16/10/2026
𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀
𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐑𝐈𝐊𝐀𝐍𝐃𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐏𝐀𝐍𝐆.
𝐊𝐄𝐌𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍 𝐍𝐎𝐎𝐑𝐈𝐙𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍: 𝐓𝐔𝐍𝐓𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐀𝐃𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐓𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍
𝟏𝟔 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐀𝐦𝐩𝐚𝐧𝐠, 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫
Ketua Penerangan Srikandi BERSATU Bahagian Ampang menyatakan sokongan terhadap kenyataan media Pemangku Ketua Srikandi Malaysia, YBhg. Dato’ Nolee Ashilin Mohammed Radzi, berhubung kematian Allahyarham Noorizwan Zulkefly, 42, ketika dalam tahanan polis.
𝟏. 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐭𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐭𝐮𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐮𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛. Persoalan yang dibangkitkan oleh keluarga Allahyarham, termasuk dakwaan kecederaan serius pada tubuhnya serta kelewatan memaklumkan kematian kepada keluarga, perlu dijawab melalui siasatan yang bebas, menyeluruh dan berintegriti.
2. Srikandi BERSATU Bahagian Ampang ingin menegaskan bahawa setiap individu yang berada dalam tahanan pihak berkuasa berhak mendapat perlindungan terhadap keselamatan dan nyawanya. Sekiranya siasatan membuktikan wujudnya unsur jenayah atau kecuaian, tindakan sewajarnya hendaklah diambil mengikut lunas undang-undang tanpa sebarang pengecualian.
3. Kami turut menyokong hak keluarga Allahyarham untuk menuntut keadilan melalui himpunan aman pada 17 Oktober ini. Hak untuk bersuara secara aman hendaklah dihormati, manakala segala persoalan yang dibangkitkan wajar ditangani secara terbuka dan profesional.
4. Tuntutan ini bukan untuk menghukum sesiapa sebelum siasatan selesai, mahupun mempertikaikan keseluruhan institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sebaliknya, ia adalah tuntutan terhadap 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐚𝐮𝐧𝐭𝐚𝐛𝐢𝐥𝐢𝐭𝐢 yang perlu dipertahankan dalam sebuah negara yang menjunjung kedaulatan undang-undang.
𝙆𝙚𝙡𝙪𝙖𝙧𝙜𝙖 𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝𝙮𝙖𝙧𝙝𝙖𝙢 𝙗𝙚𝙧𝙝𝙖𝙠 𝙢𝙚𝙣𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩 𝙟𝙖𝙬𝙖𝙥𝙖𝙣. 𝙆𝙚𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙨𝙩𝙞 𝙙𝙞𝙩𝙚𝙜𝙖𝙠𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙖𝙙𝙞𝙡𝙖𝙣 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙙𝙞𝙣𝙖𝙛𝙞𝙠𝙖𝙣.
𝐊𝐄𝐀𝐃𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐍𝐎𝐎𝐑𝐈𝐙𝐖𝐀𝐍.
𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍
𝐒𝐑𝐈𝐊𝐀𝐍𝐃𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐏𝐀𝐍𝐆
16 𝑂𝑘𝑡𝑜𝑏𝑒𝑟 2026