11/10/2026
🌿 PROGRAM BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA (BMSS) KOMUNITI DAN SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA PERINGKAT DAERAH MACHANG TAHUN 2026 💚
Pada 8 Oktober 2026, Program Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) Komuniti dan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Daerah Machang Tahun 2026 telah berlangsung dengan meriah di Padang Klinik Kesihatan Labok, dan melibatkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat daripada kanak-kanak, remaja, golongan belia hingga warga emas.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dr. Siti Aisyah binti Zakaria, Pegawai Kesihatan Daerah Machang.
Turut hadir memeriahkan program ialah:
🔹 Dr. Che Muhammad Nur Hidayat bin Che Nawi, Pegawai Epidemiologi PKD Machang;
🔹 Dr. Mohd Izhar Shah bin Mohd Aiseri, Pengarah Hospital Machang;
🔹 Dr. Nik Nur Ashikin binti Ramli, wakil Pegawai Pergigian Daerah Machang; dan
🔹 Dr. Nik Suhaila binti Zakaria, Pakar Perunding Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Labok.
🎨 PELBAGAI AKTIVITI MENARIK UNTUK SEMUA!
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi menggalakkan gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan komuniti serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan fizikal dan mental. Antara aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik, explorace, sepak penalti, boling kelapa, gubah tuala dan tarik tali.
Program turut diserikan dengan penglibatan kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah dalam pertandingan mewarna serta pertandingan poster digital yang telah diadakan sebelum hari program berlangsung. Sementara itu, peserta remaja daripada sekolah menengah mengambil bahagian dalam aktiviti explorace yang menguji pengetahuan, kerjasama dan semangat berpasukan.
🩺 RERUAI KESIHATAN DAN KESEDARAN KOMUNITI
Pengunjung juga berpeluang mendapatkan maklumat serta pendidikan kesihatan melalui reruai yang disediakan, antaranya:
✅ Reruai Pemakanan Sihat
✅ Reruai Pendermaan Organ
✅ Reruai Kesihatan Pergigian
✅ Reruai Kenali Ubat Anda
✅ Reruai Saringan Warga Emas (ICOPE)
🤝 KERJASAMA PELBAGAI PIHAK
Program ini turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Belia dan Sukan Daerah Machang, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Machang serta Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Joh, Klinik Kesihatan Pulai Chondong, Klinik Kesihatan Labok dan Klinik Kesihatan Machang.
Pejabat Kesihatan Daerah Machang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi, rakan strategik, petugas, peserta serta komuniti yang telah bersama-sama menjayakan program ini.