AADK Cheras

AADK Cheras Lead agency under the purview of the MOHA in combating drugs & substance abuse in Malaysia
(1)

10/07/2026
10/07/2026

📌 Curang Sebab Bosan?

Bosan bukan alasan. Emosi yang tidak diurus juga boleh membawa kepada keputusan yang salah.

Dalam kehidupan, setiap orang akan melalui fasa tekanan, bosan atau kecewa. Namun, memilih jalan yang salah sama ada berlaku curang, menyalahgunakan dadah atau melakukan perkara yang memudaratkan bukanlah penyelesaiannya.

💬 Belajar mengurus emosi.
💬 Berkomunikasi dengan baik.
💬 Dapatkan sokongan daripada insan yang dipercayai.

Keputusan yang dibuat ketika emosi menguasai diri boleh memberi kesan kepada keluarga, hubungan dan masa depan.

AADK percaya bahawa pencegahan bermula dengan pilihan yang bijak. Individu yang mempunyai kawalan diri, nilai murni dan kemahiran mengurus emosi lebih berupaya menolak pengaruh negatif serta mengelakkan diri daripada tingkah laku berisiko.

Sayangi diri, hargai kepercayaan dan pilih jalan yang membina masa depan.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



10/07/2026

"Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga."
Hadis Riwayat Muslim No. 4867

Islam meletakkan ilmu sebagai asas pembentukan insan yang beriman, berakhlak mulia dan berintegriti. Seiring dengan tuntutan tersebut, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sentiasa menggalakkan budaya menuntut ilmu sebagai landasan membina jati diri, memperkukuh nilai murni dan meningkatkan profesionalisme dalam melaksanakan amanah.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim mengingatkan bahawa sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, Allah SWT akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.

Ikhlas daripada
Dato' Ruslin Jusoh
ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan

@ Nasution Ismail

10/07/2026
10/07/2026

KUALA LUMPUR : Lebih 90 peratus rakyat Malaysia yang dikesan positif dadah selepas pulang dari Thailand melalui pintu masuk sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah membabitkan golongan belia berusia antara 19 hingga 40 tahun.

CERAMAH ANTIDADAH07 Julai 2026 ~ Unit Pencegahan dan Kesedaran Awam, AADK Cheras telah dijemput untuk mengadakan Ceramah...
10/07/2026

CERAMAH ANTIDADAH

07 Julai 2026 ~ Unit Pencegahan dan Kesedaran Awam, AADK Cheras telah dijemput untuk mengadakan Ceramah Antidadah bagi Program Kemasukan Pelajar Baru bertempat di Giatmara Cheras,Kuala Lumpur.

Ceramah telah disampaikan oleh En.Norzaidi bin Nordin dari Unit Pencegahan dan Kesedaran Awam,AADK Cheras.

Terima Kasih kepada Giatmara Cheras di atas kesudian menjemput AADK Cheras memberikan info berkenaan mesej antidadah.
Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada semua.

Agensi Antidadah Kebangsaan menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan pemprosesan, pembekalan, penyeludupan, penjualan serta penagihan dadah.

Jika anda atau orang yang anda kenali ingin menyertai program rawatan dan pemulihan dadah yang disediakan oleh pihak AADK, sila hadir ke pejabat AADK yang berhampiran atau hubungi talian Hotline AADK di 1800-22-2235 atau 019-626 2233.





PASUKAN ABMS LAKSANAKAN AUDIT DI AADK DAERAH CHERASCHERAS, 9 Julai 2026 – Pasukan Anti-Bribery Management System (ABMS) ...
09/07/2026

PASUKAN ABMS LAKSANAKAN AUDIT DI AADK DAERAH CHERAS

CHERAS, 9 Julai 2026 – Pasukan Anti-Bribery Management System (ABMS) telah melaksanakan sesi audit di Pejabat AADK Daerah Cheras pada jam 2.00 petang bagi memastikan pelaksanaan sistem pengurusan antirasuah dilaksanakan secara berkesan dan mematuhi keperluan yang telah ditetapkan.

Pelaksanaan audit ini bertujuan untuk membuat semakan menyeluruh terhadap aspek pengurusan, operasi, pelaksanaan program serta pentadbiran organisasi. Audit turut memberi fokus kepada skop ABMS meliputi komitmen kepimpinan dan tadbir urus antirasuah, penilaian risiko rasuah, kawalan dalaman, prosedur operasi, pengurusan dokumentasi, pemantauan serta tindakan penambahbaikan berterusan bagi memperkukuhkan budaya integriti dalam organisasi.

Semakan audit telah dilaksanakan melibatkan Audit Sokongan, Unit Pencegahan dan Kesedaran Awam serta Unit Penguatkuasaan. Semakan merangkumi aspek pelaksanaan program, rekod dan dokumentasi berkaitan, proses kerja, pematuhan prosedur serta pengurusan risiko yang berkaitan dengan fungsi setiap unit.

Sesi audit ini turut menjadi platform bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan serta memastikan setiap urusan dan penyampaian perkhidmatan AADK dilaksanakan secara telus, berakauntabiliti dan berintegriti selaras dengan objektif pelaksanaan ABMS.

Pihak AADK Daerah Cheras telah memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses audit berlangsung bagi memastikan pelaksanaan semakan berjalan dengan lancar. Komitmen berterusan terhadap ABMS mencerminkan usaha AADK dalam memperkukuhkan sistem tadbir urus dan membudayakan amalan kerja berintegriti dalam organisasi.

Address

Aras 3 & 4, Bangunan Dataran Shamelin, No. 68, Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa
Kuala Lumpur
58200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+60392813280

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Cheras posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share