31/07/2026
KHUTBAH KHAS DAN SOLAT JUMAAT SEMPENA SAMBUTAN HARI PAHLAWAN 2026
31 Julai 2026- Khutbah Khas dan Solat Jumaat sempena Sambutan Hari Pahlawan 2026 telah diadakan Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Khutbah khas bertajuk “Setia Pada Amanah, Teguh Mempertahankan Negara” telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Amru Alhaz bin Adnan, Imam Besar Masjid Negara,
Turut hadir ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan bin Md Othman, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Dr. Zulhelmy bin Ithnain, Pengarah Pengurusan Bukit Aman, CP Dato’ Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid yang mewakili Ketua Polis Negara serta Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee.
Sempena Sambutan Hari Pahlawan marilah sama-sama kita mendoakan agar Allah SWT merahmati mereka yang telah kembali ke rahmatullah, menerima segala pengorbanan mereka sebagai amal kebajikan serta mengurniakan kekuatan dan perlindungan kepada semua yang masih meneruskan tugas menjaga keselamatan negara.
⏭️tiktok⏮️
https://tiktok.com/Masjid Negara Malaysia
⏭️Whatsapp⏮️
https://whatsapp.com/channel/0029VaiIpouHrDZcShLJ4708
⏭️Telegram⏮️
https://t.me/masjidnegaraofficial
⏭️ Instagram⏮️
https://www.instagram.com/masjidnegaramalaysia
⏭️ Twitter⏮️
https://twitter.com/masjidnegara?s=09
⏭️Facebook⏮️
https://www.facebook.com/masjidnegaramalaysia/