di Groupthink Room, IPD Klang Utara. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Puan Peggy Thow Wan Chin, Pengerusi PERKEP Klang Utara.

Mesyuarat membincangkan perancangan dan penyelarasan aktiviti PERKEP Klang Utara bagi bulan November dan Disember 2026. Setiap biro turut membentangkan perancangan aktiviti masing-masing serta berkongsi pandangan dan cadangan bagi memastikan setiap program dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

Turut diadakan penyampaian saguhati oleh YBhg. Puan Pengerusi PERKEP Klang Utara kepada AJK sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan kerjasama yang diberikan ydalam mengendalikan gerai PERKEP Klang Utara sempena Program Battle of the Band yang berlangsung di Dewan D’Cerana, IPK Selangor.

Majlis turut diserikan dengan sambutan hari lahir AJK PERKEP Klang Utara bagi bulan September hingga Disember 2026. Sambutan ini bukan sahaja meraikan ahli yang menyambut ulang tahun kelahiran, malah menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kekeluargaan dalam kalangan ahli.

Semoga segala perancangan yang telah dibincangkan dapat direalisasikan dengan jayanya, sekali gus memperkukuh kerjasama, memantapkan komitmen serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan AJK demi kecemerlangan PERKEP Klang Utara.


𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗖𝗘𝗥𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 - "𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗜𝗡𝗦𝗧𝗜𝗧𝗨𝗦𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔" 𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗥𝗢 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗣 𝗞𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗨𝗧𝗔𝗥𝗔Klang Utara, 23 Oktober 20...
23/10/2026

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗖𝗘𝗥𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 - "𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗜𝗡𝗦𝗧𝗜𝗧𝗨𝗦𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔" 𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗥𝗢 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗣 𝗞𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗨𝗧𝗔𝗥𝗔

Klang Utara, 23 Oktober 2026 - Telah diadakan ceramah agama anjuran Biro Agama PERKEP Klang Utara bertajuk “Memperkukuh Institusi Keluarga” bertempat di Surau Yusoff Ibnu Tasyfin, IPD Klang Utara.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Suhaimi Ahmad Wakid dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membina institusi keluarga yang bahagia, harmoni dan sejahtera berlandaskan ajaran Islam. Selain itu, program ini turut menekankan kepentingan memupuk kasih sayang, persefahaman, sikap saling menghormati serta tanggungjawab dalam kehidupan berkeluarga.

Pengisian ceramah turut memberi penekanan terhadap pengukuhan kerohanian dan keimanan, pembentukan akhlak mulia serta penghayatan nilai-nilai Islam sebagai panduan dalam membina keluarga yang diberkati Allah SWT.

Turut hadir ialah Supt. Mohd Rahimi bin Hj. Zainol, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, pegawai kanan polis, pegawai rendah polis, pegawai awam serta ahli jawatankuasa dan ahli PERKEP Klang Utara.

Program yang melibatkan seramai 86 orang peserta ini diharapkan dapat mengeratkan silaturahim antara warga PDRM dan PERKEP, disamping melahirkan warga yang lebih berilmu, berakhlak mulia dan mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.



🌷 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗚𝗔𝗝𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗣 𝗞𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗨𝗧𝗔𝗥𝗔 🌷Klang Utara, 22 Oktober 2026 - Biro Industri Kec...
23/10/2026

🌷 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗚𝗔𝗝𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗣 𝗞𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗨𝗧𝗔𝗥𝗔 🌷

Klang Utara, 22 Oktober 2026 - Biro Industri Kecil PERKEP Klang Utara telah menganjurkan Program Jualan Hari Gaji dan Jualan Rahmah MADANI bertempat di Perkarangan IPD Klang Utara.

Program ini bertujuan membuka peluang perniagaan kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam kalangan ahli PERKEP Klang Utara, di samping membantu meningkatkan ekonomi serta mempromosikan produk tempatan kepada warga IPD Klang Utara.

Penganjuran program ini juga menjadi platform untuk merancakkan aktiviti ekonomi, menggalakkan sokongan terhadap usahawan tempatan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga IPD Klang Utara dan ahli PERKEP.

Turut hadir ialah YDH ACP Ramsay Embol, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supt. Mohd Rahimi bin Hj. Zainol, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, YBhg. Puan Peggy Thow Wan Chin, Pengerusi PERKEP Klang Utara, dan P/DSP Dr. Sharifah binti Mohd Nawani, Naib Pengerusi PERKEP Klang Utara. Turut hadir ketua-ketua bahagian, ketua-ketua polis balai, pegawai kanan dan pegawai rendah polis IPD Klang Utara serta ahli-ahli PERKEP Klang Utara.




21/10/2026

🛍️🛒 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗚𝗔𝗝𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗣 𝗞𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗨𝗧𝗔𝗥𝗔 🛒🛍️

Inilah masanya untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga istimewa, lebih murah dan berpatutan! 😍

Barangan keperluan dapur
Makanan dan minuman
Buah-buahan tempatan
pelbagai pilihan menanti anda

📅 TARIKH: 22 OKTOBER 2026 (KHAMIS)
🕗 MASA: 8.00 PAGI – 3.00 PETANG
📍 LOKASI: Pekarangan IPD Klang Utara

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barangan keperluan pada harga Rahmah! Ajak keluarga dan rakan-rakan datang beramai-ramai.

💗 “Belanja Bijak, Jimat Berganda!”

ANJURAN : PERKEP KLANG UTARA
Biro Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

🌷 🏃🏻‍♀️𝗔𝗞𝗧𝗜𝗩𝗜𝗧𝗜 𝗚𝗔𝗬𝗔 𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣 𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝟮.𝟰𝗞𝗠 𝗗𝗜 𝗧𝗢𝗪𝗡 𝗣𝗔𝗥𝗞 𝗕𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗕𝗨𝗞𝗜𝗧 𝗥𝗔𝗝𝗔, 𝗞𝗟𝗔𝗡𝗚🏃🏻‍♀️ 🌷Bukit Raja, 21 Oktober 2026 - Biro Su...
21/10/2026

🌷 🏃🏻‍♀️𝗔𝗞𝗧𝗜𝗩𝗜𝗧𝗜 𝗚𝗔𝗬𝗔 𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣 𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝟮.𝟰𝗞𝗠 𝗗𝗜 𝗧𝗢𝗪𝗡 𝗣𝗔𝗥𝗞 𝗕𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗕𝗨𝗞𝗜𝗧 𝗥𝗔𝗝𝗔, 𝗞𝗟𝗔𝗡𝗚🏃🏻‍♀️ 🌷

Bukit Raja, 21 Oktober 2026 - Biro Sukan PERKEP Klang Utara telah menganjurkan Program Gaya Hidup Sihat 2.4 KM bertempat di Town Park Bandar Bukit Raja, Klang.

Program ini telah dihadiri oleh Supt Mohd Rahimi bin Hj Zainol, Timbalan Ketua Polis Daerah IPD Klang Utara, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta seramai 15 orang Ahli Jawatankuasa dan ahli PERKEP IPD Klang Utara.

Program ini bertujuan untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif melalui aktiviti larian sejauh 2.4 KM, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli PERKEP dengan warga kerja IPD Klang Utara. Aktiviti ini juga dapat memupuk semangat kerjasama, kekitaan dan kebersamaan dalam kalangan peserta.

Program telah berlangsung dengan lancar dan jayanya serta mendapat penyertaan yang baik daripada warga IPD Klang Utara dan ahli PERKEP. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan bagi membudayakan gaya hidup sihat serta meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental dalam kalangan warga kerja.



🌷✨ 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗝𝗔𝗠𝗨𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗛 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗨𝗕𝗟𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗡𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗬𝗠𝗠 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 ✨🌷K...
18/10/2026

🌷✨ 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗝𝗔𝗠𝗨𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗛 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗨𝗕𝗟𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗡𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗬𝗠𝗠 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 ✨🌷

Klang, 18 Oktober 2026 - Seramai 12 orang Ahli Jawatankuasa dan ahli PERKEP IPD Klang Utara telah menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja Bersama Rakyat Sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Sultan Selangor Tahun 2026 yang berlangsung di Padang Mahkota, Istana Alam Shah, Klang.

Kehadiran PERKEP Klang Utara adalah sebagai tanda penghormatan dan taat setia kepada Institusi Diraja Selangor, di samping memeriahkan sambutan bersejarah ini serta mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat dengan Institusi Diraja.

Semoga sambutan Jubli Perak ini terus menyemarakkan semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan rakyat terhadap Institusi Diraja Selangor.

Daulat Tuanku!

Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.



🌷✨ 𝗕𝗘𝗡𝗚𝗞𝗘𝗟 𝗜𝗠𝗘𝗝 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗘𝗥𝗔𝗠𝗣𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗣 𝗞𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗨𝗧𝗔𝗥𝗔 ✨🌷Bukit Raja, 14 Oktober 2026 - Biro Komunikasi Korporat dan Bi...
14/10/2026

🌷✨ 𝗕𝗘𝗡𝗚𝗞𝗘𝗟 𝗜𝗠𝗘𝗝 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗘𝗥𝗔𝗠𝗣𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗣 𝗞𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗨𝗧𝗔𝗥𝗔 ✨🌷

Bukit Raja, 14 Oktober 2026 - Biro Komunikasi Korporat dan Biro Sukan PERKEP Klang Utara telah menganjurkan Bengkel Imej dan Keterampilan Diri yang berlangsung di Dewan Konvensyen MBDK, Bukit Raja, Klang.

Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan menjaga imej dan keterampilan diri, merangkumi penampilan yang kemas, pemilihan pakaian yang bersesuaian, penjagaan diri, etika serta pembentukan keyakinan diri.

Selain itu, bengkel ini turut menekankan kepentingan menampilkan imej yang positif, elegan dan profesional dalam kehidupan seharian, sekali gus meningkatkan keyakinan diri ketika berinteraksi dan berurusan dengan masyarakat.

Turut hadir YBhg. Puan Peggy Thow Wan Chin, Pengerusi PERKEP IPD Klang Utara, Insp. Nurhafiza binti Hasmadi, Setiausaha PERKEP Klang Utara, SI Lizawati binti Shahadan, Penolong Setiausaha PERKEP Klang Utara serta seramai 38 orang Ahli Jawatankuasa dan ahli PERKEP IPD Klang Utara.



10/10/2026
🏃🏻‍♀️✨ 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗚𝗔𝗬𝗔 𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣 𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗟𝗔𝗥𝗜𝗔𝗡 𝟮.𝟰𝗞𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗣 𝗞𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗨𝗧𝗔𝗥𝗔 ✨🏃🏻‍♂️Bukit Raja, 7 Oktober 2026 - Telah diadakan Progra...
07/10/2026

🏃🏻‍♀️✨ 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗚𝗔𝗬𝗔 𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣 𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗟𝗔𝗥𝗜𝗔𝗡 𝟮.𝟰𝗞𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗣 𝗞𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗨𝗧𝗔𝗥𝗔 ✨🏃🏻‍♂️

Bukit Raja, 7 Oktober 2026 - Telah diadakan Program Gaya Hidup Sihat – Larian 2.4 KM anjuran Biro Sukan PERKEP Klang Utara bertempat di Town Park, Bandar Bukit Raja, Klang, bermula jam 7.30 pagi hingga selesai.

Program ini turut disertai oleh YDH. ACP Ramsay Embol, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis serta Pegawai Rendah Polis IPD Klang Utara bersama Ahli Jawatankuasa dan Ahli PERKEP Klang Utara.

Program ini diadakan bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif melalui aktiviti riadah, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli PERKEP dengan warga IPD Klang Utara.

Selain itu, aktiviti ini turut menjadi platform untuk memupuk semangat kerjasama, kekitaan dan hubungan yang lebih erat dalam kalangan warga IPD Klang Utara dan PERKEP melalui aktiviti sukan yang sihat dan menyeronokkan.



Address

Jalan Harapan 3A/KU7, Batu 7, Jalan Kapar
Kapar
42200

Telephone

+60332902222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkep Klang Utara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category

Nearby government services