20/08/2026
π¦ππ¦π ππ ππ‘ππ§ πππ‘ π£ππ₯ππ¨π π£πππ‘ π£ππ‘πππ₯ππ πππ£π¦ πππ₯π¦ππ π πͺππ₯ππ πππ£π¦ ππ’π‘π§ππ‘πππ‘ πππππ ππππππ
George Town, 20 Ogos 2026 β Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), YDH CP Datoβ Aida binti Abdul Hamid telah mengadakan Sesi Amanat dan Perjumpaan bersama warga JIPS Kontinjen Pulau Pinang di Mes Pegawai Kanan PDRM, Jalan Lahat Pulau Pinang, hari ini.
Dalam amanatnya, Pengarah JIPS menegaskan enam fungsi teras JIPS perlu menjadi asas kepada setiap tindakan serta mengingatkan empat fokus utama jabatan iaitu memperkasa pematuhan Peraturan 3C, memastikan penugasan memberi impak positif, menjamin kebajikan warga Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) serta memastikan pematuhan kepada SOP dan arahan.
Beliau turut menekankan pendekatan βQuality, not Quantityβ, di samping menyeru warga JIPS agar menjadi contoh teladan dalam soal integriti, menjaga kebajikan warga PDRM serta melaksanakan tugas secara profesional, telus dan berhemah. Bagi kes melibatkan jenayah, dadah, rasuah atau salah laku serius, tiada kompromi dan tindakan sewajarnya hendaklah diambil.
Mengakhiri amanat, beliau menegaskan bahawa integriti bukan sekadar slogan, tetapi prinsip yang perlu dipertahankan dalam setiap keadaan, demi memastikan JIPS terus maju dan kekal relevan kepada pasukan serta masyarakat.
Turut hadir, SAC Arifai bin Tarawe, Ketua Penolong Pengarah (Siasatan / Perundangan / Kajian Kes) JIPS Bukit Aman; ACP Wong Ting Lee, ACP Urus Setia JIPS Bukit Aman; ACP Liong Sau Lai, Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Pulau Pinang; barisan Pegawai Kanan Polis JIPS Bukit Aman serta seluruh warga JIPS PDRM Pulau Pinang.