25/09/2026
π¨ OPERASI PENGUATKUASAAN TANAH KERAJAAN DI BANDAR BARU SRI PETALING
24 September 2026 β Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL) telah melaksanakan operasi pengosongan tapak di bawah Seksyen 426A Kanun Tanah Negara (KTN) terhadap struktur tanpa izin yang dibina di atas tanah Kerajaan bersebelahan Lot 103852, Jalan 2/149K, Bandar Baru Sri Petaling, Mukim Petaling, 57000 Kuala Lumpur.
Operasi penguatkuasaan ini dilaksanakan bagi memastikan tanah Kerajaan diurus dan digunakan selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
π’ Pesanan kepada masyarakat: Jangan menceroboh atau membina sebarang struktur di atas tanah Kerajaan tanpa kebenaran yang sah. Semak terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang aktiviti di atas tanah Kerajaan.
Jangan tunggu sehingga dikenakan tindakan. Patuhi undang-undang dan hormatilah tanah Kerajaan. π²πΎ