05/09/2026
🌙 Sambutan Maulidur Rasul SAW 1448H/2026M
Kontinjen Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut mengambil bahagian dalam Perarakan Maulidur Rasul SAW sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1448H/2026M yang diadakan pada 5 September 2026.
Penyertaan ini merupakan salah satu usaha untuk bersama-sama menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul SAW, di samping menghayati perjuangan, sunnah dan akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 🤍✨
Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh kontinjen DOSM WPKL atas semangat, komitmen dan kerjasama yang diberikan. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyertaan kontinjen DOSM WPKL dalam perarakan ini.
Semoga semangat kecintaan kepada Rasulullah SAW terus mekar dalam diri kita dan menjadi inspirasi untuk meneladani akhlak Baginda dalam kehidupan seharian. 🌹
“Data Nadi Ekonomi Rakyat”
Ketua Perangkawan Malaysia
Department of Statistics, Malaysia
Dosm WP Labuan
Pejabat Perangkaan Putrajaya, DOSM WP